About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Friday 30 December 2011

Gangster kah Aku ????

Sebenarnya mengantuk tapi nak tulis juga. Hehehehe. Hari Selasa hari tu aku bertolak dari kampung ke Lembah Klang lepas Maghrib. Sampai jer kat area Penang, aku tiba2 teringat untuk wish seorang kawan lama selamat hari lahir. selepas berbalas - balas mesej dgn dia, aku tersenyum2 sendiri di dalam kereta. terasa kelakar dan terimbas kembali kenangan ketika di Matrikulasi Penang.


Nak tahu apa mesej dia yg buat aku tersenyum ?


     " Soalan hang macam gengster. patotla dari matrik aku dok rasa hang ada beciri ciri gengster... Aku doakan anak murid xla sampai hang pi pukul.... "


hehehehe. aku rasa aku tanya soalan kat dia dengan penuh sopan santun... hu hu hu hu. kesian aku. Sebenarnya kawan lama ni suka panggil aku Ketua Gengster yang digeruni rakyat negeri Perlis masa aku kt matrik dlu. Aku pun xtau kenapa. tapi antaranya yg aku risik2, sebab aku suka membela nasib rakan2 aku, n aku n gang ni suka gaduh dengan budak2 lain... Eh...silap...pembetulan...orang lain suka cari pasal dgn geng aku...HA HA HA HA....


Aku teringin nak tau betulker aku ni mcm gangster??? Sian aku....


ni geng aku masa matrik....semua kurus2....

ni gambar masa g survey hotel utk dinner budak2 akaun. eh, xderlak kwn yg ckp aku gengster tu...

:)



Thursday 22 December 2011

Keputusan PMR 2011

Hari ini, keputusan PMR 2011 diumumkan. Aku pun menyibukkan diri ke sekolah td. Aku sampai dalam pukul 10 pagi. Dah ramai aku tengok pelajar berkumpul kat sekolah. Bersemangat betul... Masa tu SU Peperiksaan belum balik lagi. Guru-guru kelas form3 ada. Dia agih2kan keputusan kepada guru kelas dan..kelas 3 mERAH tak ada guru kelas. So akula yg nak pegang. Budak2 pRS aku dah la ramai kt kelas merah. hehehehe....
Ramai budak kelas M yg dapat semua A. ada 26 orang. Kelas Oren ada sorang jer. kelas oren ni ramai yg dapat 7A.Kalau pelajar Islam ramai dapat B untuk subjek Pendidikan Islam. Pelajar India pula,Bahasa TAmil. 
Antara yang aku tau dapat semua A ialah Syazwan, Imran, Najib, Naquib, Seth Adli, Asyraf Safuan, Shuges, Jonathan, Azmal, Suhail, Marvinpal, Ramin, sape lagi ek...lupalak aku...
Suka tengok mak Marvinpal gembira dapat tau anak dia dapat semua A. Tapi macam tak percaya tengok Mustaza dapat 7A 1B. dapat B agama pulak tu. Setau aku dia selalu dapat A subjek agama. tak ada rezekilah tu. 
Apa2 pun tahniah kepada semua. Ada juga yang dapat keputusan biasa saja tapi tak ada perasaan pun...hmmmm... kebanyakannya yang dapat keputusan sederhana,semua aku suruh masuk sekolah vokasional. 
Dalam ramai2 tu,ada juga yang mengucapkan terima kasih kt aku. terharu pulak. yerlah,siapalah aku. tak mengajar diorg mata pelajaran apapun... lagi terharu bila ada ibu seorang pelajar ni sms aku bgtau anak dia dpt 7A. 
Moga semua akan terus mengorak langkah menuju kejayaan. :)

Saturday 10 December 2011

Aku nak kawin dengan..........???

Tiba-tiba tergerak hatiku untuk menaip. Ini semua selepas terbaca blog iluvIslam tentang Kenapa Saya Masih Solo. Ada kena mengena dengan aku. Walaupun aku sudah berumur 29 tahun 1 bulan 20 hari mungkin, tapi aku masih belum kelihatan seperti orang yang ingin berkahwin. Bukan kerana aku tidak bersedia atau tidak mahu berkahwin tapi mungkin seperti yang dikatakan di dalam blog tersebut, jambatan yang perlu aku lalui mungkin lebih jauh daripada saudara maraku yang lain.

Aku tidak bersedih dengan keadaanku sekarang. Tetapi kadang-kadang sedih dengan orang sekeliling ku yang tidak memahami diriku. Mungkin mereka rapat denganku tapi dengan senangnya mereka menuduhku seorang yang memilih dalam soal mencari pasangan hidup ni. Dan seperti yang selalu dikatakan oleh rakan sekerjaku, kita memang perlu memilih, tak kan la senang2 jer nak sambar sesiapa yang ada kat stesen bas atau sesiapa saja yang cakap sukakan kita, terus kita nak kawin dengan dia tanpa mengetahui siapa dia yang sebenar dan bagaimana keadaan dia. Perkahwinan bukanlah sekadar mempunyai pasangan. Orang yang berkahwin boleh bermegah-megah yang dia telah berkahwin dan aku belum. Seronoknya berkahwin tu. Ya, aku akui perkahwinan itu memang menyeronokkan jika kita betul2 bersedia seperti kebahagiaan yang aku lihat pada perkahwinan kawan baikku.

TAPI, berapa banyak perkahwinan yang hanya pura2? Bahagia di hadapan orang lain, tetapi hakikatnya anda belum bersedia berada di alam perkahwinan. Berapa ramai yang melakukan dosa selepas bergelar seorang isteri bila tidak menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan mungkin juga mengabaikan tanggung jawab bukan sahaja sebagai seorang isteri tetapi sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Ada juga rakan-rakan yang kulihat bermain kayu tiga dibelakang suami tanpa rasa takut. Dan apa gunanya berkahwin awal jika usia perkahwinan itu sentiasa didengarkan dengan perkataan cerai. Ramai juga rakan-rakan perempuanku yang dengan mudah sering meminta cerai dengan suami mereka kerana tidak tahan hidup susah dengan suami mereka.

Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tapi aku ada impian yang ingin dicapai. Aku ada keluarga yang memerlukan sokongan aku. Setiap perjalanan hidup manusia tidak sama. Anda semua tidak merasai apa yang kurasakan. Kita tidak punya keluarga yang sama, dan tidak punya tanggungjawab yang sama dan kita juga tidak berkongsi hati yang sama. Hidup aku, tidak mahu menyusahkan orang lain. Aku redha dengan takdir Illahi. Aku tidak pernah salahkan takdir atas apa yang berlaku. Aku gembira dengan hidup aku. Aku tidak peduli dengan kata-kata orang lain.

Aku tidak pernah berkata aku tidak mahu kawin. Aku tidak pernah berkata aku tidak perlukan lelaki. Tetapi   aku tidak mahu bermain dengan api. Aku tidak mahu terburu-buru. Walaupun umurku diambang 30an tidak bermaksud aku akan menerima sesiapa sahaja tanpa banyak tanya. Bolehkah lelaki itu bersabar denganku? Bolehkah dia memahamiku? Aku mungkin sanggup menerima seorang duda jika dia memahamiku, tidak mengongkong hidupku, menerima aku dan keluargaku seadanya dan yang pastinya mempunyai pegangan agama yang kukuh. Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana semua orang berkahwin. Di saat ini aku belum bertemu dengan orang yang dapat memahami dan menerimaku seadanya. Aku tidak suka orang yang suka membuat keputusan untuk diriku atau kehidupan ku di awal perkenalan sebelum adanya sebarang ikatan......

AKU SAYANG DIRIKU>........

Sunday 4 December 2011

Tahukah apa yg kita makan ???


Kita semua selalu makan apa saja yang dihidangkan atau yg dibeli      tanpa terfikir apa kandungan dalam makanan tersebut kan. Baru - baru ni aku aku diperkenalkan kepada satu produk. produk ni akan ozonkan makanan supaya makanan yang kita makan tu selamat dan segar serta tahan lama.

cuba tengok gambar kat bawah ni. ini adalah ayam yang dibeli di sebuah pasaraya terkenal. untuk pengetahuan semua, ayam-ayam zaman sekarang diternak tak seperti zaman dahulu. zaman skrg dalam masa yang singkat, ayam tu dah gemuk dan dah boleh dijual. jantan betina pun kita tak tau. ayam -ayam tersebut disuntik dengan antibiotik. sebab tu lah kadang-kadang bila kita demam, doktor bagi antibiotik tapi tak sesuai dengan kita sebab dah banyak antibiotik ayam ni dalam badan kita.

melalui produk ni, ayam yang dah dibasuh bersih ni akan diozonkan. senang jer..letak ayam dalam bekas kaca atau aluminium, letak air bagi tenggelam ayam tu dan diletak batu seramik yg disediakan. lepas tu akan berlaku proses berbuih2 seperti direbus tu. hasilnya akan dapat gelembung2 seperti di bawah. itu dah disimpulkan pada lidi.



inilah asid lemak yang terhasil daripada proses ozon tadi. Asid lemak ni walaupun dibakar tidak akan cair malahan akan jadi seperti chewing gum seperti gambar di bawah.


sanggup ker kita makan , atau bagi anak-anak kita makan. kesan dia dalam jangka masa panjang. sekarang memang la tak nampak.

produk ni bukan saja boleh digunakan untuk daging tapi boleh juga untuk sayur. penggunaannya tanpa mengubah kandungan nutrisi atau suhu makanan tersebut. nak steril kan barang-barang dapur atau pun botol susu bayi. boleh ozonkan peti ais,hilang bau2 busuk tu. kalau sayur, boleh singkirkan racun-racun kat sayur tu. sayur zaman skrg kan banyak racun sampaikan ulat pun takut nak makan. sebab tu tak ada lubang2...hehehehe.

kalau nak tau lebih lanjut atau nak tgk produk tu, boleh buat demo sekali. boleh hubungi saya......
cik rozie : 019-7554377