About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 26 August 2012

Kenapa lak Faizal Tahir, Anuar Zain n Faizal Husein terbabit ni?


MMM... apa kena mengena diorang dengan hidup aku? Lama taip tajuk tapi nk tulis isinya punyalah malas..hehehehe... faham-faham jerlah baru balik dari kampungku yg indah permai.

Tiap kali aku balik kampung, pasti ada topik yg tak akan lari dari diperkatakan kepada ku. Mesti semua orang dah dapat teka kan. Topik paling hangat dan merimaskan. masa jalan beraya dengan family aku kt dalam kereta,ntah mcm mana mereka dpt menghidu aku sedang sms dgn seseorang dan lagak ku sudah tentulah seperti malas nak melayan. OOO ada org cakap nk dtg beraya kt rumah. Mak n adik aku cakap suruh la dtg,nnti boleh diorg komen ok ke x. Memang aku xnak la. aku cakap aku xkenal pun. pernah tgk kt FB jer. tupun aku tak pasti org tu yg mana 1. ntah2 rambut panjang. .

Tau apa mak aku cakap? Ala...rambut panjang boleh potong. Pastu adik aku yg tengah memandu tu bolehlak menyampuk. Ala, Faizal Tahir rambut panjang hang suka gila. Hmm. Aku pun komen dlm hati ' Faizal Tahir lain..." sambil buat muka mencebik... hehehe... pastu adalak lagu anuar zain kt radio. diorg memang tahu aku minat anuar zain kan...adik aku leh lak sambung lagi..ha,anuar zain pun rambut panjang...lepas2 tu boleh termasuk sekali faizal hussein pulak...huhuhuhu....

Diorg ni walaupun rambut panjang,tapi kemas n hensem...hehehe... betul x? Ala,sebenarnya bagi aku,rupa tu memang xpenting tp sekurang2nya biarlah sedap mataku memandang walaupun xhensem pd mata org lain. Dan...yg aku tau...kalau hati dah suka,yg lain2 tu dah xkira.... Macam xpernah aku suka kt orang yg xhensem.. kalau org lain tgk mesti xpercaya aku suka mamat tu.. ok...nak g tengok mentor raya jap...ada Faizal Tahir... :)

Sunday 12 August 2012

Doa Buat Ayah

Salam sayang semua.

Di bulan Ramadhan dan sudah menghampiri Syawal ni mulalah aku ni teringat. Tadi masa tengah memilih baju melayu untuk adik2 aku.... aku terlihat baju melayu yg besar bersai XXL. Tiba2 aku jadi touching gitu. tersentuh hatiku. sebenarnya aku teringatkan Arwah Ayahku. Teringin membelikan baju raya buat ayah. Tidak pernah ada kesempatan itu buat aku. Ayah pergi 8 tahun yg lalu. 10 Julai yg lepas genap 8 tahun ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi ketika aku di semester 7 pengajianku di UPM. Belum sempat aku membalas jasa ayah. Tapi aku gembira kerana sekurang-kurangnya aku sudah memenuhi impian ayah untuk melihat aku ke menara gading.

Aku ingat lagi ketika kali pertama aku berpuasa dan beraya tanpa ayah. Pada bulan puasa tersebut, Mak dan adik2 aku menghadiri majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim. Aku berbuka puasa sendirian. menitis air mata aku ketika itu. ketika itu yg terdetik di hati "kalaulah ayah masih ada". tapi itu bkn yg ditakdirkan untuk aku. sejak haritu juga aku dah pandai guna mesin parut kelapa. sebab masa tu aku nk parut kelapa untuk makan buah melaka. hehehehe.....

Aku redha dengan pemergian Ayah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg soleh. Sayang ayah... apa yg mampu kulakukan cuba menjadi anak yg solehah. bantu adik2 ku selagi ku terdaya. InsyaAllah ayah.... kakak akak lakukan yg terbaik. Adik2 pun dah besar..... :)

Al-Fatihah buat ayah....