About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 15 September 2012

Aku Kecewa ? ? ?


Ramai yang tak mengetahui dugaan yang dialami oleh guru-guru masa kini. Memang benar, untung menjadi seorang guru. Tak ku nafikan. Tapi aku pernah juga bergaduh dgn rakan ku kerana dia kata Cikgu ni makan gaji buta. cuti 2bulan tp dapat gaji. dan masa tu aku jawab, agaknya kalau xde cuti 2 bulan tu, cikgu boleh jadi gila. Dan tahukah kalian, antra ramai yg menghuni Hospital Permai kt Tampoi boleh dikatakan golongan guru. dan aku tak nak jadi sebahagian daripadanya.

Aku menyayangi profesion ini. Aku rasa bahagia bila melihat kejayaan anak-anak muridku. aku gembira melihat mereka gembira tanpa mengira kaum. Aku sayang mereka semua. selagi mereka memerlukan aku, akulah guru mereka. sedia membantu. kadang-kadang aku rasa meluat tengok mereka yg bermasalah disiplin ni tetapi bila mereka aku di bilikku, hilang perasaan meluat itu. cepat  benar aku berubah. mengasihani dan cuba berempati dengan mereka. sedih melihat apa yg berlaku kepada mereka.

ketika di sekolah semalam, aku tidak tahu kenapa. ada rasa kecewa, ada rasa putus harapan ku. mengapa mereka begitu. ku berikan kasih sayang tetapi mengapa mereka terus-terusan begitu. melakukan kesalahan tanpa rasa bersalah. masih menyalahkan org lain.

kadang-kadang aku bertanya, akukah guru yg penyayang itu? atau akukah guru yang garang itu? aku kecewa dan kecewa. terasa ingin pergi jauh dari mereka. tapi mampukah aku. sampaikan aku semalam berkata nak berhenti kerja. nak cari laki kaya,dok rumah jer.... hahahaha. aku ?

aku hanya memohon pertolonganNya untuk berikan aku ketabahan dan aku perlukan sokongan rakan-rakan untuk aku meneruskan profesion ini. Aku telah ditakdirkan menjadi seorang guru. dan dari kecik lagi aku mahu jadi guru....  :)

No comments:

Post a Comment