About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 13 March 2011

siapakah pemiliknya???

menyesal..

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku..


bila teringat akan lagu nyanyian 6ixthsense ni,mula buat aku takut untuk membuat keputusan....aduh...Aku ni memang DEGIL.... tadi masa drive balik dr Selayang aku terfikir,benarkah dia adalah utk ku?kenapa aku seperti tiada perasaan....susahnya nk jumpa yg memahami aku....apa yg aku nak....
kalau ikutkan hati mcm nk jer cakap yg aku tak boleh terima tp terngiang2 lagu ni kt telinga aku terutamanya kat Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

ah.....siapakah pemilik hati ini??? ah....mls dah nk sambung.....

Friday 11 March 2011

kereta biru....

mmmm....hari ni aku buat lawak lagi bersama kereta biruku...dan ini juga bukanlah kali pertama aku buat lawak sejak pakai kereta biru ni...aku mula memiliki kereta biru ni pada hujung julai 2010. lebih kurang 8 bulan. walaupun 8 bulan dah lebih 22000km.hehehe....
beberapa hari selepas aku pakai kereta ni,aku ke stesen minyak. nak isi minyak masa tu nak ke Muar. Apa yang kelakarnya,masa nak isi minyak tu,xtau kt mana nak buka tempat minyak tu....punyalah cari,tapi xde jugak jumpa. akhirnya aku telefon adik aku yg menjadi org pertama memandu kereta tu. rupanya senang benor nak bukanya. hanya tekan jer kat situ,dia akan terbuka. tapi kena pastikan kereta xlock la....
td masa balik sekolah,kat roundabout selepas balai polis pj tu ada kereta rosak. aku pun rasa kesian kat org tu. kalaulah aku org yg kereta rosak ni,camnerlah kan.....
masa sampai kt susur federal hiway,kereta banyak.lama gak kereta stop. aku pun dgn bosannya,memusing-musingkan keychain kt kunci kereta aku.tiba2 enjinnya terberhenti...hah...naper ni...aku pun try start tp xboleh...mulalah aku menggelabah semacam jer....naperlak kereta tak nak hidup...
habis aku matikan radio la.,aircond la,tapi xjugak boleh start. siap dh pasang lampu kecemasan. takut kena hon. yerlah,trafik light kat depan tu dah hijau tp aku xjalan kan...pastu aku perasan kereta sebelah mcm tengah berkata sesuatu. aku buka tingkap dan si suami yang memandu tu pun cakap dgn aku,'tukar dulu gear tu kat n"aku pun cuba...yes boleh....orang tu siap ckp lagi kalau xboleh letak p dlu. tapi aku cakap dah boleh..tima kasih....hehehehe
inilah akibatnya bila kalut atau panik..benda senang pun aku boleh lupa. memangla enjin tak boleh nak dihidupkan kalau tak free gear dlu...ish...aperlah....