About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 6 September 2014

kasih sayang cinta hormat .... di manakah???

mmmmm ..... bila teringat nk buat kerja ada je yg aku nak coretkan kat sini.
tiba-tiba teringat insiden kat sekolah semalam.
ceritanya begini....

ketika aku dan rakan-rakan kt bilik kaunseling tu tengah mengemas dan menyiapkan kerja,
pengetua telefon minta kami semua p pejabat.
jumpa dengan dia lah kan...

selepas perbincangan dan kerja2 yg perlu dilakukan dan diberitahu,
kami pun p la ambik sekotak besar fail untuk dibawa pulang ke bilik kaunseling.
aku usung kotak tu dengan ssorg kaunselor lelaki.
kat luar pejabat tu ada lah budak2 tingkaatan 1 ke 2...
aku mintak la tolong dia angkat kan kotak tersebut utk aku..
dia boleh jer tengok n lawan tolak dengan kawan sapa yg nak tolong...
eeee....geram je aku tengok.
sehinggakan aku tolak kotak tu kat kaunselor sorang lagi....

sampai kat tempat parkir kereta, tuan punya kereta belum sampai
panas pulak tu.
tiba2 adalah budak kelas tingkatan 2
datang tawarkan untuk tolong angkat kotak tersebut.
alhamdulilah....
ada juga yang sanggup tolong.

dah naik kereta turun la kat bilik kaunseling.
jauh jugak la nak jalan ke bilik kaunseling tu
tengok ada ramai budak ting 4 dok tunggu nak balik kat situ
aku n cikgu kaunseling perempuan yang 2 orang lagi panggil la budak2 tu
dalam 3 orang suruh tolong angkat...
tau apa yg diorg buat????

diorg tengok kami 3 ni macam tak kenal jer...
siap jalan lagi ke arah pintu pagar...
fuh, rasa menyirap jer...
selama 8 thn lebih aku jadi cikgu ni...
kat 2 sekolah sebelum ni...
tak jumpa lagi budak2 macam ni...

kat smk la salle dulu, pantang aku bawak buku ke apa, mesti ada yang nak tolong bawa
tak kira la pelajar melayu ke india ker, cina ke
kalau yg tak offerkan diri pun, kalau aku panggil mesti akan p kat aku, n tolong...
yang aku heran tu, budak2 ni kalau xsuka belajar, selalunya rajin bab2 gini..
ini tidak...

kalau kt la salle dulu, budak2 yg selalu tolong aku ni, 
selalunya yg ada mslh dspln mesti nak jer tolong aku..
maksudnya kalau malas belajar pun , ada juga yg diorg suka buat...

kita ni lahir kat dunia ni kan ada baik buruknya dalam diri kita...
dalam diri seseorang tu mesti ada benda baik yg dia boleh buat...
geram pulak aku dengan budak2 tu...

ada lah akhirnya 3 org kot yg tolong...
tu pun setelah ditunjuk dan dipanggil dgn dahsyatnya...

aku dgn kawan ku cikgu hafsah geram jer..
cikgu hafsah pun cakap, kat sekolah dia dulu bkn setakat budak melayu,
budak india pun suka tolong...

hihihihihihi.........

Hantu Korea. . . .

hehehehe.... tajuk kat atas tu bukanla bermaksud aku ni nak cerita pasal hantu.
cuma nak bagitau sekarang ni aku dah jadi hantu korea.
selama ambik pakej hd kt astro ni mula2 aku hanya dok tgk channel 720 n yg lain2 je.
pastu adik aku bgtau kt 393 ada Running man....
aku pun start la tgk running man..
mula2 running man jer, pastu ada tertengok  1 cerita yg pasal kwn dia bunuh mak dia tu..
sadis n sedih.... tu tgk dh episod2 akhir dah...

lepas tu boleh lak terlekat tgk cite Good Daughter Hana.
Running Man pantang ada jer tengok. 
Daripada Running Man tertengok lah cite Roomates.
Pastu tertengok cerita yg boleh tengok hantu tu.
So petang2 memang tunggu cite Master Sun.
Adik kau lak suka tengok My Love from the Star.
so aku layan gak sekali... 

Kadang2 cerita yg ala2 survival kat borneo tu pun aku tengok. 
sempat la tengok diorg makan sup biawak komodo tu...
eeeeeee.....
 yg bestnya mak aku siap tumpang sekaki...
tu mujo tak 24jam layan korea...
kang dahsyat lak aku...
skrg siap dah tau sikit2 nama ahli kmpln EXO...
sedangkan sebelum ni xminat pun k-pop..

cerita korea sebelum ni layan gak.
tp yg tayang kt tv3 n 8tv jerlah..

hahahahaha...jom siapkan kerja sekolah pulak..

Wednesday 3 September 2014

Erk... Fahrin lagi ....

Sebenarnya nak cerita ni pasal adik aku yg bongsu ni. 
Adik aku ni dah pun darjah 5 tp kepoh jugak la...
manja?? ada la jugak kan, anak bongsu. 

tadi pukul 7 lebih tu adalah buka cerita baru kt tv 3.
Apaker tajuknya lupa pulak...
Maaf aku xsempurna ke apa.
masa buka tadi, ada babak kat club kot.
tiba2 adik aku cakap xsukanya pompuan bibir nipis tu..
Aku pun tengokla sapa yg dimaksudkannya..
rupa2 nya Tasha Shila.
Dia boleh lak cakap Tasha Shila tu selalu berlakon jadi jahat.
Aku ok jer dgn Tasha Shila tu. 
Ceee...macam kenal lak.

Pastu cerita kat tv tu berenti nak iklan.
ternampaklah pulak cover citer tu ada gambar Encik Fahrin...
Tiba2 adik aku yg kepoh ni pun cakap..
Kakak ni suka Fahrin.
Tau tak berlakon tu haram.
Duit yang dia dapat tu haram.
Sebab berlakon tu peluk2 dengan perempuan....

Eh, adik aku ni.....
ke situ pulak...
Dia punya cakap tu mcm real jer aku suka kat Fahrin tu.
Macamla aku betul2 nak kahwin dengan Fahrin.
Bak kata adik aku sorang lagi, fahrin tu tak pandang pun aku.
Kalau tunggu Fahrin, memang tak kahwin la....

Ha, ha, ha , ha, ha.....

Monday 1 September 2014

Aku Orang Kampung

petang-petang cuti ni aku tak ada pun buat apa.
 hari ni basuh baju, sidai baju, lipat baju. itu je kerjanya..
nak p mengail ikan kt parit depan pun awal lagi. 
so dok la main gam ejap sambil tengok tv.
aku kan sekarang dok kampung, sambil tengok tv ni dengar la bunyi2 yg hanya terdapat kt kampung.
bunyi2 burung cak ni dok terbang kt celah2 bata bunga rumah aku ni .
pastu ada bunyi mesin padi tengah ambik padi kt tepi rumah aku ni.

tadi mak aku habaq ada banyak ikan dalam petak / sawah yang mesin tengah ambik padi tu...
ikan banyak dlm lopak2 air. 
aku kata kt mak aku p la tangkap, mak aku kata segan.
nak suruh adik aku ntah mana ntah dia p.
kalau 20 atau 22 tahun yg lalu, mesti time ni aku dan sepupu sepapat aku yg sebaya tengah berpanas di tengah padang dok tangkap ikan.

kalau kenangkan zaman kanak-kanak memang lawak. 
rasanya masa tu, aku dgn sepupu-sepupu aku hanya nampak biji mata ja.
yang lain mesti habis warna sama macam warna selut tu....
baju mau kaler putih tu dah xwarna putih....
hihihihihihi....

lepas tangkap ikan, ikan bawak balik bg mak atau tok besiang.
pastu nak basuh, terjun mandi dlm parit.

tu adik aku dah balik dengan kawan2 dia.
dah standby nak p tangkap ikan...hihihihihihi

Wednesday 13 August 2014

program kecemerlangan SPM

   Assalamualaikum...

dah lama tak mencoret. ingat nak cerita pasal jadi guru pengiring 
pertandingan memanah liga kpm hari sabtu ahad yg lepas.
tapi disebabkan tahap kemengantukkan aku ni mmg dh ditahap gaban,
 aku cerita dululah apa aku tgh buat sekarang ni. 
bermula hari Isnin hari tu, ada program kecemerlangan spm
grup ke dua untuk pljar2 yg akan ambik spm pada thn ni.... 
ni tgh taip pun aku boleh terlelap. td aku menulis buku rekod,
 hasilnya ternakan cacing ku sungguh menjadi. 
hehehehehe....

untuk program di Putra Brasmana ni, diorg letak nma aku bawawh ajk kem komandan. mmmm...kem kom pulak. hari pertama memang aku          dan din xpi la..
kelmarin aku dok sini sampai kul 3 je..hari ni dari pagi smpii balik...
bosan sangat n ngantuk....tp jap lg nk p mkn abc....huhuhuhu....

Wednesday 16 July 2014

riuh rendah adik beradikku....

 serius, kadang2 aku pening kepala dengan kerenah adik-adikku..
almaklumlah selama beberapa tahun aku dok sorang-sorang je kt rumah.
yang selalu bising dan riuh adalah adik2 perempuan ku. 
2 orang adik prmpuan, sorg darjah 5, sorang ting 5.
memang bising n bingit....

tadi lepas berbuka, aku dok relax jap dpn tv, adik2 ku mula lagi, yg kecik tu dok ngadu pasal akak dia n sebaliknya....
aku pun cakap kat mak aku " awatla dapat adik pompuan 2 orang mcm ni....hingaqnya lah...
sakit kepala.... kan senang adik2 laki....
 diam ja xbanyak cakap..
tanya pun belum tentu jawab. kalau cakap pun kadang-kadang xdengaq"

hihihihihihi...sesiapa yg mengenali adik2 laki aku, tau la diorg mcm mana terutama si rafiq tu...

tau apa mak aku jawab???
mak aku cakap " kalau xcakap pun hg kata juga, balik buatpa kalau xmau cakap sepatah pu"
hahahahahaha....
aku selalu komplen, masa aku dok kl dengan si rafiq tu, kalau dia cerita kena bukak telinga besaq2, baru tau dia kata apa...

hahahaha, dlm family kami, anak cucu cicit tok yam n tok musa, memang terserlah geng2 pompuan yg paling hingaq.... 
10 org riuh macam ada berpuluh2 org....hahahahahaha...

Wednesday 9 July 2014

Anak muridku dibakar suami???

berat hati nak menaip...takut air mata yg ditahan dr siang tadi ni tumpah akhirnya. 

hari ahad haritu aku bawak mak pergi beli brg utk  masak kt nat. mlmnya selepas berbuka aku perasan ada metro online ceritakan berita suami bakar isteri dan terkejutnya tempat kejadian adalah di kampungku. tempat kejadian tu dalam 2km kot dari rumah aku. berhampiran dgn rumah sepupuku. kira jiran dia la...

aku pun call sepupu tanya betul ker kes ni berlaku kt rumah dia. dan sejak itu aku hanya dengar2 berita n cerita2 orang jer. serta ramai juga yg komen2 kt fb aku.....

dan.... akhirnya..... tengah hari semalam ketika aku masih di sekolah, seorang rakan sekerja ku ketika di smk tmr2 dulu, mesej aku mengatakan mangsa itu adalah anak murid kami di sekolah itu dulu. dia ckp spm 2009. 
terus ketika itu, otak aku menyambungkan sel2 ku dan terbayang muka seorang pelajar pmr 2007 dan aku ingat 2006 dia kelas 2b. ketika tu aku mengajar kelas 2a, 2c , 2d dan 2g. tp ramai juga pelajar kelas itu yg berkawan dgn aku di fb...

aku kan guru kaunseling di sana dulu...

dan ketika itu juga aku tersedar yg aku ada membaca status fb seorang anak muridku yg kelihatan sedih. rupanya status itu mmg ditujukan utk mangsa... aku semakin tidak keruan. aku telefon sepupuku untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa. ya benar.... aku bertanya kepada anak muridku yg juga kwn baik mangsa dan mmg benar..... apalagi nak dinafikan... 

terus aku bertekad untuk pergi melawatnya pada hari ini selepas sekolah. ingin mengajak danial anak muridku yg kini sedang belajar di unimap. tetapi dia berada di jb.

aku mengajak adikku temankan aku. ketika di sekolah tadi, aku buat muka kesian kt kwn aku, cikgu kaunseling gak, ajak temankan aku. alhamdulilah...... Allah membenarkan aku bertemunya...

kami sampai di hospital sultanah bahiyah dan di dpn unit kebakaran sblm pukul 4.00 ptg. masa melawat adalah pukul 4.3o.... 4.30 aku masuk bersama kawanku...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melihatnya... sayu dan pilu hatiku melihat dirinya.... sakitnya dapat kurasakan...kalau kita kena iron or air panas,kuali panas pun sakit, inikan pula dibakar.... sangat teringat cerita lisa surihani tu...legenda budak setan kot.... 

ketika aku melihatnya dari sebalik pintu biliknya itu, aku hanya mampu berdoa, agar dia sembuh. dan aku juga bermonolog memberi semangat agar dia kuat.....agar dia mampu kembali ceria. wpun aku tidak bersamanya sehingga dia habis form 5 tp aku ttp terasa sedihnya perkara itu berlaku...

jika itu apa yg aku rasa, bagaimana hati ibunya....moga Allah memberi kekuatan kepada semua yg berada di sekelilingnnya dan menyembuhkan syafikah kembali...hanya doa yg mampu cikgu berikan untukmu..... 

insyaAllah jika ada rezeki cikgu akan pergi lagi melawat dirimu....cikgu harap kita dapat berbual2 dan membalas senyuman selepas ini.....kuatkanlah dirimu anakku....

tadi tak sempat jumpa dgn family dia.... 
dah.... saya harap semua orang mendoakannya agar dia kembali sihat spt sebelm ini...

Sunday 6 July 2014

rAMadhan 2014

Assalamualaikum..... Selamat berpuasa semua...
Dah lama tak menulis. hari ni dah masuk hari ke 8 kita semua umat Islam berpuasa. Gembiranya bulan puasa tahun ni sebab ... dpt puasa kt kampung dengan family n dah tak perlu berbuka puasa kt dalam kereta seperti yg dilalui selama 6 thn... 
Syukur sangat. tapi thn ni jgn harap la nk turun berat mcm thn - thn sblm ni kan..hihihi... sepanjang bulan puasa ni kalau ada kesempatan, aku buat jual kuih utk berbuka. hari mula-mula aku jual roti jala. hari kedua buat buah melaka. hari-hari sterusnya tu ada meeting sampai ptg. mak ada buat jual lopes. hari jumaat aku jual roti jala lagi. dan hari ni kena buat juga sbb ada request dari customer. marah dia tak pergi jual kat rumah dia hari Jumaat hari tu.
sekejap tadi ni dok cari resepi nak buat biskut raya. ingat tahun ni nak buat biskut yg lain sikit daripada selalu. antara yg teringin nak buat, biskut lidah kucing, crunchy almond n biskut marrie coklat bar. selalu buat kek batik je..... hihihihi.... harap2 bukan angan2 je. ataupun beli bahan tp kuihnya tak pernah jadi. macam beli alat buat roti ni, tp xpernah lagi guna dah 7 bulan kot. 

Saturday 19 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS3)

ok sambung lagi. selepas siap kat kandang gajah besar tu,kami pun berjalan turun ke bawah ke kandang anak gajah pula. cute mute anak2 gajah ni... rasanya yg paling kecil tak sampai 2 tahun pun. dijumpai seekor diri, mungkin ditinggalkan oleh ahli keluarga. yg sedihnya ada sekor tu tak ada tapak kaki. terkena jerat kt dalam hutan. nama-nama mereka ni pun unik. rupanya namanya diberi berdasarkan nama tempat dia dijumpai... hihihihi..agaknya kalau jumpa kt batu pahat, mesti nama dia batu kan...kalau bukit bintang, panggil bintang kot...hihihihihih....

selepas tgk anak gajah jln balik kt dpn utk berkumpul. pastu rupanya kena pergi semula kt tmpt anak gajah tu sbb nak bg mkn gajah pulak. ok..aku suka..xla seram kan nak bg mkn gajah. ada disediakan buah betik utk gajah makan. tp tengah bagi mkn tu aku terkejut sbb dia tak ambik makanan yang aku hulur tapi dia ambik kt pergelangan tangan aku..hihihihi....takut juga aku ni rupanya..sekali lagi tu,terpercik air liur dia kat muka aku. dah habis bagi makan, bergambar beramai2.tp aku tak ada gambar tu. seterusnya beralih ke aktiviti mandikan gajah.


ni diorg tengah mandikan gajah.




Selepas mandikan gajah ni, kitorg pun bergerak balik. naik bas dan balik ke homestay sri murni semula. makan tengah hari dulu. lepas makan tengah hari mandi dan solat lepas tu bersedia untuk pergi ke sangkar ikan patin pula. aku kan antara peminat ikan patin ni jadi excited gak nak tengok . ikan patin ni dibela di dalam sangkar di dalam Sungai Pahang. tapi tengok sungai airnya macam surut sikit. pemilik sangkar ikan patin ni ada bagi taklimat sikit. Apa bezanyaa ikan patin sungai, ikan patin sangkar dan ikan patin yang dibela di dalam kolam. 

Selepas itu kami dibenarkan untuk turun tengok kat sangkar tu. aku pun apa lagi, mesti la tak lepaskan peluang ni kan. 



pemiliknya menunjukkan ikan patin yang dibela
sempat bergambar kat sangkat ikan patin.

Selepas itu kami dibawa ke bandar temerloh. Ada pasar terpanjang di Malaysia tapi pasar tu hari Ahad kot. jadi tak dapatlah tengok. hanya diberitahu jer. ada yg naik jambatan gantung tp aku tengok jer kat tepi sungai tu.




Monday 7 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS2)

Ok. Sambung yg episod pertama haritu. Lepas tol DUta tu terus bergerak ke Temerloh. Sampai kt sana dlm pagi lah.... Subuh dah. kiranya aku tido sampailah ke Homestay Seri Murni tu. Memang tak payah la tanya jalan, memang tak tau.. ktorg dibahagikan kepada bilik kt homestay tu. 1 bilik 4 org cikgu. aku kena sebilik dengan cikgu2 dari smk perlis, smkap kangar, smk kuala perlis. kak siti, kak tengku maria n kak zuraini. mereka ok sesangat. boleh mesra lah dengan diorg.lepas tu siap2 g breakfast n nak gerak ke tempat gajah tu.. mereka suruh bawa baju spare sbb nanti akan basah sebab ada aktiviti mandikan anak gajah.

Lama juga perjalanan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ni. Jalan dia pun boleh tahan juga la..masa ni aku naik bas duduk sebelah kak Suziah sekolah Dato Jaafar Hasan. Sampainya  di sana, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan akan bergerak ke kandang gajah besar dulu dan 1 kumpulan lagi akan bergerak ke kandang anak gajah. aku masuk group yang ke kandang gajah besar dulu. fuh...mujo pakai kasut sukan. perjalanannya melalui jalan yg menaik bukit. boleh tahan jugaklah peluhnya itu... best-best sangat.... ok dah sampai kat kandang tu kami diberi taklimat oleh org dari tourism pahang. tak ingat nama encik itu. Lelaki. nampak macam hensem jugakla..hihihi..

apa yg kami perlu lakukan adalah memberi makan kepada gajah2 ini, membuang tahi gajah dan juga mengambil dan mengangkat makanan2 nya. gajah ni boleh makan sepanjang masa. takde time makanlah kiranya tapi penjaga di akt sini bagi mkn ikut time la. masa ni lah tali kasut aku meleret. terkenalah air tahi gajah ni..harum sangat baunya..hihihihihi.

ni tengah bagi gajah makan dedak.

daun2 ni pun ruput gergasi ni akan jadi makanan gajah

ni tengah masukkan tahi gajah ke dalam lori


ada lagi nak cerita pasal lawatan gajah ni tapi rasa mcm nk sambung nanti jer....soo tunggukan kemunculan episod seterusnya....

Thursday 3 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS1)

 Pada 27 Mac 2014, aku join lawatan Tourism Malaysia Perlis yang bawak budak2 Kelab Pelancongan dan guru kelab pelancongan ke Pantai Timur. Sejak bila pulak aku jadi Guru Penasihat Kelab Pelancongan ni??? Hehehehe...Sebenarnya aku bukanlah Guru Penasihat Kelab Pelancongan tapi Guru Penasihat Kelab Pelancongan meminta bantuan aku untuk menggantikan tempatnya kerana dia terlibat dengan Latihan Bersepadu Koir SUKMA. Aku pun jurulatih SUKMA tp dia cakap tak pe, aku tak payah datang. pergi jalan2...hehehehe..sukalah aku kan.... 

 Aku cerita dari awalnya...pagi 27hb tu aku mula pack barang nk bawak ke sana. Dahsyat aku bawak.Banyak giler. Aku janji dgn anak sedaraku Nana pukul 6.00ptg ambik aku. Tapi dia dtg lambat sikit.Lps tu aku p bank ambik duit sikit n teman dia. Lps tu p lah kt Seriab kt Tourism Perlis tu. Kedai makan area2 situ baru nak buka. Akhirnya aku g mkn kat Tmn Kemajuan n sembahyang kt surau Tmn Kemajuan. Jamak sekali Magrib n Isyak. Senang nnti tak perlu dah nk solat kt RnR. Masa aku pergi semula kat Tourism tu, dah ramai orang. jumpa budak sekolah aku, Syasya dan pergi mendaftar. dapat t-shirt. lepas tu baru masuk dlm bas..hmmm..best giler..tak ada tmpt kosong. tmpt yg ada 2 kosong adalah belakang sekali.sebelah kanan bas. FUh....dah dapat bayangkan apa akan berlaku... 

Bas gerak jer, aku dah rasa melambung2.siap terjerit lagi..huhuhuhu...Aku asyik baca doa jer, takut..Bas berhenti kat RnR Gurun utk sape yg nak mkn n solat. Lps dari RnR Gurun aku teringat pasal kisah kawn adikku yg meninggal baru2 ni sebab eksiden slps rnr gurun.... Aku nk tido dlm bas sandar kt cermin belakang tu pun ngeri. Takut kalau2 aku boleh menyebabkan cermin tu pecah..hiihihi.. Disebabkan takut y melampau, aku keluarkan kamera aku n mula membaca Surah Yasin. Masa tu aku teringat kisah 10 thn yg lalu. Aku baca Yasin dlm bas ketika dlm perjalanan pulang ke Perlis selepas sepupu aku call ckp ayah aku sakit tenat. Bezanya dulu aku baca Surah Yasin guna Buku Yasin tu bertemankan cahaya handphone 3310 aku tu. Kali ni aku baca Surah Yasin yg dh di download ke dlm kamera ku. Selepas baca Yasin tu baru la lega sikit. Tp sebelum sampai Kuala Kangsar aku dah tido. Sedar2 dah nak sampai Jln Duta. Tiba2 rindu nak jln2 kt Kl.... 

Nanti lah sambung cite seterusnya...

NILAH MUKA TAKUT AKU DLM BAS TU..HIHIHIHIHI..NNTI SMBUNG NEXT EPISODE. 

Tuesday 25 March 2014

Kenduri di Tempat Baru

                         Dah lama tak mencoret kan..Sejak dapat pindah ni.... Macam-macam berlaku...tapi nak cerita yg paling dekat n teringat di hati.... Cewah..ye ker...

                          ok. hari Ahad baru2 ni, ada kenduri di rumah cikgu sekolah baru aku ni... Ada dua buah kenduri. Jadi Pengerusi Kelab Guru dia ada sewakan bas untuk kitorg pergi... Bayar sorang sepuluh ringgit boleh bawak berapa ramai pun.. Aku ajak adik aku Radziah temankan...

                     Pukul 11 berkumpul kt sekolah. pukul 12.00 tengah hari gerak . mula-mula ke rumah Cikgu Ana. Dia yg kawin. sebenarnya aku tak kenal pun, tp dapat kad jemputan aku pergilah. Niat hati nak mengenali cikgu-cikgu kt sekolah baru ni. mengeratkan silaturrahim.... rumah dia kt Behor Gonchar. Lepas tu ke rumah Cikgu Ismail. Cikgu Ismail ni memang jemput aku kt bilik kaunseling. bagi kad sekali. Cikgu Ismail ni anak dia kawin... Macam-macam makanan ada kt sini. Aiskrim malaysia pun ada. Siap ada ikan goreng tepung. Yerlah dok kt kuala perlis, mestilah senang dpt ikan fresh kan...

                       Bagi aku oklah ikut rombongan Kak Maziyah ni. dapatla aku mengenali kak Azizah Ahmad yg mana, Kak Mariani. selama ni dok baca kt wasap jer...hehehehehe...






Lepas ni nak g lawatan kt tempat lain pulak.... 

Friday 14 March 2014

Lawatan ke TIC

Pada 12 & 13 Mac, GBKSM negeri Perlis yg terpilih telah melawat TAJ International College di Ipoh. Pagi Rabu tu berkumpul di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan bergerak ke Ipoh. Wakil TIC ialah En Ahmad Abdullah Al Amin Aurani. Panjang benor nama. yg aku ingat En Ahmad je...Amin tu ingat gak tp nk ingat nama penuh tu lmbt sket la..hihiihi...Hafsah ingatler nama penuh. Ha....untuk sekolah aku, aku n Hafsah yg kena pergi. Ini kira orientasi lah untuk kami. dptla kenal cikgu2 kaunseling kat perlis ni. 

Kami sampai kt Ipoh dalam tengah hari n terus g mkn tengah hari. lps tu terus ke TIC. Sampai sana siap disambut dgn kompang n bunga manggar. turun je bas, erk....diorg semua pakai baju merah. aku pun pakai baju merah. dah la bas dia pun wrna merah. mcam segenglak..hihihihi. pastu masuk dewan. diperkenalkan ttg kolej ni... CEO dia melayu. Pn Tina Tajuddin. Bapa Pn Tina ni kalau xsilap aku, Tmbln Menteri Asas Tani tu. Suami Pn Tina ni, nama Azad Jasmi. orang Perlis....dulu sekolah Dato Sheikh n Derma. Senior ku lah ni. Mak bapa en azad ni dulu pun cikgu kata cikgu2 kaunseling senior ni. skrg en azad ni ceo taj college cawangan Puchong...terus ingat kt budak2 la salle. aku siap tanya lagi kt mana kt puchong tu tp kurang mendapat gambaran kt mana. hihihihihi....

Ptg tu ada dia buat demo utk drift kereta. ni tuk cikgu2 laki. utk cikgu2 perempuan demo cuci rambut n makeup. suka tgk pn tina ni... nmpk mesra n dia cakap mmg syok dengar. yerlah, budak law lah katakan.... dah la cantik lak tu kan...hihihihi...memang rasa bersemangatla nk balik promote kt students..lps tu kitorg balik ke hotel. lupa lak nama hotel tersebut. oooo hotel fair park. siap2 mandi n solat, mlmnya dinner kat Restoran Ayam Kampung. Boleh tahan la sedapnya. Ada lecturer TIC memperkenalkan diri. kira hebat2 la lecturer diorg ni.. pastu en ahmad tu ada mintak cikgu kaunseling wakil utk bercakap. berdebar aku masa tu sbb dia dok kt sebelah meja aku...hiihihihi..mujo akhirnya cikgu noni yg bercakap. mau speechless aku kalau kena kt aku. mlm tu masa diorg tgh karaoke, aku turun bawah jumpa sue...suraidah housemate ku masa kt jb tu. dia dtg jumpa aku. sempatla borak2 sambil call jemi..rindunya kt diorg semua. pastu aku balik hotel dgn sue tp follow bas ler....

Esoknya ada forum kt TIC. panel2 dia best kecuali lecturer daripada UPSI tu. mmg aku xingat nama dia. dia punya cakap tu mungkin caranya tak betul. aku rasa aku boleh terima ayat2 tu tp bkn dengan nada yg sebegitu. diorg ni tiba2 je mcm nk menyalahkan guru kaunseling lak... tp aku tgk pn tina n en azad ok...still cool. itulah lainnya org ni kan.... kagum lak kt diorg berdua. tp yg lecturer upsi tu mmg xbestlah.... mcm mana ntah boleh ajar subjek perkembangan awal kanak2..tiba2 hilang minat aku nk bljr dlm bidang tsbt... hihihihihi.... org lain jgn pulak terpengaruh dgn kata2 ku ini ye...

lps tu mkn tengah hari kt cafe TIC. Pn Tina mkn semeja dgn kami cikgu2 ni... mmg nmpk low profile la. mesra alam. sweet.... tiba2 masa ni ada org dtg dok tanya nama aku lak..hish.... berdobar den.... gatal kejap. pastu dari situ kitorg ke mydin ipoh. main boling. xpernah seumur hidup aku main boling pakai baju kurung. hahahahaha...lawak seh.... yerlah, mana nk pegang bola boling, mana nk pegang kain takut terpijak... banyak kali gak la bola masuk longkang. dh lama aku xmain boling sebenanrnya. 

selepas itu kami bertolak balik. singgah mkn kt rnr gurun . sampai kt perlis kul 9 kot. 


ni masa kt hotel hari kedua lps breakfast... klhtn aku mmbesar di situ.

ni masa hari last slps forum berakhir. gbksm bersam org tic, pn tina, en azad m en ahmad.

hafsah dgn sijil penghargaan