About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Friday 14 October 2011

cuti2 -kerja

mmm...ada banyak perkara yang nak diceritakan selepas Program waja diri haritu tapi rasa macam tak sempat nak cerita. Lepas program Waja Diri,Isnin - Rabu seterusnya tu aku terlibat dengan Kem PRS Peringkat Negeri Selangor kat Nur Laman Bestari Ulu yam Selangor. Aku dan 3 orang guru lagi daripada daerah Petaling Utama ditugaskan sebagai AJK Keselamatan. MMm...confirm la kena jaga keselamtan peserta. Aku dgn Miza kena tidur dengan peserta perempuan. malam pertama disebabkan hujan yang amat lebat,kami tidur jer kat bilik kami.sebut tentang bilik kami,kelakar.ada katak pisang mkasa baru2 datang.mula2 aku jadi penyelamat sbb ada sorang akak ni takut siap nangis2. rupanya malam tu ada lagi,ada cikgu lelaki tolong selamatkan. selama 3 hari aku duduk situ,semua orang tak dapat hubungi aku. xde line kat situ. hehehe...
Antara tugas kami yg tak disenaraikan tp tu lah tugas utama. merasa makanan. kiranya orang pertamala yg merasmikan dgn alasan kalau kami makan ok,okla orang lain makan. hehehe..yang paling aku geram bila tengok air kat sungai tu..rasa macam aku yang nak terjun dalam tu.
Hari Khamis aku pergi mesyuarat Hari Informasi daerah dan siapkan Buku program petang hingga malam tu juga. Dahla pergi fotostat lama gila dia fotostat. Pagi2 Jumaat pi hantar Buku Program kat Kelana jaya. Lepas tu pergi Taklimat PMR dan balik rumah. dapat sms daripada k.long kat sekolah suruh balik sekolah tapi aku buat bodo jer.. Jadi hari isnin aku pun kena la bebel dgn dia...Lepas tu jaga exam sampai hari Selasa. Rabu aku ke sekolah,banyaklak kes,siap ada kes gaduh yang mak bapa buat report polis. aku tak faham la kenapa sampai nak kena buat report polis..ish....pastu banyak juga kerja nak kena siapkan...
Hari Khamis mesyuarat lagi kat PPD petaling Utama. Ada program kesihatan peringkat negeri. aku dilantik menjadi Pen Kem Komandan. macam tak percaya jer...Balik petang aku qada tidur sampai merilekskan diri yg sakit...malam ni taip kertas kerja kursus lanjutan PRS. Yerlah lawatan ke perlis kena reject dengan pengetua . tapi tak tahula,kurang 5 minggu ni..huhuhuhu....Esok aku akan ke sekolah....Banyak lagi laporan belum siap n ramai pelajar nak kena jumpa...aku tak datang sekolah, ada gak budak pun tak datang sekolah...apalah nak jadi...