About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Tuesday 11 November 2008

Cinta Itu Buta

Mmm...Selalu kita dengarkan, orang selalu mengatakan cinta itu buta. benarkah cinta itu buta atau orang yang bercinta itu yang buta.Apa yang dikatakan ini membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku bukan nak bercerita tentang pengorbanan-pengorbanan yang telah dilakukan oleh Romeo kepada Juliet,Shah Jahan kepada Mumtaznya dan sebagainya tetapi aku melihat senario di sekeliling aku sekarang.
Aku lihat betapa ramai pasangan yang berkahwin dari kalangan rakan-rakan perempuanku di mana pasangan mereka lebih muda daripada mereka. Maksudnya ramai pasangan, lelaki lebih muda daripada perempuan. Lantas, aku terfikir dan tertanya, memang ramaikah lelaki zaman sekarang yang berminat dengan perempuan yang lebih tua. Tetapi tak adalah tuanya melampau. Ada yang dua tahun hingga ke empat tahun. :)
Selalunya kita akan dengar, orang-orang tua berkata perempuan mesti mencari pasangan yang lebih tua daripada mereka kerana lelaki lambat matang dan sebagainya. Semasa belajar di KMPP pun, aku masih ingat dalam salah satu ceramah Ustaz Saidin, beliau menyarankan pelajar-pelajar perempuan mencari lelaki yang lebih tua sekurang-kurangnya 5 tahun. jadi, apakah yang berlaku kepada pasangan - pasangan kini?
Bagi aku, umur bukan segalanya. persefahaman tu, penting dan bagi aku jika dia dapat menerima aku seadanya tanpa syarat, aku juga boleh menerimanya sebegitu. umur,warna kulit, bangsa, kerja dan sebagainya tidak menjadi masalah asalkan masing-masing dapat bertolak ansur...