About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Friday 18 May 2012

KERANA DIA...

sAjAK ni aku cipta untuk pelajar2ku buat persembahan...pastu aku ada terbaca sajak kt wall seorang rakan. jadi aku edit aku punya sajak campur2 dgn sajak kt wall kawan tu untuk jadikan ia sedap didengar untuk guru2 di skolahku....

KERANA DIA BY CIKGU ROZIE...
Kerana dia.....kerana dia....kerana dia....
Kerana dia...aku masih di sini
Mencari ilmu....menagih simpati....
Mngharap secangkir kasih
Buat harapan di masa hadapan.....

Dari hatinya terbit seberkas kasih
Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu
Dalam rohnya muncul segugus kerdipan kemuliaan
Buat anak-anak bumi tercinta
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat.

Kerana dia.... kini ku faham
Aku mengerti....erti kehidupan..
Makna pengorbanan ibu bapa ku....

Kerana dia....
Yang telah bersusah payah
Tidak kenal penat jerih
Terus berusaha tanpa rasa jemu
Tanpa mengira apa pun kaum....
Dia terus menabur ilmu....

Dia....guruku.....dia...ibuku....dia...bapaku....
Terima kasih CIKGU
Engkaulah ratu dari segala ratu
Engkaulah puteri dari segala puteri
Dan engkaulah jua yang membenihkan
Jiwa kami dengan segala kematangan
Dalam menempuh sejalur jalan kehidupan
Yang penuh berliku ini.

Marilah rakan....marilah teman....
Ayuh kita bersama...berganding bahu...
Menggalas tanggung jawab
Ringankan beban dia...
Biarlah senyuman itu yang terukir dibibir....kekal selamanya....

Dia sentiasa di hatiku...
Dia mengubati sakitku....
Dia menjadi contoh teladan akhlak yang baik
Dia memberiku impian...pastikan berjaya
Dialah....Inspirasi hatiku....







No comments:

Post a Comment