About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Tuesday 10 January 2012

sedih pilu


hari ini...semalam...tak tahu kenapa aku sedih atau rasa bersalah... betul agaknya apa yg aku dengar ketika belajar di universiti dulu. etika seorang kaunselor dan klien yang tidak boleh melebihi hubungan sebagai kaunselor dan klien. atau seorang guru dgn pelajar hanya perlu mempunyai hubungan di dalam kelas untuk selesaikan proses p&p. dan selepas itu tiada. tidak perlu untuk memasukkan elemen2 emosi dalam hubungan antara guru dan murid? Murid adalah murid dan guru adalah guru.

tidak perlu sehingga ingin menghargai mereka lebih daripada itu. tidak perlu melayan mereka di luar bilik darjah. tidak perlu mengambil berat tentang diri mereka. tidak perlu berinteraksi dengan ibu bapa mereka. cukuplah sekadar hubungan sebagai seorang klien dan habis di situ. buangkanlah perasaan kasih sayang seorang guru terhadap mereka. tidak perlu aku menjadi sahabat mereka dan mengambil tahu tentang diri mereka dan apa perasaan mereka dan apa yg mereka alami dan rasai.

sanggupkah aku melihat mereka begitu. cukup kuatkah aku untuk tidak mempedulikan mereka. aku ingin melihat mereka berjaya. aku ingin memberi sokongan. aku ingin mengambil hati mereka. aku ingin mereka menjadi seorang pelajar yg berkaliber, menjadi pelajar yang tau serba serbi,kuat berhadapan dengan cabaran.

tapi agaknya aku lupa. aku adalah guru.... aku bukan ibu mereka. aku bukan adik beradik mereka. aku bukan keluarga mereka. aku tidak boleh masuk campur....

kepada semua anak2 muridku,cikgu minta maaf, jika kerana cikgu, ....
cikgu minta maaf jika cikgu menyusahkan kamu.... tapi semua yang cikgu lakukan,untuk kebaikan kamu. untuk mengajar kamu. supaya kamu tahu bagaimana cara untuk hidup di dunia yg sebenar di luar sana.

Biarlah cikgu dibenci sekarang. terima kasih kerana kalian sentiada mendewasakan cikgu.memberi cikgu pengalaman berharga... luv u all... :)


No comments:

Post a Comment