About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 15 December 2012

Jalan-jalan Muar... Best..! ! ! !

Pada hari Isnin 3hb Dis,ptg saya pergi hantar adik ke asrama kerana dia ada paper esoknya. Malam tu mintak kawanku Nied hntr aku ke tol bangi kerana kak waheeda dah tunggu aku untuk ke Muar. Sampai ayer keroh kak waheeda cakap dia ngantuk sangat. hah...aku nk kena drive kereta dia ker. aku ni penakut sikit nak drive kereta orang...hahahaha.... hari tu drive mercedes terus demam. hari ni nak kena drive toyota wish lak. alhamdulilah selamat drive sampai ke tangkak. best gak bawa wish. malam tu tidur kat rumah kak waheeda.
Pagi2 esoknya, breakfast kat rumah kak waheeda n then shuhada dtg ambik,temankan dia pergi hantar BV Sleep Mate kat seorang customer. fuh,bayar cash.... dengar kata hanya kerja sebagai mak cik sapu kt sekolah tp sekarang dh ada restoran sendiri. cantik rumahnya.... bersih....kucing dia pun come...
lepas tu jumpa saya punya leader n ikut dia pergi buat demo sleep mate sampai ptg. ada kot dlm 5 buah rumah. semua positif tentang produk ni. Aku dtg sini pun sebab nak belajar tentang sleep mate ni. Ada juga pergi hantar kat satu kedai ni, sejak hantar tu suami dia peluk jer sleep mate tu.... rupanya keesokan paginya ada cerita best. malamnya pergi buat demo kat rumah nurse hospital Muar. Akak ni kelihatan letih sangat sbb baru balik dari bertugas. baru habis syif... kesian tengok dia, letih jer...tp yg bestnyer lepas pegang n tengok jer sleep mate,fuh terus segar dan bertenaga. bestnyer tengok keadaan sebegitu.terus suami dia bersetuju untuk beli..... jom la dapatkan bv sleep  mate ni...banyak keistimewaannya....

NAK HNTR KE RESTORAN SATE KT BANDAR MUAR



Sunday 2 December 2012

Hati Oh Hati . . .

Hmmm.... Dah 2 hari aku begini. Aku pun tak tau kenapa. semalam seharian aku kat rumah. Malam jer keluar ambik adik aku kat Sek Vok Shah Alam. Tengah2 malam. Tadi petang keluar sebab pergi bank. Nak bayar duit rumah. Lepas tu pergi beli baju buat ole2 untuk adik2 dan mak kt kampung. Lepas tu pergi makan Bihun sup kt Ani Sup Utara dengan adik ku si Rafiq ni.

Pernah tak korang rasa mcam tak ada mood dan kadang2 rasa nak bersendiri dan tak nak berhubung atau bercakap dengan orang. status kat fb pun tak tau nak taip apa. Sedih? Entah lah.... Mungkin ada. tapi masih tidak tahu kenapa. hahahaha. tiba2 bau mcm orang buat peknga.... sedapnya kalau boleh mkn malam2 ni kan... Ntah2 aku ni sebenarnya rindu nak balik kampung kan..... sebab aku rasa macam tak nak buat apa2 pun.... Mmmm betullah agaknya.. rindukan Perlis yg indah permai tu.... :)

pemandangan di depan rumahku.......
Tak sabarnya nak balik jumpa mak dan adik2. patutla tadi aku pergi beli barang2 untuk diorang... tapi selalu jer call diorg.... rindu sangat2...............................

Ok..xnak layan perasaan... caranya borak2 atau chat dgn budak2 sekolah kt fb Cikgu Rozie....

Sunday 25 November 2012

lamanya......

MMMM.....ASSALAMUALAIKUM...

Bila tengok2 blog aku ni baru perasan dah lama sangat tak update. Hari tu ada bawa budak pergi Kem kt Kg Kuala Pangsun pun belum sempat masukkan. Yg sedih boleh xperasan ada kawanku komen kt blog sebelum ni...ntah apa2 jer kan...

biasalah kan sibuk masa dekat2 nk cuti sekolah hari tu. Hari Isnin minggu lepas baru serah tugas. Pastu Isnin malam aku gerak g Muar. Kt Muar dapat ilmu baru tentang satu produk baru di pasaran. Dengan hanya berbaring atau dekat dgn produk tersebut kita dapat memulihkan keseimbangan dan kesihatan kita secara mudah dengan kuasa penyembuhan yg ada pada produk ni.

Mula2 macam tak percaya tapi bila tengok sendiri dan rasainya, memang betul. dapat tingkatkan sistem metabolisme badan..... galakkan peredaran darah,memberi tenaga dan mengurangkan stress. Ini apa yg aku rasa setakat ini lah.... Yg best produk ini dpt menggalakkan tidur yg sihat dan berkualiti. nanti i bgtau ye,aoa nama produk ni...

Friday 28 September 2012

perlukah aku bertahan ? ? ?

apa nak cerita ? ? ? pagi tadi aku bawa 4 org pelajar ke SMK(P) Sri Aman untuk Majlis Watikah PRS daerah Petaling Utama. 4 orang ni pelajar form 4. Kebanyakannya mengenaliku ketika mereka di tingkatan 1 dan menjadi PRS ketika di tingkatan 2. boleh dikatakan rapat dgn aku.

Masa perjalanan pulang,berbincang berkenaan program PRS dan permohonan untuk memakai uniform PRS tahun dpn. Tetiba salah seorang daripada mereka berkata 'cikgu, tak lama lagi PRS akan buat solat hajat". Aku bertanya kenapa. Tahu apa jawapannya? Sebab tak nak bagi cikgu pindah. kalau korang di tempat aku, apa korang rasa?

Aku rasa aku sangat tertekan , dan inginkan persekitaran baru. tapi benarkah mereka memerlukan aku? Perlukah aku terus bertahan hanya untuk mereka. Ya, aku akui,aku sayang semua PRS2 aku...terutama yg di tingkatan 4 dan tingkatan 3 sekarang. Aku bukanlah bias, tapi merekalah yg buat aku jadi kuat. Merekalah yg selalu membantu aku. Aku juga sayang budak2 sesi petang, yg memerlukan aku. tapi sampai bila aku harus di sini...... demi mereka...

Aku hanya memohon kepadaNya supaya terus memberi aku kekuatan.....untuk aku meneruskan segalanya.... memberi semangat dan membantu yg lain.....

Sunday 16 September 2012

Apa Ada Pada Nama ???

Sepanjang kehidupan kita mesti banyak nama panggilan atau nama manja atau nama samaran yg kita adakan...apa nama yg korg paling suka? nama panggilan byk yg sy suka. kalau nama samaran antara yg sy suka adalah ikma. sehinggakan menjadi alamat email saya..hehehe...

Dengan nama panggilan,kita boleh kelaskan org yg bercakap dgn kita tu kenal kita kat mana n siapakah dia. Terutamanya kalau org tu call atau sms kita,memang bolehla nk kenalpasti. Jadi kalau org nak kenakan aku tu,memang susah sikitla...

Kalau kt rumah, keluarga saya panggil saya Kakak. nama kat kampung org kenal dengan nama Zirah. Kalau mak2 sedara yg tak panggil Zirah akan panggil Dik Ah. Begitu juga dgn sepupu2 saya... kalau kawan2 sekolah rendah pun akan panggil Zirah. Bila naik sekolah menengah, akak2 kt asrama panggil Zirah. kalau adik2 panggil kak Zirah. tp kawan2 sekelas panggil aku RO-Z. glamor lah sikit. tp nama ro-z tu lebih glamor bila aku naik form 4. sampai cikgu2 pun panggil aku ro-z. Dalam ramai2 tu ada 2 org kawan aku panggil lain daripada org lain. Ayu panggi aku ME-Ah. Wan pulak Erah. memang pelikkan.

masa sekolah ni aku selalu gak menyamar. dan aku juga suka menulis jadi aku create watak dalam cerita aku dgn nama yg aku suka. antaranya ika mastura. dipendekkan jadilah ikma. gabungan namaku dan rakan2, ira ifira. dan nama yg bg aku sangat sweet, ainurzila. tak tau nape suka sangat nama ni.

Lepastu aku masuk matrik KMPP. kat sini ada ramai classmate aku masa sekolah menjadi classmate kat matrik. masa ni mula2 rumet aku panggil aku Ira. Sebelum ni kalau aku kenal org kt luar sekolah mmg akan panggil aku Ira. Tapi bila dah ada kwn2 sekolah,confirmla nama Ro-z tu menjadi glamor. Ingat lg,kt Bilik warden bila kwn2 aku sebut nama aku,ada warden dengar. Boleh nak tgk sapa yg nama Ro-z tu.huhuhu. pastu masa jumpa warden blok nak bgtau aku dh lama tukar bilik,suka sama suka. tiba2 dia tanya, kamu ni yg nama Ro-z kan...huhuhu..dia cakap dia dah tahu lama dah...parah...

Masuk universiti,masa orientasi,abg fasi tanya nak panggil apa?aku diam. last2 dia ckp panggil rozi. sejak itu ramai panggil aku rozi sampaila masuk praktikal,posting dan kebanyakan org skrg kenal aku dgn nama rozi. dulu masa sekolah xsuka org panggil rozi sbb mcm panggil nama aku xhabis. masa posting ada call cikgu BM masa sekolah dulu, Cikgu Ruslah, sebut Rozirah dia xkenal. sebut jer ro-z terus kenal. hehehehe...

Jadi nama yg kita gunakan, n beri kpd sesiapa pun ada maknanya. Jadi sesiapa yg ada anak,bglah nama anak yg senang diingati... :)

Saturday 15 September 2012

Aku Kecewa ? ? ?


Ramai yang tak mengetahui dugaan yang dialami oleh guru-guru masa kini. Memang benar, untung menjadi seorang guru. Tak ku nafikan. Tapi aku pernah juga bergaduh dgn rakan ku kerana dia kata Cikgu ni makan gaji buta. cuti 2bulan tp dapat gaji. dan masa tu aku jawab, agaknya kalau xde cuti 2 bulan tu, cikgu boleh jadi gila. Dan tahukah kalian, antra ramai yg menghuni Hospital Permai kt Tampoi boleh dikatakan golongan guru. dan aku tak nak jadi sebahagian daripadanya.

Aku menyayangi profesion ini. Aku rasa bahagia bila melihat kejayaan anak-anak muridku. aku gembira melihat mereka gembira tanpa mengira kaum. Aku sayang mereka semua. selagi mereka memerlukan aku, akulah guru mereka. sedia membantu. kadang-kadang aku rasa meluat tengok mereka yg bermasalah disiplin ni tetapi bila mereka aku di bilikku, hilang perasaan meluat itu. cepat  benar aku berubah. mengasihani dan cuba berempati dengan mereka. sedih melihat apa yg berlaku kepada mereka.

ketika di sekolah semalam, aku tidak tahu kenapa. ada rasa kecewa, ada rasa putus harapan ku. mengapa mereka begitu. ku berikan kasih sayang tetapi mengapa mereka terus-terusan begitu. melakukan kesalahan tanpa rasa bersalah. masih menyalahkan org lain.

kadang-kadang aku bertanya, akukah guru yg penyayang itu? atau akukah guru yang garang itu? aku kecewa dan kecewa. terasa ingin pergi jauh dari mereka. tapi mampukah aku. sampaikan aku semalam berkata nak berhenti kerja. nak cari laki kaya,dok rumah jer.... hahahaha. aku ?

aku hanya memohon pertolonganNya untuk berikan aku ketabahan dan aku perlukan sokongan rakan-rakan untuk aku meneruskan profesion ini. Aku telah ditakdirkan menjadi seorang guru. dan dari kecik lagi aku mahu jadi guru....  :)

Sunday 26 August 2012

Kenapa lak Faizal Tahir, Anuar Zain n Faizal Husein terbabit ni?


MMM... apa kena mengena diorang dengan hidup aku? Lama taip tajuk tapi nk tulis isinya punyalah malas..hehehehe... faham-faham jerlah baru balik dari kampungku yg indah permai.

Tiap kali aku balik kampung, pasti ada topik yg tak akan lari dari diperkatakan kepada ku. Mesti semua orang dah dapat teka kan. Topik paling hangat dan merimaskan. masa jalan beraya dengan family aku kt dalam kereta,ntah mcm mana mereka dpt menghidu aku sedang sms dgn seseorang dan lagak ku sudah tentulah seperti malas nak melayan. OOO ada org cakap nk dtg beraya kt rumah. Mak n adik aku cakap suruh la dtg,nnti boleh diorg komen ok ke x. Memang aku xnak la. aku cakap aku xkenal pun. pernah tgk kt FB jer. tupun aku tak pasti org tu yg mana 1. ntah2 rambut panjang. .

Tau apa mak aku cakap? Ala...rambut panjang boleh potong. Pastu adik aku yg tengah memandu tu bolehlak menyampuk. Ala, Faizal Tahir rambut panjang hang suka gila. Hmm. Aku pun komen dlm hati ' Faizal Tahir lain..." sambil buat muka mencebik... hehehe... pastu adalak lagu anuar zain kt radio. diorg memang tahu aku minat anuar zain kan...adik aku leh lak sambung lagi..ha,anuar zain pun rambut panjang...lepas2 tu boleh termasuk sekali faizal hussein pulak...huhuhuhu....

Diorg ni walaupun rambut panjang,tapi kemas n hensem...hehehe... betul x? Ala,sebenarnya bagi aku,rupa tu memang xpenting tp sekurang2nya biarlah sedap mataku memandang walaupun xhensem pd mata org lain. Dan...yg aku tau...kalau hati dah suka,yg lain2 tu dah xkira.... Macam xpernah aku suka kt orang yg xhensem.. kalau org lain tgk mesti xpercaya aku suka mamat tu.. ok...nak g tengok mentor raya jap...ada Faizal Tahir... :)

Sunday 12 August 2012

Doa Buat Ayah

Salam sayang semua.

Di bulan Ramadhan dan sudah menghampiri Syawal ni mulalah aku ni teringat. Tadi masa tengah memilih baju melayu untuk adik2 aku.... aku terlihat baju melayu yg besar bersai XXL. Tiba2 aku jadi touching gitu. tersentuh hatiku. sebenarnya aku teringatkan Arwah Ayahku. Teringin membelikan baju raya buat ayah. Tidak pernah ada kesempatan itu buat aku. Ayah pergi 8 tahun yg lalu. 10 Julai yg lepas genap 8 tahun ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi ketika aku di semester 7 pengajianku di UPM. Belum sempat aku membalas jasa ayah. Tapi aku gembira kerana sekurang-kurangnya aku sudah memenuhi impian ayah untuk melihat aku ke menara gading.

Aku ingat lagi ketika kali pertama aku berpuasa dan beraya tanpa ayah. Pada bulan puasa tersebut, Mak dan adik2 aku menghadiri majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim. Aku berbuka puasa sendirian. menitis air mata aku ketika itu. ketika itu yg terdetik di hati "kalaulah ayah masih ada". tapi itu bkn yg ditakdirkan untuk aku. sejak haritu juga aku dah pandai guna mesin parut kelapa. sebab masa tu aku nk parut kelapa untuk makan buah melaka. hehehehe.....

Aku redha dengan pemergian Ayah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg soleh. Sayang ayah... apa yg mampu kulakukan cuba menjadi anak yg solehah. bantu adik2 ku selagi ku terdaya. InsyaAllah ayah.... kakak akak lakukan yg terbaik. Adik2 pun dah besar..... :)

Al-Fatihah buat ayah....

Wednesday 25 July 2012

Kursus-kursus...meeting-meeting...PBS???

Salam semua. aku kan minggu lepas Isnin - Rabu kem kt sabak Bernam. Pastu dah tau minggu ni ada Kursus/ Meeting Psikometrik sbb Zaid dah bgtau tp aku tak dapat surat kedua tu. Jadi hari Khamis aku call sekolah Samad,diorg pun ckp xd[t. so aku pun bt bodoh. tp hari Ahad malam tu ada Si dihar ni mesej aku ckp ada gak yg xdpt surat tp pihak urusetia suruh pergi. aku call lak Fairil Tmn Dato harun,dia pun cakap perkara sama. aku ambikla no phone org yg incharge ni... malam tu aku kemas baju siap2..siap iron semua.

hari Isnin aku pergi bank. ish malu betul,kt dpn bank bolehlak muntah....ntah apa2 jer. Pastu g sekolah sbb nak bayar duit insuran n roadtax dlu. kang kena tangkap lak road tax mati. aku paling takut kalau aku xcident ker, hah,mati katak. pas dah settle semua, g ambik Ajar kt sri sentosa dan terus g Hotel Goldcourse Klang. aku sebilik la dgn Ajar. ramai gak jumpa kaunselor2 lain siap jumpa Aizan yg dulu sama2 induksi masa kt johor. hehehehe...junior2 aku mmg ramai. yg best masa kt parking tu ada sorg laki ni dgn konfident ckp kt aku,"eh mcm kenal" tp malangnya ketika itu mata aku ada problem,xnmpk. aku cuma jawab,eh kenal ek?sampai ke sudah aku xtau sapa yg tegur tu..huahuahuahua.... pastu dok lepak dlm bilik. rupanya program dh start. awat tak kalut. hehehehe

Fuh lama dianya perasmiian. tapi dia bgtau,mlm xde program so ramai la yg balik...aku mmg tak la..bkn ada suami pun kt rumah.hehehehe... masa buka puasaa....fuh...banyak benor yg nk mkn. siap sambung mkn kt luar lagi. ha,masa siang tu ada gak jumpa PKD Sepang. kosmate aku pun ramai. tp semuanya lupa nak ambik no phone. mlm 1st tgk tv n online jer...

hari kedua xg pun sahur kt hotel. kt bilik jer. program start kul 8..ada penerangan ttg PBS n ttg psikometrik. pastu dr Ramlan bg talk pasal Inventori Trait Personaliti . Siap buat sekali dan inerprete. rupanya bulan puasa ni dengar ceramah pagi2,mengantuk...normal lah kalau aku tersengguk2...ramai gak yg main handphone. pastu rehat. kul 2 start balik dgn Dr apa ek..Dr sali kot. kurang dengar. burukkan perangai. dia dari IPG Sultan Miza..Kelakar orgnya tp dia speaking ganu+kelate..so susah sikit nak difahami...dahla laju benor..jenuh gak dok merenung nak faham...yg kaum cina mmg muka blurr la tak faham. kalau yg melayu pun nganga,yg cina mmg la...

masa buka puasa jumpa CIkgu Fairuz Sabak Bernam tu...hahahaha..kena gelak sbb mkn xhabis2. dalam kul 9 aku g jumpa Min kt cetre point klang. fuh,dia suruh aku jln kaki. ingatkan dekat. dekat gakla tp kesunyian itu membuatkan aku kengerian. ha ha ha . masa balik tu mujo saing dgn org keluar masjid. setelah 11 thn xjumpa,akhirnya jumpa. selalu kt fb jer.

hari ni ada perbincangan mengikut PPd. baru perasan,PPd aku 3 org jer kaunselor lelaki,4 termasuk ustaz harun. fuh,PBS ni kejenya takla susah sangat tp mcm banyak gak kerja. terutama kalau aku yg sorg2 ptg ni nak tadbir utk 250 org pelajar termasuk ada yg tak faham bahasa melayu..huhuhuhu....poning kepala den...benda tu kalau tak xplain kt budak2 ni,diorg hentam jer...pastu nk key in lak 250 nama ni. keputusan dia. mmg la...mampus jap. kalau semua nak bekerjasama,alhamdulilah la.....

tadi lepas balik dari mesyuarat PBS ni terus ke Jabatan pelajaran. ambik fail yg tertinggal masa kem haritu. sempatla jumpa tn haji bakar n en idrus. :)

Wednesday 18 July 2012

Terharunya Cikgu Rozie...

Saya baru jer balik dari Kem INTAN Zon Tengah. Siap hantar 2 org peserta program balik rumah. kiranya dah 4 hari saya tak ke sekolah. hari sabtu ada pergi sbb ada perjumpaan PRS. Rasanya mcm nak demam lak. hehehehe. . . Apa kena mengena tajuknya dgn cite aku ni kan...
Aku kalau dah outstation lama2,mestilah buka facebook kan. facebook aku biasalahkan. pastu aku bika lak facebook Cikgu Rozie. Aku tgk ada 2 notification yg mention nama aku. 1 kt komen dia n 1 lagi kt status. mula2 baca kt wall yg 1st tu aku dh touching.... pastu bila baca sampai bawah,dan mention yg kedua,apa lagi,meleleh2 air  mataku...sedih ker?tapi memang tersentuh hatiku...mungkin bg org lain ini adlh perkara biasa tp x bg aku.


                "AKU sbg kawan kau,aku pon tak tau la nak ckap ap..aku bersyukur dan berterima kasih kepada kau dan ALLAH SWT..sbb mentakdir kan bertemu dgn shabat mcm kau..THNKS AGAIN Aqem Biey Chum..kau dah membukak kan mata aq...bg aku,aq kehilangan 60% sbb tnpa mak.. jujur la,skrng nie pon aq nak friend FB tau kejujuran aq..aq jealous sngt2 tgk kwan2 aku happy dgn KESEMPURNAAN KELUARGA..rmai2 kwan yg slama aku aq hidup,kau la satu2 nya memberi aku semangat..tak lupa juga guru aq tak akan lupa smpi aku MATI Cikgu Rozie..Terima kasih membimbing DXXXXX..aq sedih sngt2 dan nak kata aku menyesal,tak akan jadi ap,but,aq ttp menyesal dgan keburukan aku selama ini..dgn menyesal aku nie,aq akn buat 1 pengajaran...



         "Benar kata orang,buang yg kotor..ambil yang jernih...aku~xxxxx nak berterima kasih dekat Aqem Biey Chum dan Cikgu Rozie memberi semangat,dan membimbing..walaupun aku tak ada mak,aku tak kan roboh kan impian,masa depan,kegembiraan PAPA AKU..mereka dah membuka mata xxxxxx..aku tak malu dan aku akan buang jealous dkt kwan2 aku yg ada mak..cuma 1 je aku sbgai anak YATIM,aku nak korang bersyukur..NEGARA buat hari ibu bkan sje nak korang membalas jasa..MOTHER JUST SAY:"nak,blajar la rjin2..itu la impian mak.."bg aku,aku stuju..aku harap sesiapa ada mak,ayah,dikira satu family yg sempurna,bersyukur la ada kasih sayang,mendengar kesedihan,kemesraan dan menghadapi ap2 bersma-sama ibu..
#UNTUK KORANG DAN AKU JUGA :D "SMILE" :D



Ya Allah berikanlah anak muridku kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. antara kita mungkin tak merasa apa yg pelajar ini rasa. dan aku tak nak dia merasa kehilangan kasih sayang itu sedangkan kekosongan hatinya boleh diisi oleh kasih sayang kita semua. masayarakat sekeliling, keluarga,sanak saudara. Aku juga sedih sbb adik2 aku juga merasai apa yg pelajarku ini rasa. dan aku juga berharap akan ada guru2 mereka yg memberikan kasih sayang kpd adik2ku gak.... 

marilah kita sama2 membantu dan memberi kasih sayang kpd remaja2 kita sekarang...kalau kita xberi kasih sayang,mereka akan mencari di tempat yg xsepatutnya....

SAYANG ADIK2 KU....SAYANG ANAK2 MURIDKU....

Saturday 14 July 2012

Bini No 2...

Kat sekolah aku ni cikgu - cikgu lelaki suka dok buat lawak kan....Ada lah seorang cikgu lelaki ni suka suruh aku jadi bini no 2 dia.. pastu semalam aku pun cakap, ok boleh...dengan syarat. Dia tanya syarat apa. aku pun dengan slamber nya menjawab, nak kereta sebiji,rumah sebiji n duit cash rm 100 k. tau apa dia jawab? Itu bkn isteri mithali,itu isteri mata duitan... ha ha ha ha... rasa2 aku benar2 ker maksudkannya??? tadi cerita dgn seorang akak ni... aku pun cakap la, dh jadi bini no 2,kang xpasal2 nnti kena halaukan..rasanya xsalah kot mintak mcm tu. tak tau apa jadi di kemudian hari.. he he he he. akak tu pun setuju dgn aku. dia ckp bini 1st akan dpt harta sepencarian. bini ke2? ha ha ha ha.. ada gak org menyokong aku.... Tp aku ada ckp,nak mampus dgn mak aku?mak aku mmg xbagi. dia kata lebih baik kawin dgn laki tua drpd laki org.... :)

Monday 9 July 2012

Dugaan Part 2

MMM.... Sambungan cite kt Pangkor. walaupun skrg tgh seram sbb ada bunyi2 kt rumah aku...hahahaha... Makan malam haritu ala2 bbq. byk seafood...sedap..yg xsedap cuma kerang bakar dia cam kering jer...lepas makan kitorg g jalan2..hehehe kitorg g karaoke..... KITORG?? hahaha..aku confirm dah xkan nyanyi kalau ada lelaki...aku kan pemalu..hehehehe.... kiranya dlm yg ikut serta,aku k.nik n shaiful jer xnyanyi tp saiful balikk awal...punyalah diorg nak aku nyanyi....tp maaf ya...sy mmg malu kalau camtu..hehehehe....kerana xnak nyanyi aku punyala request lagu yg mmg aku tau xde dlm list...selamat mlm faizal tahirla..manisnya senyumanmu elite la...hehehe...jgn mare ya...pas puas nyanyi,en idrus ajak g minum... aku,nik,kak nik n shima naik kete dgn en idrus. latif naik motor dgn jamal...kelakar..org kt dpn xpakai helmet,org blkg yg pakai. en idrus cbuk dok citer kisah lelaki kawin 4..hahahaha... sampai sana mkn roti telur goyang..sedap n mengenyangkan....rupanya seperti roti banjir. tp diatasnya diletakkan teluur goreng separuh masak..fuh...sedap.....

lepas tu balik billik n tido.... esok paginya di hari khamis....dah la aku n shima lambat. lps breakfast masuk meeting semula. modul dh ok. bincang balik program dan bina ujian pra/pos. adoi...masa ni lah nak kena perli pun kan...jadi bahan ler sbb smlm tu aku jer yg xnyanyi... hahahaha..... lunch awal kul 11...pastu siap2 nak balik... lama gak tunggu kt jeti... pastu naik van g shoping ikan bilis. tak nak2 beli,beli juga .huhuhuhu... pastu dlm perjalanan xde sape yg berani tido..hahahaha...aku l ayg xberani tu sbb dh kena ambik gambar. so pantang org tido jer aku lak ambik gmbr. singgah sembhyg kt masjid area sabak bernam rasanya. masa g toilet ni,sedih...cermin mata hitamku terjatuh membunuh diri dlm lubang jamban..huhuhu...tp xku bgtau sesiapa. kalau x mati kena gelak.tp masih cover2 lg boleh happy2 ambik buah mempelam kt masjid tu. yg sedap bila berenti mkn chicken chop... pastu aku cbuk nk beli jagung kt sekinchan... sampai kt jabatan pelajaran dlm kul 8 rasanya.pastu balik rumah...

JU PPDa

saat2 akhir aku memakainya

makan2...

hari jumaat pagi2 aku dh g sekolah vokasional shah alam,ambik report card adik aku then lepas tu g makan kt puchong. lps mkn ingt nak g basuh kereta yg dh dahsyat gila tu.... masa lps mkn,start2 kereta xjugak jln2..huhuhu..rupanya bateri kong.. so kena la tukar bateri baru. adus.... dugaan demi dugaan.... rasanya ada lg dugaan pastu tp lupa lah..ha ha ha ha ha...


Tuesday 3 July 2012

dugaan Part 1

Dah lama nak menulis tapi malasnyer.... Mmmm. dugaan demi dugaan datang dalam kegembiraan.... apa yg terjadi kat aku ek??? Bulan 6 aku asyik makan hati jer...sket2 touching pastu  nangis...ntah apa2 kan...Jadi masa ditawarkan untuk pergi berkursus ke Pangkor untuk Ju PPDa Negeri, mula2 aku tak nak pergi. pastu malam tu dok ronda2 kt Shah Alam aku pun rasa nak pergi....

So pagi Selasa tu aku kul 7 dah bergerak dari rumah ke jabatan Pelajaran Negeri selangor. Dlm perjalanan bolehlak aku ter blurr. . . Aku g seksyen 2 sampai kt sekolah Sultan Abdul Aziz ke apa. Lupalak jabatan kt Seksyen 4. Mujo dalam pusing2 tu aku sampai gak dlm 8 lebih.hehehehe....Lepas breakfast,naik van ke Pangkor. van yg penuh padat mcm tin sardin gitu... 

dalam van ke pangkor
Perjalanan sungguh meriah. Kami singgah makan kt teluk Intan. masa ni ku sedar sandle ku tumitnya bermasalah. baru je beli mlm tadinya..huhuhu..jadi sampai jeti lumut, misi utama membeli slipper. then naik bot terus ke hotel. Pangkor bayview beach resort. Sampai mkn masuk bilik. bilik problem tukar bilik baru y lebih best. pastu aktiviti ice breaking kt dalam swimming pool.... 

ice breaking

malam start meeting kejap. diberitahu apa tugas yang perlu dilakukan. sesi pengenalan oleh Ketua unit PPDa Jabatan. Lepas tu kitorg buat sesi jalan2 tepi pantai. konon2 diorg ni nak cari tmpt karaoke. aku follow jer..
Esok pagi pas breakfast terus sambung meeting n buat modul. lepas mkn pagi, kami diberi cuti..hehehe..pas zohor kot bergerak g snorkling. barang2 aku n shima semua masuk beg aku. tak teringat pun nk letak dlm plastik. ada gak kwn2 lain yg letak dlm plastik pastu letak dlm beg aku. dengan gumbiranya kami pun naik bot ke tempat snorkling. masa aku sampai aku tgk ada seorang cikgu lelaki yg menggalas beg aku ni ada dlm air....huh...apa terjadi....beg aku basah....habisla tab aku n phone si shima basah.... keringkan masuk dlm plastik. pastu kami teruskan aktiviti snorkling. ada 2 bnda berlaku time snorkling ni. yg p1, ada sorg akak ni takut,jadi dia bergantung kat aku ada sekali aku hulurkan tangan pd seorang lelaki,utk tarik aku....serius aku terkejut bila dia pegang tangan aku. terus aku lepaskan...sanggup dibawa arus daripada terpegang..ha ha ha ha...dan yg kedua membuatkan muka aku kemerah2 merahan bila masa ramai2 tu ada sorg ni terhanyut ke arah aku. mula2 aku ingat si Nik Ijan tgk2 eh lelaki,ingatkan kawan2 aku,tgk eh,dia kt blkg aku..rupanya ustaz mana ntah aku tertolak2 dia..suka hati aku jer...dia lak diam jer. apa lagi,jadi bahan la kt situ..huhuhuhu....lepas balik snorkling sambung lak main bola kt swimming pool...best...hilang segala stress...pastu baru teringat nk letak phone dlm beras kt hotel tu..... nnti sambung....

main bola dalam air...

persediaan sebelum snorkling...



Monday 4 June 2012

Anak Kucing

Hari ni siang tadi aku g Kota Sarang Semut then ke Pendang. masa balik singgah Tesco mergong membeli belah untuk mak. lepas tu sepupu ajak g umah dia kt Jitra. Siap jamu nasi lagi. lepas tengok mentor,aku pun ajak la adik aku balik. Masa tu dah lewat malam. aku stop kt Arau jap beli air.

Aku kalau dari Arau nak balik rumah,aku suka terus,kat roundabout ambik kanan lalu stesen minyak 3 beradik tu dan belok ke jalan stadium - kastam tu... masa lepas perumahan kastam tu,.... hmmm ,jln kat sini memang gelap dan selalunya xde kereta. memang kereta2 kt sini laju lah. aku ada follow 1 kereta dpn aku. rasanya proton lama. laaju kereta tu.

lepas perumahan tu.... tiba2 aku yg juga laju ni,ter break nk mengelak daripada sesuatu yg aku lihat macam kucing... tp nmpk mcm banyak ekor...takut juga,gaya aku mengelak tu boleh menyebabkan aku terbabas ke dalam parit kt tepi jalan tu. antara line putih tengah dgn jln tepi tu rasanya ada 2 ekor kucing n tepi jalan ada 2 ekor...aku tanya adik aku,n adik aku pun rasa kucing...so aku perlahankan kereta n u turn.

aku tengok kereta dpn pun u turn balik then bila aku berenti kt tmpt kejadian,dia pergi n agaknya tgk kucing yg mati dia pun blah. aku berenti tepi n suruh adik aku g tengok. ada gak lagi kereta yg laju tp mujur kucing sekor lagi tu sempat elak..aku suruh adik aku ambik anak2 kucing yg 3 ekor tu bawak masuk kereta n ank yg mati tu masuk dlm plastik bawak balik.

come2 jer anak kucingnya..yg 2 ekor tu,letak kt seat blkg,mcmm tu la sampai bali..baiknya...xsampai hatilak nak buang...balik rumah....heheheehe...kena marah dgn mak sbb kitorg bawak balik tp setelah di xplain okla...pastu bg dia mkn mmg lapar..huhuhu..siapalah yg buang anak2 kucing ni....kalau xselamatkan td,mesti yg lain pun kena langgar gak sbb anak2 kucing ni,dok tunggu sebelah mayat adik beradik dia yg mati tu..sbb masa adik aku ambik mula2 tu,gerak2 lagi....

kepada mereka yg nak buang anak2 kucing ni,carila tmpt yg strategik sikit...aperlah...gmbr xsempat nak ambik..esok2 lah ye....

Friday 1 June 2012

LAKI ORANG VS LAKI TUA

Hehehehe.... mesti pelikkan tgk tajuknya kan..... ini bukan apa,just nak share sembang2 family...

Di suatu ptg yg indah, ketika kami sekeluarga lepak2 kt luar rumah,aku ni sibuk dok bg makan kura2 n ikan guppy,memang itu la aku punya pet. rasanya topik haritu mak aku dok citer pasal anak si polan tu bertunang,anak si A bertunang, anak si B nak bertunang bulan dpn n sebagainya... Aku mmg tahu ending daripada cite2 tu semua akan ada soalan untuk diri aku. hahahaha....

Mak aku tak akan bertanya. Nanti dia akan cakap si A lah, si B lah yg tanya bila aku nak kawin. Ntah bagaimana boleh terkeluar pasal laki orang. aku pun lupa pulak. mak aku ni memang anti sikit kawin dgn laki org atau dgn erti kata lain, jadi bini no 2. Agaknya sbb dia tengok hidup kakak dia jadi isteri no 2 terseksa n tidak bahagia. Aku pun xde la kata nak jadi bini no 2. Hahahaha. xnak lah dikatakan perampas..

Lepas tu mak aku pun cakap daripada kawin dgn laki org baik kawin dgn laki tua... Aku kata kalau mcm tu kena cari yg kaya lah. . Dato ker... Pastu adik2 aku menyampuk. Baik laki kaya yg ada cucu la,harta banyakla...ntah apa2.... pastu mak aku ckp kalau mcm tu baik cari laki tua yg dah mmg tau dah nak mati,dah mati, harta dpt kat aku...pastu aku pun gelak2 then aku ckp kt adik2 aku,....

Kalau macam tu bagi kt mak lah....nanti hangpa dapt bapa tiri kaya...ha ..ha..ha..ha... Selamatkan aku...hehehehe....

Sabar yer,saya bukan tak nak kawin....tp belum bertemu lagi dgn yg dpt menerima saya seadanya... kalau nak kawin sbb sy ni cikgu,nnti sng nak dpt pindah atau sbb saya cikgu nnti ada banyak masa,dok umah jaga anak n masak kt umah....... sayakah yg anda cari??? huhuhuhu......terimalah kelebihan dan kekurangan saya...... i'm not perfect........... see you...............


Wednesday 30 May 2012

JOHOR....AWAL CUTI...

MMM..... Hari Ahad 2 hari lepas aku gerak ke Muar lepas ambik sorang kawan kt Serdang... Ptg ada bengkel kt tanjung agas..Malam balik ke rumah Kak Ida...Mentorku dalam biz. hehehehe..tolong dia masak...so dinner ubi kayu rebus cicah sambal hijau...sedap gak...bermalam kat rumah dia...

Hari k2, pagi dlm kul 11 g lepak kt hospital Muar. saja...pastu kul 4 gerak ke Kluang.... Sebenarnya nak g jumpa kawan kt Pontian. tapi bila ada seorang Alumni SMk La Salle ni mengajak aku ke Kluang,aku pun cam excited lak nak g jumpa kan..Ntah2 orang tu ajak2 ayam jer kan...hehehehe...So sblm jumpa kwn kt Pontian, aku g lah jumpa orang ini...yg buat aku teringin sangat nak jumpa ni sbb nya ...... cuba teka kenapa? hahaha...sbb dia PILOT. . . Aku ni manalah pernah kenal n jumpa org keje pilot sblm ni. . Aku kenal pun sbb aku ada jemput dia bg talk kt students aku..sbg motivasi...

Rasanya xsalah kot aku jemput dia kalau tgk daripada gaya percakapan dia.... fuh, berkarisma....bukan Karisma Kapoor ye... rasanya boleh mempengaruhi org lain la...tp xtaula kalau budak2 laki nnti xrasa teruja..hehehe...rasanya kalau pergi Assunta mesti berjaya nya....

Setau aku Beliau ni SPM tahun1997,kiranya tua 2 thn lah daripada aku. daripada cerita hidupnya yg aku catat mcm xcatat tu, lepas SPM jer dah ambik lesen penerbangan.... lps degree apply tentera....yg mcm xpercaya,beliau ni budak Sc Comp UPM. kenal lak presiden kolej aku dulu,abg fareed. Serius mcm xpercaya boleh dok sembang dgn pilot...cam kagum gila....hahaha...muka dia??? xlah nampak tua walaupun dah ada ank 2. tp kalau ckp telefon,suara dia mmg mcm bapa org la....(erk,hrp2 dia xbaca). takut aku dengar ms mula2 cal..hehehe...ampun...jgn marah....

hmmm..sekejap jer jumpa dia... pastu aku call kawanku Kak hairina...rupanya dia tgh bershopping kt Ayer Hitam...Lor...dekat jer..senang hidup..jumpa dia jap....meleraikan apa yg kusut...hehehehe...bukan bermaksud gaduh ya....pastu balik muar....tido....pagi,g stokis....menambahkan ilmu2 yg ada...pas lunch buat demo produk..masa nak balik,nak singgah mkn mee bandung muar tp kuah belum kering lak...so tom yam jer...balik rumah sampai kul 10.45....ESOK SAYA BALIK KAMPUNG....I'M COMING HOME....TELL THE WORLD I'M COMING HOME......





bERSAMA KAPT NOR AZMAN SHAHIMI 


Friday 18 May 2012

KERANA DIA...

sAjAK ni aku cipta untuk pelajar2ku buat persembahan...pastu aku ada terbaca sajak kt wall seorang rakan. jadi aku edit aku punya sajak campur2 dgn sajak kt wall kawan tu untuk jadikan ia sedap didengar untuk guru2 di skolahku....

KERANA DIA BY CIKGU ROZIE...
Kerana dia.....kerana dia....kerana dia....
Kerana dia...aku masih di sini
Mencari ilmu....menagih simpati....
Mngharap secangkir kasih
Buat harapan di masa hadapan.....

Dari hatinya terbit seberkas kasih
Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu
Dalam rohnya muncul segugus kerdipan kemuliaan
Buat anak-anak bumi tercinta
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat.

Kerana dia.... kini ku faham
Aku mengerti....erti kehidupan..
Makna pengorbanan ibu bapa ku....

Kerana dia....
Yang telah bersusah payah
Tidak kenal penat jerih
Terus berusaha tanpa rasa jemu
Tanpa mengira apa pun kaum....
Dia terus menabur ilmu....

Dia....guruku.....dia...ibuku....dia...bapaku....
Terima kasih CIKGU
Engkaulah ratu dari segala ratu
Engkaulah puteri dari segala puteri
Dan engkaulah jua yang membenihkan
Jiwa kami dengan segala kematangan
Dalam menempuh sejalur jalan kehidupan
Yang penuh berliku ini.

Marilah rakan....marilah teman....
Ayuh kita bersama...berganding bahu...
Menggalas tanggung jawab
Ringankan beban dia...
Biarlah senyuman itu yang terukir dibibir....kekal selamanya....

Dia sentiasa di hatiku...
Dia mengubati sakitku....
Dia menjadi contoh teladan akhlak yang baik
Dia memberiku impian...pastikan berjaya
Dialah....Inspirasi hatiku....







Thursday 17 May 2012

Selamat Hari Guru !!!


dah lama saya tak menulis...banyak perkara nak cerita tapi kesibukan dan kemalasan menyebabkan aku dh lama xupdate....

Sempena hari Guru 16Mei semalam, ....apa ek nak tulis,lupa pulak..hehehehe...Ok,semalam lebih kurang 7 tahun dah saya menjadi seorang guru... Banyak kenangan n rahsia ketika di sekolah dulu yang kini dah jasi kenangan. yang bestnyya bila jadi cikgu ni, time anak murid buat salah yang sama yang kita buat dulu,pasti sangat2 teringat...hehehehe...

Saya ni bukanlah baik sangat zaman dolu-dolu. Agaknya sebab tu lah saya ditakdirkan menjadi Guru Bimbingan & kaunseling. macam tak percaya.... masa zaman sekolah dulu,kawan2 suka juga menceritakan masalah mereka kepada saya...masalah rakan2 ataupu masalah cinta. saya tak bercinta tapi jadi penasihat cnta. macam sekarang kadang2 orang cerita tentang masalah rummah tangga.

Antara rahsia yang boleh buat saya senyum, masa form 4 rasanya,saya pernah ponteng kelas dengan kawan saya Mina. masa tu dia ajak saya pergi hospital. yang bestnya,masa nak tanda tangan guru bertugas,guru bertugas tu guru kelas kami. Hehehehe.....Aku pun berpura2 tidak sihat. siap Cikgu Roslela cek kuku dan bibir tengok pucat ker x? Apa jadi?Confirmla lepas...mana tak pucat,tengah tipulah kan... Tapi 1 jer perangai aku,aku ni xpandai nak tipu,jadi time tu aku tak bercakap atau menjawab,jadi kawan ku lah cakap. Aku memucatkan diri jer..Hehehehe...Almaklumlah sekolah dekat dengan hospital.... :) maaf ya cikgu....

Antara cikgu yg paling aku dan kawan2 sayang..... CIkgu Saidina Umar.

My Gang...
Sekarang jadi kaunselor,ramai juga budak ponteng tp diorg nya ponteng tak best...hahaha...aku ponteng secara berhemah..mintak kebenaran lagi.... :)

Monday 9 April 2012

Sahabat.....sayang selamanya...

Sayang 1000 kali sayang..... itulah yg boleh kuungkapkan.... rindu....sangat2....tadi masa tengah memandu balik dari kerja tiba2 terkeluar dari mulutku "I MISS U" masa tu terlintas difikiranku tentang rakanku Mina atau mesra dgn panggilan kak long. susah senang bersama sebelum ni.... terus lepastu teringat rakan2 yg lain yg dah kami anggap mcm adik beradik. Kak Ngah(Anum),Kak Lang(Diana),Nied(Acu). Aku??? mestilah Achik.... 


last sekali jumpa 5 org ... 
Dah lama xkeluar sama2 mcm dulu2..terutama aku dgn k.long....banyak sangat kenangan bersama..... Aku sekelas dengan K.long dari form 1 hingga lah form 5. satu geng... Yang lain2 1 kelas masa form 4. 4 Rasional 1998. Selalunya bersamaa. . 


Mak ayah dan keluarga kami semua dah saling kenal mengenali antara satu sama lain. Dulu arwah ayahku dan ayah k.long selalu cakap pasal kami dua org....kalau cakap telefon,mcm biznez juta2.... kat sekolah pagi ptg jumpa.balik rumah gayut telefon lagi..... sweet sangat kalau ingat balik zaman dulu2....mcm2 lagilah. suka sangat g ronda2 1 perlis naik motosikal. suka hati jer nak masuk kampung mana,jln tepi sawah mana. Air fevret confirmlah air tebu...sanggup g cari kt mana ada air tebu.


masa time raya ni....

lepas k.long dah kawin pun kami ada gak keluar. masa tu aku dh ada kereta. bolehla bawa dia n ank dia dgn adik2 ku jln2 kt sungai berembang. a'a...dulu suka lepak tepi laut mkn rojak fitriah dgn air tebu....


Lepas SPM aku dgn Nied dpt masuk kmpp manakala K.long n K.ngah dpt masuk Matrik Langkawi. k.lang rasanya dpt matrik kt Perak. Hehehehe. Kitorg kalau balik cuti  mesti keluar sesama. kalau time raya kitorg wajib g Gua kelam. pelikkan.....hehehehe...


Ni pun raya gak rasanya.

dgn k.lang...







jamuan akhir tahun trafik 1999



Dah lama tak berkumpul sama2. Dulu masa sekolah ke mana2 saja mesti bersama terutama aku dgn k.long. kalau boleh boyfriend pun nak cari yg berkawan baik...ehem..ehem...itu kenangan lama. masa sekolah dulu banyak sangat kenangan bersama2 . tak tercerita. banyak sangat. selalu balik sekolah lepak rumah k.long dulu.kdg2 masak2...tak pun g lepak rumah k.lang.... dulu2 merempit jer ker mana2....

Oklah...tadi call k.long tak angkat. esok try lagi.... dah terubat sikit rindu tgk gambar2 lama ni..... 

Thursday 5 April 2012

jatuh...lagi????


haari ini pagi2 saya pergi kem bumi jati. saya guna jln shotcut lalu tepi sungai. rasa mcm naik kereta kuda.hehehehe. pastu bos-bos ajak g breakfast kt luar. saya kena jd ajk bahagian buku program. dah buat kt rumah tp ropenya....ada sikit salah...camner lah boleh salah tang tmpt yg senang jer....sepatutnya Pegawai Khas dadah. bolehlak saya taip pegawai kanan...ish..ish....xpasai2 kena buat baru punya....terima kasih kpd kawan2 yg membantu.... Zaid damnsara damai, azhar sk sg wei,akmar sri permata...jasamu kukenang.....

masa balik dari kem dlm kul 5.30.eh.530 habis program tp masa kitorg balik td kul 6 lebih dh kot. p hntq akmar kt pkns shah alam. pastu dia blnja kfc...then g smbhyg..masa aku masuk surau,akmar g toilet. dah ambik air smbhyg tiba2 akurasa,aku pijak tmpt lap kaki tu berjalan n....aku pun terjatuh tangga itu...hahahaha...lawak rasa tp time tu  mcm xde perasaan. ada org yg tgh ambik air smbhyg tu siap tanya,akak xapa2? aku ckp xper,xrasa apa2 pun...pastu aku dok berdiri gelak sorg . masa akmar dtg,dia ckp xnmpk aku jatuh.alhamdulilah....

masa nk keluar dr surau n kt luar surau ada org dok senyum2 kt aku.ada la 2,3 org.aku senyumla.tiba2 aku teringat ntah2 diorg senyum sbb td nmpk aku jatuh..huhuhu...dh lama xjatuh tangga ni...dulu2 zmn kt sekolah derma mmg aku juara jatuh tangga n jatuh longkang...tp bkn longkang besaaq la kan...he he he he

tadi masa bawk kereta balik sekolah terasa denyutannya..hrp2 esok tarak apa2....wa sihat sentiasa....hahahaha...moga Allah selamatkan aku... ;)



Monday 2 April 2012

NGOK NGEK NTAH APA2



Bila kita sayang sesuatu tu,kita perlu melepaskan dia pergi kan...biarpun sayang...biarpun sedih....tp untuk kebaikan semua....mungkin perpisahan perlu terjadi...walau rela atauu terpaksa..... sanggupkah aku....???

Hahahahaha.... nangis jer kerjanya..mcm xde kerja berfaedah nak dibuat. ... aku kah itu...wawawawa.... bilaa aku terfikir nak pindah jer,meleleh2 air mata aku. naper ntah...masa kt JB dulu xmcm tu pun... ko dah xbetul ek??? Dah mcm saat2 nk mintk putus masa bercinta dulu..hehehehe... ooopppsss.....

mcm mana ni?konpius lah....borang dah isi tp belum hantar....nak hantar ke x? ntahla...itu jer jawapan aku...bosan kan.....

Sunday 1 April 2012

Mc Flurry Oreo...


Mmmm... Dah banyak kali nak pos kt sini semenjak saya singgah beli McD Drive Thru 2 3 hari lepas. Selalunya kalau g McD saya tak kan lupa membeli Mc Flurry Oreo...suka sangat....!!!. tapi tiap kali beli,mesti teringat suatu kenangan..hehehehe....

Mesti juga ingat kwn2 baik ku ketika di SMK TMR2. Zul,Sue n Jemi.... masa kitorg lepak2 kt mcd Petronas dekat area Bestmart tu, masa tu bulan puasa..bosan2 lepak Mcd..hehehehe...aku ada 1 tabiat buruk yg sangat Zul suka...hahaha...dia suka sbb boleh ngata aku.... Jaadi sangat2 ingat diorg time mkn benda ni....rindu sangat.....saat2 di Jb dulu.... Masa tu mkn tu ada seketul oreo menghiasi tudung putih ku....hehehe....sudah pasti org pertama nampak adalah Zul...hehehehe.... hari2 kena bahan la...dia cari  jer benda yg boleh ngata aku...katanya kalau bola tanggung mesti kena smash..he...he..he....

Disebabkan tabiat burukku ketika makan tu,tiap kali mkn bersama,dia memang akan perhatikan aku..supaya dia boleh gelakkan aku kuat2... sampaikan org lain pelik.... mmg pelik bila kitorg bersama...GILA....

1 lagi insiden yg pasti takkan ku lupakan time mkn kat kantin... xingat mkn apa.rasanya mkn nasi dgn ikan bakar cicah dgn cili kicap kot... sambil mkn reramai tu,kitorg borak2 la...masa tu waktu rehat rasanya. 2006 kot... tengah2 mkn tu aku perasan ada setitik kicap tu tumpah kt tudung aku. tapi aku tgk zul masih cbuk bersembang dgn dahsyatnya jadi dgn muka cool, dengan slumber mcm xde apa2 berlaku, aku pun ambik tisu celop dlm air masak n lap kt tudung aku... selepas jer tindakan ku itu berakhir,si Zul ni pun gelak dgn dahsyatnya..... ingtkan dia tak nampak....hampeh tul...sbb dia suka gelakkan aku mcm tu...aku lak suka gelakkan dia time dia tido dlm mesyuarat guru atau kt bilik guru....hahaha..siap ambik gambar lagi....

Tapi kenangan kita bersama : housemates ku, jemi,sue,syida n k.norli serta zul yg sentiasa menyibuk n kdg2 tmbh dgn rahimi n subra.... memang takkan dilupakan...kita sentiasa happy walaupun ada insiden2 xbest,tp kalau diingat balik mesti nk gelakkan.... jangan lupakan ku yer....
ni berbuka puasa kat Tanjung Adang kot.....


Untuk pengetahuan semua, Zul dah pun berkahwin dengan Jemi pada 2007.




Friday 30 March 2012

Kanser??????? Takutnya....


Hari ni tajuknya menakutkan ramai orang kan...terutamanya perempuan yang selalu terdedah kepada bahaya kanser ni terutama kanser payudara dan kanser servik. Belum  kena tentulah kita cakap, xper,xdenya nak kena. tapi kita tak tahu bila  boleh berlaku jika kita tak cegahnya dari awal. Kanser boleh berlaku jika kita ada keturunan yang ada kanser ataupun darisegi pemakanan kita dan gaya hidup kita boleh menyebabkan berlakunya kanseeer..... kalau perempuan tak payah tunggu kanser,rasanya kalau ada fibroid atau cyst pun dah menakutkan. beeetul tak?

Ok, saya nak bgtau satu info. FIR atau cahaya infra merah jarak jauh dapat mencegah sel2 kanser daaripada merebak. mana nak cari lak FIR tu??? ok,dengan teknologi moden yang ada ni, pakaian dalam pun telah disulam tenun dengan FIR ni. Pakaian dalam mana? tentulah pakaian dalam yang ada superbrand dan telah mendapat pengiktirafaan antarabangsa iaitu pakaian dalam Pemium beautiful.


Terdiri daripada 3 keping iaitu Long Bra , Waist Nipper & Long Girdle.


Bagaimana ia bertindak balas???



Gambar ini menunjukkan pengaliran darah selepaas memakai Premium Beautiful. 


Antara kelebihan memakai Premium Beautiful ialah :


•Memelihara daripada mendapat strok. 
•Memelihara daripada mendapat penyakit jantung. 
•Mencegah kanser/barah. 
•Merawat bronchitis. 
•Merawat lelah. 
•Menghilangkan sembelit, sakit bahu, pinggang, lutut, kaki dan kesukaran untuk tidur lena. 
•Menghilangkan perasaan mudah tersinggung, radang usus dan perut. 
•Merawat hepatitis.
•Merangsang sel-sel yang lemah dan tidak aktif untuk meningkatkan kadar metabolisma.
•Memulihkan sakit pundi kencing. 
•Memulihkan radang usus dan perut. 
•Memulihkan hepatitis. 
•Memulihkan kencing malam. 
•Memulihkan kencing manis. 
•Memulihkan buah pinggang. 
•Memulihkan cahaya muka. 
•Memulihkan penyakit rahim (fibroid). 
•Memulihkan buasir. 
•Memulihkan keletihan dan lesu.
•Memperbaiki dan memulihkan ketidakseimbangan sistem saraf autonomi serta menstabilkan fungsi organ-organ dalam badan. 
•Memulihkan bahu yang kaku. 
•Memulihkan pening. 
•Memulihkan telinga berdengung. 
•Memulihkan mata sakit. 
•Memulihkan sakit saraf di kepala atau muka (migrain)
 



Kalau ada sesiapa yang mengalami perkara2 di atas,jom la dapatkan Premium Beautiful. SMS jer saya 019-7554377 . 





Monday 19 March 2012

Rindu-rinduan jadi kenang kenangan....

Tiba-tiba jer teringatkan zmn persekolahan masa buka FB cikgu Rozie tadi.. Aku nak pelajar-pelajar aku jadikan zaman persekolahan mereka sebagai sesuatu yg menarik.... baru best nnti nak dikenangkan..... AKU??? Hmmm...sesiapa yg pernah jadi kawan aku,sure tahu mcm mana aku di zaman persekolahan dulu..hehehehe...boleh gelak sendiri.... kalau boleh xnak la anak2 muridku jadi mcm aku dulu.hehehehe....tp kalau baik sangat pun xbest gak..HAHAHA..BOLEH TRIMA KER INI KATA2 SEORANG KAUNSELOR...Kaunslor pun manusia gak kan.... :)

Apa ek nak citer....Kenangan masa sekolah rendah ker sekolah menengah??? kalau sekolah rendah,aku ni banyak main kat bendang jer...tangkap ikan dgn budak2 laki bersama seorang sepupu perempuan aku dan kalau main masak2 aku mesti jadi mak. sampaikan sekarang ni kalau aku jumpa budak kampung aku yg selalu jadi Ayah tu,naik seganlak aku. mujur dia dah kawin..hehehehe. Pastu kalau main cikgu2..,SUDAH PASTILAH aku cikgu nya..walaupun masa tu aku darjah 2,murid aku paling besar rasanya darjah 5 atau 6.hehehe...akhirnya jadilah aku cikgu. paling aku ingat,kitorg main cikgu2 dalam jelapang padi. sekarang dah takde jelapang padi tu. nak cari kt kg pun dah payah nk jumpa. masa main kt dalam jelapang tu, subjek yg aku ajar adalah kesihatan...ce wah....tengah syok dok mengajaq,tiba2 kaki ceq sakit. rupanya terpijak tajak.... bahasa surat sabit kot...berdarah2 jari kecik aku.. huhuhu....ank2 murid boleh dok gelak2.... ms kanak2 dulu kalau luka,xmainla letak ubat luka. gunajer daun2 yg ada kt tepi kampung tu,letak air,buih2 yg hijau tu lumurkan jer kt luka..hehehe...

Eh,kata nak citer pasal zaman sekolah..tersasarlak citer pasal zmn kanak2 kt kampung...hehehehe.... masa sekolah rendah, time Tabika n darjah 1 kt Sekolah Tengku Budriah Arau pasti pindah ke SK Abi. Antara cikgu2 yg aku ingat,paling sayang masa dulu2 CIkgu Fazlina Ahmad...Masa tu perasan kakak angkat la...hahaha....pernah sekali kena marah dgn dia,ingat sampai skrg... CIkgu Mail,guru kelas yg buat jamuan 3hari utk kitorg,pastu yg kenalkan aku Pertandingan Pendidikan lalulintas Shell n buat persembahan lakonan la...aku mmg suka berlakon dulu. kalau ada lawan kt kelas mesti grup aku yg ada DIk TEh,KAK Mee,Erny,Shila n Shamilia mesti menang...Cikgu Anuar cikgu rumah kuning n cikgu mate... xkan lupa kena rotan tapak kaki sbb buat kerja rumah kt sekolah..huhuhuhu....mujur dpt A. Cikgu Syed, cikgu kelas drjah 5,cikgu chess. Last jumpa dia masa kenduri kt rumah Cikgu hashim cuti haritu..hehehehe...lagi??? ha,cikgu Madi....aku pernah berlaku salah faham dgn dia n xckp dr drjah 5-darjah 6...sedih..... ms drjh 4 baik sangat.... drjah 6 baik balik. ingat dia pernah tulis kt papan hitam "Rozirah is a lazy short girl" sbb aku xp kelas malam...huhuhu..sungguh ku tak ingat masa tu. . . terkejut aku dtg sekolah pagi2 baca statement tu...

banyak gak kenangan sekolah rendah dgn rakan2 rapatku ....sekarang semuanya berjauhan dan jarang bertemu dan yg pasti ada yg dah ank 2 atau 3 tp masih ada yg blm kawin mcm aku.hehehehe...ada ramai lg cikgu2 lain yg aku ingat tp panjang sangat nak tulis..nnti boleh sambung lagi yer....mmmm seorang kawan baik lelaki ku masa zmn sekolah rendah dah kembali ke Rahmatullah... mahadzir Ali atau mat dek....Al-fatihah untuk arwah.....

Saturday 3 March 2012

KURANG KOLAGEN ? ? ? APERTU????

ASSALAMUALAIKUM.....

Hari ni nak citer pasal kesihatan... banyak juga nak citer pasal kehidupan n motivasi utk hidup tapi hari ni nak tukar sikit.... ni sebab saya sayang semua...nak semua sihat....muda...n cantik....baru la hidup kita bahagia...tak de org nak saling dengki mendengki...tak payah nak pakai2 susuk, nak cucuk sana cucuk sini. memangla berkesan tapi nak ker mati nanti seksa....kat akhirat tak tau lagi apa balasannya....cucuk2 tu,kang ada lak yg terlebih besar...nak buat mulut angelina jolie,ntah2 nnti jadi lain pulak..terus tak cantik sedangkan duit dah banyak habis....

Mula2 nak gtau dulu apa tu kolagen...takut saya nak sebut..maklumlah xpandai sangat...ia adalah protein utama  bagi tisu sokongan dalam badan kita. kalau xde kologen ni akan memberi kesan kt badan kita...Cer kita tgk kesan dia...


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.



HAH...DAH BACA? PEREMPUAN LEBIH CEPAT DRPD LELAKI TAU... SBB TU PEREMPUAN NAMPAK LEBIH TUA .... SO SAPE2 YG SUAMI LEBIH MUDA TU KENA HATI2....SKRG NI UTK STABILKAN HORMON KITA N LAMBATKAN PENUAAN TU,ADA CARANYA..YG BESTNYA,XPERLU NAK MKN2...KITA MAIN SAPU2 JER...SAPU SIKIT,TERUS NAMPAK KESANNYA.....MEMANG BESTLA...KALAU X,XKAN ORG SELALU CAKAAP SY NI UMO 25 ATAU 26. HEHEHEHE....EH....TERPERASAN LAK....JGN MARAH...

OK.NAMA PRODUK INI IALAH BIOEVER NANO CREAM.




HA..TGK LA...ISH..KECIK LAK GAMBARNYA..BAHAN2 NYA XGUNA BHN KIMIA.HANYA GUNA BAHAN SPT WILD YAM,PEGAGA N SOYA... UTK MENGETAHUI LEBIH LANJUT,PLZ VISIT MY PAGE, http://www.facebook.com/pages/Cantik-Sihat-Selalu/301005443289511?ref=tn_tnmn

ATAUPUN SMS ME 019-7554377......ROZIE....

Friday 24 February 2012

Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa Petronas Peringkat Negeri Selangor 2012

Pada 13,14 dan 15 Februari yg lalu,saya dan 3 orang Jurulatih Eksekutif PPDa Sahabat Petronas bergerak dari JPNSelangor lebih kurang pukul 9.15 pagi. Kami bergerak dengan kereta saya. So sayalah yg drive kan.... Kami berhenti breakfast kat Bagan Tengkorak. En Azami cakap sedap n banyak kuih..ingat nm mkn lontong tp habis lak kuahnya. Sepanjang perjalanan, membebellah jer kerjanya..Sakit telinga aku. hahahaha....Aku xde la nak marah tp ada gak la ayat aku"nak jalan kaki ker?". Hehehe. tp bagus juga sbb xla aku mengantuk kan...Kami sampai kt jeti Lumut dalam 12 lebih. 

                                                              ni kat dlm boat ke pangkor.

Sampai jeti terus Pangkor terus ke DJ Holiday Pangkor. Ambik kereta n cari makan. . . .. lapar ooo.pastu g jalan2 sampai Pantai apa ntah namanya...lupalak aku...tp cantik...ada orang janji esoknya nak bawak naik bot jln2....  lepas tu balik hotel untuk persiapan malamnya....


Malam ...bermulalah aktivitinya.. Ice Breaking dikendalikan oleh En Azami n Zaid....Keesokan paginya 
senamrobik n aktiviti2 lain. Aku kendalikan ujian personaliti warna. fuh,gementar gak nak citer kat guru2 kaunseling yg dah berpengalaman. tapi ada gak yg bukan guru kaunseling. tapi aku merasa yakin bercakap di depan krn adanya RAHSIA... hehehehe...Dalam ramai2 tu ada sorg kosmate aku kt upm dulu. kak Aida Wahid. Para peserta memang sporting habisla....Makan pun mewah cuma kadang2 perasaannya kurang.



hari kedua program habis awal sbb nak bg peluang kt para peserta g jalan2. aku dgn akmar,en azami n zaid g pekan dulu. aku pun belilah ikan bilis kiriman orang dan baju untuk adik2 aku. habisla duit lebih rm200. siap g cucuk lagi kt maybank. hahahaha....pastu en azami n zaid nak balik dulu nnti baru keluar semula...ku tunggu....tunggu...akhirnya ku tertido...pastu zaid cakap kereta ada tapi tarak kunci....jadi diorg naik moto,hanya ada 2 helmet...dia cakap kalau kak nak keluar pandai2 la naik basikal...huhuhuhu.....

malamnya ada makan-makan..tp bila dok dgn vip makannya sikit jer..Aku tanya Zaid n En Azami"ada org nak balik jln kaki ke esok?" hahahahaha...hari ke3,pagi2 dah hujan..pastu ada stesen game,ambik gambar n penutup. masa ambik gambar,kosmate aku tanya nape aku nmpak lain,ada rahsia ker...ye ker lain???mmmm...kul 2.30 kitorg bergerak balik ke jeti. 

aku drive balik. bayar parking rm15.30 jer. sampai kat sekinchan stop beli jagung. biasala....i nak buat bubur jagung. pastu zaid drive. hehehe.baru dia tau mcm mana drive dan dikomen...tp boleh tahan gaklah dia bawak. takut aku dok blkg tu...berhenti smbhyg kt kuala selangor. pastu balik ikut jalan meru. hantar zaid n en azami kt jpns n akmar kt pkns. pastu balik puchong....

bila masuk jer kawasan puchong,aku pun mula lah mengantuk...tersengguk2..rasa nampak pokok jer kat dpn aku. tp mujo selamat sampai kt tmpt parking rumah..pastu bolehlah tertido kt dalam kete. aku terbangun pun sbb bunyi hp. tukar pakai selipar baru naik rumah. kelakar gak,punyalah ngantuk sampai nk buka kunci,terjatuh2 kunci tu...hehehehe...dah mandi pastu mataku pun celik luas.....

Monday 6 February 2012

Gila bayang..... :)

        Sebenarnya banyak kerja mahu dibuat tapi biasalahkan...kalau tak,tak nama aku. kain sebakul tu dari tadi nak lipat tapi masih come dalam bakul. hehehe. masa nak taip ni terbaca students aku punya blog,tiba2 syahdu lak aku ni..SENSITIF pulak... Apa lak kaitan dengan gila bayangkan....Sebenarnya semalam masa kemas-kemas bilik,buang kertas2 yg dah tak diperlukan,aku jumpa kertas2 conteng time aku jadi Pengawas SPM. Rasanya ni masa aku jaga SMK Kelana jaya. aku ni kalau bosan suka dok coret2 benda yang ntah apa2. sajak la,lirik lagu la,syair,pantun,boleh reka2 nama orang ,xpun lukis salasilah keluarga,lukis bunga2. Ini salah satu hasilnya,yg lain nnti kalau rajin aku taip.

Tajuknya aku tulis Gila Bayang. 

Sejak pertemuan pertama itu
Aku seringkali teringatkanmu
walau apa aku lakukan
Bayangan wajahmu menjelma.

Oh.... sakitnya ... menanti
Bilakah kita akan bertemu lagi
Kadangkala aku tersenyum
kadangkala aku termenung
Aku tertanya-tanya
Di manakah dapatku bertemu denganmu.

Oh....salahkah....
Jika hati ini sudah jatuh cinta?
Cinta pandang pertama
Oh....silapkah...
mengapakah tidak kuambil no telefon..
oh...ku tak mengerti
Mengapa ini terjadi

Oh...sakitnya
Sejak kali pertama bertemu
Tuhan tolonglah...
Ketemukan aku dengan si dia....
Aku sudah gila bayang...
bayang....bayangannya...

(lawak kan aku ni.....)

Tuesday 10 January 2012

sedih pilu


hari ini...semalam...tak tahu kenapa aku sedih atau rasa bersalah... betul agaknya apa yg aku dengar ketika belajar di universiti dulu. etika seorang kaunselor dan klien yang tidak boleh melebihi hubungan sebagai kaunselor dan klien. atau seorang guru dgn pelajar hanya perlu mempunyai hubungan di dalam kelas untuk selesaikan proses p&p. dan selepas itu tiada. tidak perlu untuk memasukkan elemen2 emosi dalam hubungan antara guru dan murid? Murid adalah murid dan guru adalah guru.

tidak perlu sehingga ingin menghargai mereka lebih daripada itu. tidak perlu melayan mereka di luar bilik darjah. tidak perlu mengambil berat tentang diri mereka. tidak perlu berinteraksi dengan ibu bapa mereka. cukuplah sekadar hubungan sebagai seorang klien dan habis di situ. buangkanlah perasaan kasih sayang seorang guru terhadap mereka. tidak perlu aku menjadi sahabat mereka dan mengambil tahu tentang diri mereka dan apa perasaan mereka dan apa yg mereka alami dan rasai.

sanggupkah aku melihat mereka begitu. cukup kuatkah aku untuk tidak mempedulikan mereka. aku ingin melihat mereka berjaya. aku ingin memberi sokongan. aku ingin mengambil hati mereka. aku ingin mereka menjadi seorang pelajar yg berkaliber, menjadi pelajar yang tau serba serbi,kuat berhadapan dengan cabaran.

tapi agaknya aku lupa. aku adalah guru.... aku bukan ibu mereka. aku bukan adik beradik mereka. aku bukan keluarga mereka. aku tidak boleh masuk campur....

kepada semua anak2 muridku,cikgu minta maaf, jika kerana cikgu, ....
cikgu minta maaf jika cikgu menyusahkan kamu.... tapi semua yang cikgu lakukan,untuk kebaikan kamu. untuk mengajar kamu. supaya kamu tahu bagaimana cara untuk hidup di dunia yg sebenar di luar sana.

Biarlah cikgu dibenci sekarang. terima kasih kerana kalian sentiada mendewasakan cikgu.memberi cikgu pengalaman berharga... luv u all... :)


Sunday 8 January 2012

Kebaikan Premium Beautiful

Tahu tak apa tu Premium Beautiful. Perempuan - perempuan di luar sana kebanyakannya mesti tahu. saya dulu mula2 tk tau org dok sebut2. Dah tengok terus jatuh cinta untuk pakai.





  • Dia terbahagi kepada 3 keping iaitu, Long Bra, Long Girdle dan Waist Nipper yang terdapat FIR. 
  • Menggunakan teknologi Luar Negara dan diiktiraf pakar tulang belakang antarabangsa.
  • mendapat anugerah superbrand.
  • 70% adalah untuk kesihatan. Selainnya untuk kecantikan,dan pembentukan badan.
  • Fabrik berteknologi tinggi Akwatek dan Akwadyne yang menggunakan bahan Bio-seramik berasaskan air.
Kalau nak ceritakan keistimewaan FIR ni, banyak. Bila kita pakai Premium Beautiful ni, ia akan menggetarkan molekul2 dalam badan kita dan melancarkan perjalanan darah. orang perempuan ni banyak penyakit yang disebabkan oleh darah.

masa sebelum saya pakai PB ni, saya ada masalah untuk tidur. Kalau nak tidur tu, ada jer masalah. rasa bantal rendah la,tinggi pun salah. lepas pakai PB saya sedar, saya dah tak sakit belakang time tidur. rupanya selama ni ada masalah tulang belakang.

Antara penyakit-penyakit lain yang boleh diatasi atau dicegah ialah darah tinggi, senggugut, period tak teratur,buasir,cyst,fibroid, barah payudara, asma, tekanan darah rendah, keputihan, sembelit, gastrik, masalah bau badan, dan ada lagi. nanti saya ceritakan testimoni dari rakan-rakan.

kalau ada yang berminat atau ada ahli keluarga atau jiran-jiran yang mengalami penyakit-penyakit yang saya sebut bolehlah bagitau saya. khidmat rundingan percuma dan boleh tengok sendiri produknya.

Kita membantu orang yang sakit ni pun dikira ibadah. dapat pahala jadi marilah kita bantu membantu antara satu sama lain.

ROZIE-0197554377


Thursday 5 January 2012

Hari Pertama 2012

Hari Rabu,4hb Januari 2012, hari pertama persekolahan untuk tahun ini. Seperti biasa aku akan terlibat dengan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. So hari ni aku keluar rumah dalam pukul 11.50 dengan baju kurung Pahang dan selendang biruku...
Sampai sekolah, banyak sangat benda nak buat. hehehehe.boleh membuatkan aku lupa segalanya. Time tu lah juga ibu bapa pun nak jumpa. Ish....Seterusnya selepas selesai tugas2 itu, aku ke dewan dalam jam 2.55 untuk meneruskan program orientasi. kat dalam dewan tu macam pi sauna. Panas!!!!. Kalah Melodi...hehehehe. Selepas taklimat disiplin, rehat tapi aku duduk jer kat situ. Aku mintak seorang pengawas ni belikan aku air. Aku takla lapar sangat sebab dan breakfast makan nasi kat rumah.

Seterusnya bermulalah Roadshow Kokurikulum. Bagi masa sekejap jer tapi punyalah ramai yang kena bagi taklimat tentang Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan. Aku punya pun tak sempat nak buat. Roadshow terpaksa dihentikan walaupun belum habis sebab dewan ada orang nak guna sampai 5.35 lah kiranya.

Pastu masuk bilik guru dan berjumpa dengan Penyelia Petang. Ada jadual yang perlu dirombak untuk hari esok. Lepastu dia ada pesan suruh bagitau budak bawak pamplet masa hari oreintasi haritu kerana kat situ ada lirik lagu. Aku pun terus ke bilik guru dan memberitahu guru-guru tentang perubahan jadual.

Seterusnya dah lepas 6.30 aku pun p tutup bilik aku. Mujur dah ada orang nak tolong tutup. hehehe.almaklumlah aku bukannya sampai. pastu aku ke bilik guru semula menyelesaikan apa yg patut. Ada makanan.... Pulut sekaya atau dalam bahasa di sini, seri muka...aku makan seri muka tu,rasa pulut dia mcm masin. orang lain ckp ok jer..aku jer rasa masin. hmmm...agaknya aku xbasuh tangan kot ek...ntah apalah yg aku pegang. So aku kena lah dengan cikgu2 lain,diorg ckp org yg mkn rasa masin ni tandanya tak lama lagi nak kawin. Huh. Dah la sebelum tu Si Maliha n Fikri cakap aku pakai cantik2 mcm tanda2 orang nak kawin. Ada lak gitu...

Masa loceng dah bunyi baru aku teringat sesuatu...aku lupa nak bgtau seorang budak ni, mak dia pesan suruh naik bas sekolah....Mcm manalah boleh lupa. xpasal2 aku pusing kat semua tmpat budak tunggu bas. kat depan sekolah pun aku tanya. dahla aku xkenal budaknya muka cam mana.tau nama jer...dah dipastikan takde sapa2 lg kt bus stand aku pun balik. di tengah perjalanan baru aku ingat yg aku lupa bgtau budak suruh bawa lirik lagu sekolah tu. hua hua hua...naper asyik lupa jer..

Dah sampai kat pasar malam aku pun g lah pasar malam. beli kepak ayam n air jer. nasi dah ada kat rumah. elok sampai dalam rumah aku baru perasan...rupanya aku tak tutup pintu belakang. Apalah nak jadi. mujur belakang tu ada besi cam kt jail tu. jadi takde la org perasan aku xtutup pintu....harap2 esok aku tak lupa lagi.....