About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Tuesday 10 January 2012

sedih pilu


hari ini...semalam...tak tahu kenapa aku sedih atau rasa bersalah... betul agaknya apa yg aku dengar ketika belajar di universiti dulu. etika seorang kaunselor dan klien yang tidak boleh melebihi hubungan sebagai kaunselor dan klien. atau seorang guru dgn pelajar hanya perlu mempunyai hubungan di dalam kelas untuk selesaikan proses p&p. dan selepas itu tiada. tidak perlu untuk memasukkan elemen2 emosi dalam hubungan antara guru dan murid? Murid adalah murid dan guru adalah guru.

tidak perlu sehingga ingin menghargai mereka lebih daripada itu. tidak perlu melayan mereka di luar bilik darjah. tidak perlu mengambil berat tentang diri mereka. tidak perlu berinteraksi dengan ibu bapa mereka. cukuplah sekadar hubungan sebagai seorang klien dan habis di situ. buangkanlah perasaan kasih sayang seorang guru terhadap mereka. tidak perlu aku menjadi sahabat mereka dan mengambil tahu tentang diri mereka dan apa perasaan mereka dan apa yg mereka alami dan rasai.

sanggupkah aku melihat mereka begitu. cukup kuatkah aku untuk tidak mempedulikan mereka. aku ingin melihat mereka berjaya. aku ingin memberi sokongan. aku ingin mengambil hati mereka. aku ingin mereka menjadi seorang pelajar yg berkaliber, menjadi pelajar yang tau serba serbi,kuat berhadapan dengan cabaran.

tapi agaknya aku lupa. aku adalah guru.... aku bukan ibu mereka. aku bukan adik beradik mereka. aku bukan keluarga mereka. aku tidak boleh masuk campur....

kepada semua anak2 muridku,cikgu minta maaf, jika kerana cikgu, ....
cikgu minta maaf jika cikgu menyusahkan kamu.... tapi semua yang cikgu lakukan,untuk kebaikan kamu. untuk mengajar kamu. supaya kamu tahu bagaimana cara untuk hidup di dunia yg sebenar di luar sana.

Biarlah cikgu dibenci sekarang. terima kasih kerana kalian sentiada mendewasakan cikgu.memberi cikgu pengalaman berharga... luv u all... :)


Sunday 8 January 2012

Kebaikan Premium Beautiful

Tahu tak apa tu Premium Beautiful. Perempuan - perempuan di luar sana kebanyakannya mesti tahu. saya dulu mula2 tk tau org dok sebut2. Dah tengok terus jatuh cinta untuk pakai.





  • Dia terbahagi kepada 3 keping iaitu, Long Bra, Long Girdle dan Waist Nipper yang terdapat FIR. 
  • Menggunakan teknologi Luar Negara dan diiktiraf pakar tulang belakang antarabangsa.
  • mendapat anugerah superbrand.
  • 70% adalah untuk kesihatan. Selainnya untuk kecantikan,dan pembentukan badan.
  • Fabrik berteknologi tinggi Akwatek dan Akwadyne yang menggunakan bahan Bio-seramik berasaskan air.
Kalau nak ceritakan keistimewaan FIR ni, banyak. Bila kita pakai Premium Beautiful ni, ia akan menggetarkan molekul2 dalam badan kita dan melancarkan perjalanan darah. orang perempuan ni banyak penyakit yang disebabkan oleh darah.

masa sebelum saya pakai PB ni, saya ada masalah untuk tidur. Kalau nak tidur tu, ada jer masalah. rasa bantal rendah la,tinggi pun salah. lepas pakai PB saya sedar, saya dah tak sakit belakang time tidur. rupanya selama ni ada masalah tulang belakang.

Antara penyakit-penyakit lain yang boleh diatasi atau dicegah ialah darah tinggi, senggugut, period tak teratur,buasir,cyst,fibroid, barah payudara, asma, tekanan darah rendah, keputihan, sembelit, gastrik, masalah bau badan, dan ada lagi. nanti saya ceritakan testimoni dari rakan-rakan.

kalau ada yang berminat atau ada ahli keluarga atau jiran-jiran yang mengalami penyakit-penyakit yang saya sebut bolehlah bagitau saya. khidmat rundingan percuma dan boleh tengok sendiri produknya.

Kita membantu orang yang sakit ni pun dikira ibadah. dapat pahala jadi marilah kita bantu membantu antara satu sama lain.

ROZIE-0197554377


Thursday 5 January 2012

Hari Pertama 2012

Hari Rabu,4hb Januari 2012, hari pertama persekolahan untuk tahun ini. Seperti biasa aku akan terlibat dengan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. So hari ni aku keluar rumah dalam pukul 11.50 dengan baju kurung Pahang dan selendang biruku...
Sampai sekolah, banyak sangat benda nak buat. hehehehe.boleh membuatkan aku lupa segalanya. Time tu lah juga ibu bapa pun nak jumpa. Ish....Seterusnya selepas selesai tugas2 itu, aku ke dewan dalam jam 2.55 untuk meneruskan program orientasi. kat dalam dewan tu macam pi sauna. Panas!!!!. Kalah Melodi...hehehehe. Selepas taklimat disiplin, rehat tapi aku duduk jer kat situ. Aku mintak seorang pengawas ni belikan aku air. Aku takla lapar sangat sebab dan breakfast makan nasi kat rumah.

Seterusnya bermulalah Roadshow Kokurikulum. Bagi masa sekejap jer tapi punyalah ramai yang kena bagi taklimat tentang Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan. Aku punya pun tak sempat nak buat. Roadshow terpaksa dihentikan walaupun belum habis sebab dewan ada orang nak guna sampai 5.35 lah kiranya.

Pastu masuk bilik guru dan berjumpa dengan Penyelia Petang. Ada jadual yang perlu dirombak untuk hari esok. Lepastu dia ada pesan suruh bagitau budak bawak pamplet masa hari oreintasi haritu kerana kat situ ada lirik lagu. Aku pun terus ke bilik guru dan memberitahu guru-guru tentang perubahan jadual.

Seterusnya dah lepas 6.30 aku pun p tutup bilik aku. Mujur dah ada orang nak tolong tutup. hehehe.almaklumlah aku bukannya sampai. pastu aku ke bilik guru semula menyelesaikan apa yg patut. Ada makanan.... Pulut sekaya atau dalam bahasa di sini, seri muka...aku makan seri muka tu,rasa pulut dia mcm masin. orang lain ckp ok jer..aku jer rasa masin. hmmm...agaknya aku xbasuh tangan kot ek...ntah apalah yg aku pegang. So aku kena lah dengan cikgu2 lain,diorg ckp org yg mkn rasa masin ni tandanya tak lama lagi nak kawin. Huh. Dah la sebelum tu Si Maliha n Fikri cakap aku pakai cantik2 mcm tanda2 orang nak kawin. Ada lak gitu...

Masa loceng dah bunyi baru aku teringat sesuatu...aku lupa nak bgtau seorang budak ni, mak dia pesan suruh naik bas sekolah....Mcm manalah boleh lupa. xpasal2 aku pusing kat semua tmpat budak tunggu bas. kat depan sekolah pun aku tanya. dahla aku xkenal budaknya muka cam mana.tau nama jer...dah dipastikan takde sapa2 lg kt bus stand aku pun balik. di tengah perjalanan baru aku ingat yg aku lupa bgtau budak suruh bawa lirik lagu sekolah tu. hua hua hua...naper asyik lupa jer..

Dah sampai kat pasar malam aku pun g lah pasar malam. beli kepak ayam n air jer. nasi dah ada kat rumah. elok sampai dalam rumah aku baru perasan...rupanya aku tak tutup pintu belakang. Apalah nak jadi. mujur belakang tu ada besi cam kt jail tu. jadi takde la org perasan aku xtutup pintu....harap2 esok aku tak lupa lagi.....