About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday, 19 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS3)

ok sambung lagi. selepas siap kat kandang gajah besar tu,kami pun berjalan turun ke bawah ke kandang anak gajah pula. cute mute anak2 gajah ni... rasanya yg paling kecil tak sampai 2 tahun pun. dijumpai seekor diri, mungkin ditinggalkan oleh ahli keluarga. yg sedihnya ada sekor tu tak ada tapak kaki. terkena jerat kt dalam hutan. nama-nama mereka ni pun unik. rupanya namanya diberi berdasarkan nama tempat dia dijumpai... hihihihi..agaknya kalau jumpa kt batu pahat, mesti nama dia batu kan...kalau bukit bintang, panggil bintang kot...hihihihihih....

selepas tgk anak gajah jln balik kt dpn utk berkumpul. pastu rupanya kena pergi semula kt tmpt anak gajah tu sbb nak bg mkn gajah pulak. ok..aku suka..xla seram kan nak bg mkn gajah. ada disediakan buah betik utk gajah makan. tp tengah bagi mkn tu aku terkejut sbb dia tak ambik makanan yang aku hulur tapi dia ambik kt pergelangan tangan aku..hihihihi....takut juga aku ni rupanya..sekali lagi tu,terpercik air liur dia kat muka aku. dah habis bagi makan, bergambar beramai2.tp aku tak ada gambar tu. seterusnya beralih ke aktiviti mandikan gajah.


ni diorg tengah mandikan gajah.




Selepas mandikan gajah ni, kitorg pun bergerak balik. naik bas dan balik ke homestay sri murni semula. makan tengah hari dulu. lepas makan tengah hari mandi dan solat lepas tu bersedia untuk pergi ke sangkar ikan patin pula. aku kan antara peminat ikan patin ni jadi excited gak nak tengok . ikan patin ni dibela di dalam sangkar di dalam Sungai Pahang. tapi tengok sungai airnya macam surut sikit. pemilik sangkar ikan patin ni ada bagi taklimat sikit. Apa bezanyaa ikan patin sungai, ikan patin sangkar dan ikan patin yang dibela di dalam kolam. 

Selepas itu kami dibenarkan untuk turun tengok kat sangkar tu. aku pun apa lagi, mesti la tak lepaskan peluang ni kan. 



pemiliknya menunjukkan ikan patin yang dibela
sempat bergambar kat sangkat ikan patin.

Selepas itu kami dibawa ke bandar temerloh. Ada pasar terpanjang di Malaysia tapi pasar tu hari Ahad kot. jadi tak dapatlah tengok. hanya diberitahu jer. ada yg naik jambatan gantung tp aku tengok jer kat tepi sungai tu.




Monday, 7 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS2)

Ok. Sambung yg episod pertama haritu. Lepas tol DUta tu terus bergerak ke Temerloh. Sampai kt sana dlm pagi lah.... Subuh dah. kiranya aku tido sampailah ke Homestay Seri Murni tu. Memang tak payah la tanya jalan, memang tak tau.. ktorg dibahagikan kepada bilik kt homestay tu. 1 bilik 4 org cikgu. aku kena sebilik dengan cikgu2 dari smk perlis, smkap kangar, smk kuala perlis. kak siti, kak tengku maria n kak zuraini. mereka ok sesangat. boleh mesra lah dengan diorg.lepas tu siap2 g breakfast n nak gerak ke tempat gajah tu.. mereka suruh bawa baju spare sbb nanti akan basah sebab ada aktiviti mandikan anak gajah.

Lama juga perjalanan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ni. Jalan dia pun boleh tahan juga la..masa ni aku naik bas duduk sebelah kak Suziah sekolah Dato Jaafar Hasan. Sampainya  di sana, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan akan bergerak ke kandang gajah besar dulu dan 1 kumpulan lagi akan bergerak ke kandang anak gajah. aku masuk group yang ke kandang gajah besar dulu. fuh...mujo pakai kasut sukan. perjalanannya melalui jalan yg menaik bukit. boleh tahan jugaklah peluhnya itu... best-best sangat.... ok dah sampai kat kandang tu kami diberi taklimat oleh org dari tourism pahang. tak ingat nama encik itu. Lelaki. nampak macam hensem jugakla..hihihi..

apa yg kami perlu lakukan adalah memberi makan kepada gajah2 ini, membuang tahi gajah dan juga mengambil dan mengangkat makanan2 nya. gajah ni boleh makan sepanjang masa. takde time makanlah kiranya tapi penjaga di akt sini bagi mkn ikut time la. masa ni lah tali kasut aku meleret. terkenalah air tahi gajah ni..harum sangat baunya..hihihihihi.

ni tengah bagi gajah makan dedak.

daun2 ni pun ruput gergasi ni akan jadi makanan gajah

ni tengah masukkan tahi gajah ke dalam lori


ada lagi nak cerita pasal lawatan gajah ni tapi rasa mcm nk sambung nanti jer....soo tunggukan kemunculan episod seterusnya....

Thursday, 3 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS1)

 Pada 27 Mac 2014, aku join lawatan Tourism Malaysia Perlis yang bawak budak2 Kelab Pelancongan dan guru kelab pelancongan ke Pantai Timur. Sejak bila pulak aku jadi Guru Penasihat Kelab Pelancongan ni??? Hehehehe...Sebenarnya aku bukanlah Guru Penasihat Kelab Pelancongan tapi Guru Penasihat Kelab Pelancongan meminta bantuan aku untuk menggantikan tempatnya kerana dia terlibat dengan Latihan Bersepadu Koir SUKMA. Aku pun jurulatih SUKMA tp dia cakap tak pe, aku tak payah datang. pergi jalan2...hehehehe..sukalah aku kan.... 

 Aku cerita dari awalnya...pagi 27hb tu aku mula pack barang nk bawak ke sana. Dahsyat aku bawak.Banyak giler. Aku janji dgn anak sedaraku Nana pukul 6.00ptg ambik aku. Tapi dia dtg lambat sikit.Lps tu aku p bank ambik duit sikit n teman dia. Lps tu p lah kt Seriab kt Tourism Perlis tu. Kedai makan area2 situ baru nak buka. Akhirnya aku g mkn kat Tmn Kemajuan n sembahyang kt surau Tmn Kemajuan. Jamak sekali Magrib n Isyak. Senang nnti tak perlu dah nk solat kt RnR. Masa aku pergi semula kat Tourism tu, dah ramai orang. jumpa budak sekolah aku, Syasya dan pergi mendaftar. dapat t-shirt. lepas tu baru masuk dlm bas..hmmm..best giler..tak ada tmpt kosong. tmpt yg ada 2 kosong adalah belakang sekali.sebelah kanan bas. FUh....dah dapat bayangkan apa akan berlaku... 

Bas gerak jer, aku dah rasa melambung2.siap terjerit lagi..huhuhuhu...Aku asyik baca doa jer, takut..Bas berhenti kat RnR Gurun utk sape yg nak mkn n solat. Lps dari RnR Gurun aku teringat pasal kisah kawn adikku yg meninggal baru2 ni sebab eksiden slps rnr gurun.... Aku nk tido dlm bas sandar kt cermin belakang tu pun ngeri. Takut kalau2 aku boleh menyebabkan cermin tu pecah..hiihihi.. Disebabkan takut y melampau, aku keluarkan kamera aku n mula membaca Surah Yasin. Masa tu aku teringat kisah 10 thn yg lalu. Aku baca Yasin dlm bas ketika dlm perjalanan pulang ke Perlis selepas sepupu aku call ckp ayah aku sakit tenat. Bezanya dulu aku baca Surah Yasin guna Buku Yasin tu bertemankan cahaya handphone 3310 aku tu. Kali ni aku baca Surah Yasin yg dh di download ke dlm kamera ku. Selepas baca Yasin tu baru la lega sikit. Tp sebelum sampai Kuala Kangsar aku dah tido. Sedar2 dah nak sampai Jln Duta. Tiba2 rindu nak jln2 kt Kl.... 

Nanti lah sambung cite seterusnya...

NILAH MUKA TAKUT AKU DLM BAS TU..HIHIHIHIHI..NNTI SMBUNG NEXT EPISODE. 

There was an error in this gadget