About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Thursday, 12 September 2013

Jatuh hati.....

tadi masa meeting, ada bersama seorang rakan sama batch bnk 2001-2005 upm. masa meeting cakap kt dia, hri ni genaplah 8thn kan kita posting.... ya...12 September 2005 tarikh di mana saya mengenali negeri Johor, mengenali smk tmn mutiara rini 2, dan rakan2 seperjuangan di sana dan realiti kehidupan seorang guru... rindu semua yg sama2 posting dulu,ingatkan susah sng kita bersama dulu... Zulhairi Harman Suraidah Abu Bakar Juhaida Mohd Said Rozita Ab Hamid Niesa Khairuldin Suryani AwangSharbina Mamat Normah Ismail
Like ·  · Unfollow Post ·  · Promote
  • Rozita Ab Hamid Rindunya msa 8thn lalu kn...byk kenangan pahit manis kt sna
    18 minutes ago via mobile · Unlike · 1
  • Mel Ahmad aku ingat lg ms En Taufik mntk Kaunselor ckp kt dataran...malu2 meow gitu
    10 minutes ago via mobile · Unlike · 1
  • Rozirah Ahmad hahahaha....tengah dok syok sembang,tiba2 kena panggil mmg la kak...tp boleh jer kan....xsgka akk ingat ye..hehehehe.... ita, ya byk kenangan....




  • Ni adalah status aku kt fb tadi....ya...ingat lagi selepas praktikal kt smk puchong bt 14 aku  balik kampung jaga mak aku. lepas tu dpt tau akan posting so aku ke puchong semula dan dpt tahu posting kt jb. mujur ada kawan tinggal kt jb. mardziah. so p umah dia n p tgk sekolah n cari rumah sewa. kenal la pembantu makmal kt sekolah smk tmn mutiara rini 2. dan aku tinggal dgn dia. posting 12.9 tp aku p lebih awal. dihantar oleh kwn aku liza.. tq liza n suami dia.....bersusah payah hntr aku kt jb.sesat lagi... sblm tu aku dh pos motosikal aku yg kt puchong ke jb. kawan baik aku fiza masa tu tgh buat kpli kt mpti jadi dialah yg temankan aku ambik motor kt bandar jb..fuh naik moto dr bandar tu sorg2 balik ke skudai...pengalaman indah tak ternilai...

    12.09.2005 aku naik motor sorg2 ke smk teknik jb...berani masa tu naik motor. skrg? hahahaha.... pastu kenal su, dia pun akan dok 1 umah dgn aku....balik ke tmn sri orkid berdua. rupanya semua yg posting thn tu semua tggl kt tmn sri orkid. rumah jer berbeza dan sorg kosmate aku vanitha dok kt tmpt lain.....

    housemate aku masa tu selain su adalah syida, jemi, khai dan azi.... yg sama posting, zul, kak ju, nisa, suryani, sharbina, normah, achik,ita.....pastu p sekolah tu orientasi pastu terus jadi guru kelas peralihan..hehehehehe

    best.....antara pengalaman terindah yg buatkan aku jatuh hati pada dunia perguruan ini..jatuh hati pada negeri johor....

Saturday, 7 September 2013

Nasi Kurang Lemak dan Sambal Telur + Ayam

Aku ni memang suka masak.... Dah jadi hobi . lagi suka masak kalau ada org nak makan. So minggu ni tetiba teringin nak makan nasi lemak dengan sambal sardin. jadi aku mintakla sorang akak kat sekolah ni bawa daun pandan untuk aku.... Siap bagi sepokok sekali dengan akar,tanah n bekas plastik hitam tu....Bolehla aku tanam kat rumah. masa nak balik dari sekolah ramaila yg tanya apa aku nak buat dengan daun pandan tu. Aku pun ceritala...Ada sorang adikni, tanya aku Kak Rozi nak bawa dtg sekolah ker esok...rasanya aku tak menjawab soalan dia...

Hari Jumaat, pagi2 aku pun masakla....tau kenapa namanya nasi kurang lemak? Aku tak letak santan dalam nasi aku,tp aku tukar dengan planta.memandangkan planta dah nak habis, aku letak sikit jer...pastu aku goreng telur dadar macam mak aku selalu buat. masak sambal n curah kt atas telur dadar tu...(ini kes rindu kt mak ni). ... mmm..tetiba rasa lapar lak..hihihi.... pastu sambal yg lebih tu aku ltk ayam goreng yg dipotong kecil....

Siap masak aku pun ber breakfastla sorang diri. Dengan air Kopi Mineral yg dicampur sedikit milo..mmmm...sedap....walaupun nasinya kurang lazat spt biasa...pastu mcm biasa post kt instagram n whatsapp...masa makan tu teringat lak kt adik yg tanya aku semalam tu...

Bukan apa teringat kat dia. Dia ni tengah pregnant sekarang...kesian,mcm xsihat jer..yerlah alahan...mkn pun kurang lalu...jadi masa nak p sekolah, aku pun tapau la sikit nasi, sambal telur n ayam tu tuk dia....masa tengah hari aku g kantin dengan dia, aku makan bihun sup...dah balik bilik guru baru aku gtau dia aku bawak makanan tuk dia...sukanyalah dia...

Lepas waktu rehat, dia pun makan..dengan seleranya..dia cakap sedap....aku selalu teman dia makan.selalunya dia makan, sikit jer n lambat2...hari ni makan habis....siap licin, g basuh bagi balik bekas kat aku..Ya Allah, gembiranya rasa dapat memberi makan kepada orang yang seperti ini...Suka tengok orang happy....dia cakap sedap walaupun tadi aku rasa mcm ada kurang rasa sikit..agaknya kena dengan selera dia kot.... Ramai juga kawan2 yg lain dok tanya, maaf ye kalau k.rozi tak bawak untuk korang sekali. jangan kecik hati.... tadi sebelum balik sempat buat lawak kt dia..."nak k.rozi masak hari2 boleh, tapi kena bayar la..." hehehehehe.....Moga anak yg dikandungnya sihat dan selamat....Amin....



There was an error in this gadget