About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Friday 30 December 2011

Gangster kah Aku ????

Sebenarnya mengantuk tapi nak tulis juga. Hehehehe. Hari Selasa hari tu aku bertolak dari kampung ke Lembah Klang lepas Maghrib. Sampai jer kat area Penang, aku tiba2 teringat untuk wish seorang kawan lama selamat hari lahir. selepas berbalas - balas mesej dgn dia, aku tersenyum2 sendiri di dalam kereta. terasa kelakar dan terimbas kembali kenangan ketika di Matrikulasi Penang.


Nak tahu apa mesej dia yg buat aku tersenyum ?


     " Soalan hang macam gengster. patotla dari matrik aku dok rasa hang ada beciri ciri gengster... Aku doakan anak murid xla sampai hang pi pukul.... "


hehehehe. aku rasa aku tanya soalan kat dia dengan penuh sopan santun... hu hu hu hu. kesian aku. Sebenarnya kawan lama ni suka panggil aku Ketua Gengster yang digeruni rakyat negeri Perlis masa aku kt matrik dlu. Aku pun xtau kenapa. tapi antaranya yg aku risik2, sebab aku suka membela nasib rakan2 aku, n aku n gang ni suka gaduh dengan budak2 lain... Eh...silap...pembetulan...orang lain suka cari pasal dgn geng aku...HA HA HA HA....


Aku teringin nak tau betulker aku ni mcm gangster??? Sian aku....


ni geng aku masa matrik....semua kurus2....

ni gambar masa g survey hotel utk dinner budak2 akaun. eh, xderlak kwn yg ckp aku gengster tu...

:)



Thursday 22 December 2011

Keputusan PMR 2011

Hari ini, keputusan PMR 2011 diumumkan. Aku pun menyibukkan diri ke sekolah td. Aku sampai dalam pukul 10 pagi. Dah ramai aku tengok pelajar berkumpul kat sekolah. Bersemangat betul... Masa tu SU Peperiksaan belum balik lagi. Guru-guru kelas form3 ada. Dia agih2kan keputusan kepada guru kelas dan..kelas 3 mERAH tak ada guru kelas. So akula yg nak pegang. Budak2 pRS aku dah la ramai kt kelas merah. hehehehe....
Ramai budak kelas M yg dapat semua A. ada 26 orang. Kelas Oren ada sorang jer. kelas oren ni ramai yg dapat 7A.Kalau pelajar Islam ramai dapat B untuk subjek Pendidikan Islam. Pelajar India pula,Bahasa TAmil. 
Antara yang aku tau dapat semua A ialah Syazwan, Imran, Najib, Naquib, Seth Adli, Asyraf Safuan, Shuges, Jonathan, Azmal, Suhail, Marvinpal, Ramin, sape lagi ek...lupalak aku...
Suka tengok mak Marvinpal gembira dapat tau anak dia dapat semua A. Tapi macam tak percaya tengok Mustaza dapat 7A 1B. dapat B agama pulak tu. Setau aku dia selalu dapat A subjek agama. tak ada rezekilah tu. 
Apa2 pun tahniah kepada semua. Ada juga yang dapat keputusan biasa saja tapi tak ada perasaan pun...hmmmm... kebanyakannya yang dapat keputusan sederhana,semua aku suruh masuk sekolah vokasional. 
Dalam ramai2 tu,ada juga yang mengucapkan terima kasih kt aku. terharu pulak. yerlah,siapalah aku. tak mengajar diorg mata pelajaran apapun... lagi terharu bila ada ibu seorang pelajar ni sms aku bgtau anak dia dpt 7A. 
Moga semua akan terus mengorak langkah menuju kejayaan. :)

Saturday 10 December 2011

Aku nak kawin dengan..........???

Tiba-tiba tergerak hatiku untuk menaip. Ini semua selepas terbaca blog iluvIslam tentang Kenapa Saya Masih Solo. Ada kena mengena dengan aku. Walaupun aku sudah berumur 29 tahun 1 bulan 20 hari mungkin, tapi aku masih belum kelihatan seperti orang yang ingin berkahwin. Bukan kerana aku tidak bersedia atau tidak mahu berkahwin tapi mungkin seperti yang dikatakan di dalam blog tersebut, jambatan yang perlu aku lalui mungkin lebih jauh daripada saudara maraku yang lain.

Aku tidak bersedih dengan keadaanku sekarang. Tetapi kadang-kadang sedih dengan orang sekeliling ku yang tidak memahami diriku. Mungkin mereka rapat denganku tapi dengan senangnya mereka menuduhku seorang yang memilih dalam soal mencari pasangan hidup ni. Dan seperti yang selalu dikatakan oleh rakan sekerjaku, kita memang perlu memilih, tak kan la senang2 jer nak sambar sesiapa yang ada kat stesen bas atau sesiapa saja yang cakap sukakan kita, terus kita nak kawin dengan dia tanpa mengetahui siapa dia yang sebenar dan bagaimana keadaan dia. Perkahwinan bukanlah sekadar mempunyai pasangan. Orang yang berkahwin boleh bermegah-megah yang dia telah berkahwin dan aku belum. Seronoknya berkahwin tu. Ya, aku akui perkahwinan itu memang menyeronokkan jika kita betul2 bersedia seperti kebahagiaan yang aku lihat pada perkahwinan kawan baikku.

TAPI, berapa banyak perkahwinan yang hanya pura2? Bahagia di hadapan orang lain, tetapi hakikatnya anda belum bersedia berada di alam perkahwinan. Berapa ramai yang melakukan dosa selepas bergelar seorang isteri bila tidak menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan mungkin juga mengabaikan tanggung jawab bukan sahaja sebagai seorang isteri tetapi sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Ada juga rakan-rakan yang kulihat bermain kayu tiga dibelakang suami tanpa rasa takut. Dan apa gunanya berkahwin awal jika usia perkahwinan itu sentiasa didengarkan dengan perkataan cerai. Ramai juga rakan-rakan perempuanku yang dengan mudah sering meminta cerai dengan suami mereka kerana tidak tahan hidup susah dengan suami mereka.

Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tapi aku ada impian yang ingin dicapai. Aku ada keluarga yang memerlukan sokongan aku. Setiap perjalanan hidup manusia tidak sama. Anda semua tidak merasai apa yang kurasakan. Kita tidak punya keluarga yang sama, dan tidak punya tanggungjawab yang sama dan kita juga tidak berkongsi hati yang sama. Hidup aku, tidak mahu menyusahkan orang lain. Aku redha dengan takdir Illahi. Aku tidak pernah salahkan takdir atas apa yang berlaku. Aku gembira dengan hidup aku. Aku tidak peduli dengan kata-kata orang lain.

Aku tidak pernah berkata aku tidak mahu kawin. Aku tidak pernah berkata aku tidak perlukan lelaki. Tetapi   aku tidak mahu bermain dengan api. Aku tidak mahu terburu-buru. Walaupun umurku diambang 30an tidak bermaksud aku akan menerima sesiapa sahaja tanpa banyak tanya. Bolehkah lelaki itu bersabar denganku? Bolehkah dia memahamiku? Aku mungkin sanggup menerima seorang duda jika dia memahamiku, tidak mengongkong hidupku, menerima aku dan keluargaku seadanya dan yang pastinya mempunyai pegangan agama yang kukuh. Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana semua orang berkahwin. Di saat ini aku belum bertemu dengan orang yang dapat memahami dan menerimaku seadanya. Aku tidak suka orang yang suka membuat keputusan untuk diriku atau kehidupan ku di awal perkenalan sebelum adanya sebarang ikatan......

AKU SAYANG DIRIKU>........

Sunday 4 December 2011

Tahukah apa yg kita makan ???


Kita semua selalu makan apa saja yang dihidangkan atau yg dibeli      tanpa terfikir apa kandungan dalam makanan tersebut kan. Baru - baru ni aku aku diperkenalkan kepada satu produk. produk ni akan ozonkan makanan supaya makanan yang kita makan tu selamat dan segar serta tahan lama.

cuba tengok gambar kat bawah ni. ini adalah ayam yang dibeli di sebuah pasaraya terkenal. untuk pengetahuan semua, ayam-ayam zaman sekarang diternak tak seperti zaman dahulu. zaman skrg dalam masa yang singkat, ayam tu dah gemuk dan dah boleh dijual. jantan betina pun kita tak tau. ayam -ayam tersebut disuntik dengan antibiotik. sebab tu lah kadang-kadang bila kita demam, doktor bagi antibiotik tapi tak sesuai dengan kita sebab dah banyak antibiotik ayam ni dalam badan kita.

melalui produk ni, ayam yang dah dibasuh bersih ni akan diozonkan. senang jer..letak ayam dalam bekas kaca atau aluminium, letak air bagi tenggelam ayam tu dan diletak batu seramik yg disediakan. lepas tu akan berlaku proses berbuih2 seperti direbus tu. hasilnya akan dapat gelembung2 seperti di bawah. itu dah disimpulkan pada lidi.



inilah asid lemak yang terhasil daripada proses ozon tadi. Asid lemak ni walaupun dibakar tidak akan cair malahan akan jadi seperti chewing gum seperti gambar di bawah.


sanggup ker kita makan , atau bagi anak-anak kita makan. kesan dia dalam jangka masa panjang. sekarang memang la tak nampak.

produk ni bukan saja boleh digunakan untuk daging tapi boleh juga untuk sayur. penggunaannya tanpa mengubah kandungan nutrisi atau suhu makanan tersebut. nak steril kan barang-barang dapur atau pun botol susu bayi. boleh ozonkan peti ais,hilang bau2 busuk tu. kalau sayur, boleh singkirkan racun-racun kat sayur tu. sayur zaman skrg kan banyak racun sampaikan ulat pun takut nak makan. sebab tu tak ada lubang2...hehehehe.

kalau nak tau lebih lanjut atau nak tgk produk tu, boleh buat demo sekali. boleh hubungi saya......
cik rozie : 019-7554377



Friday 14 October 2011

cuti2 -kerja

mmm...ada banyak perkara yang nak diceritakan selepas Program waja diri haritu tapi rasa macam tak sempat nak cerita. Lepas program Waja Diri,Isnin - Rabu seterusnya tu aku terlibat dengan Kem PRS Peringkat Negeri Selangor kat Nur Laman Bestari Ulu yam Selangor. Aku dan 3 orang guru lagi daripada daerah Petaling Utama ditugaskan sebagai AJK Keselamatan. MMm...confirm la kena jaga keselamtan peserta. Aku dgn Miza kena tidur dengan peserta perempuan. malam pertama disebabkan hujan yang amat lebat,kami tidur jer kat bilik kami.sebut tentang bilik kami,kelakar.ada katak pisang mkasa baru2 datang.mula2 aku jadi penyelamat sbb ada sorang akak ni takut siap nangis2. rupanya malam tu ada lagi,ada cikgu lelaki tolong selamatkan. selama 3 hari aku duduk situ,semua orang tak dapat hubungi aku. xde line kat situ. hehehe...
Antara tugas kami yg tak disenaraikan tp tu lah tugas utama. merasa makanan. kiranya orang pertamala yg merasmikan dgn alasan kalau kami makan ok,okla orang lain makan. hehehe..yang paling aku geram bila tengok air kat sungai tu..rasa macam aku yang nak terjun dalam tu.
Hari Khamis aku pergi mesyuarat Hari Informasi daerah dan siapkan Buku program petang hingga malam tu juga. Dahla pergi fotostat lama gila dia fotostat. Pagi2 Jumaat pi hantar Buku Program kat Kelana jaya. Lepas tu pergi Taklimat PMR dan balik rumah. dapat sms daripada k.long kat sekolah suruh balik sekolah tapi aku buat bodo jer.. Jadi hari isnin aku pun kena la bebel dgn dia...Lepas tu jaga exam sampai hari Selasa. Rabu aku ke sekolah,banyaklak kes,siap ada kes gaduh yang mak bapa buat report polis. aku tak faham la kenapa sampai nak kena buat report polis..ish....pastu banyak juga kerja nak kena siapkan...
Hari Khamis mesyuarat lagi kat PPD petaling Utama. Ada program kesihatan peringkat negeri. aku dilantik menjadi Pen Kem Komandan. macam tak percaya jer...Balik petang aku qada tidur sampai merilekskan diri yg sakit...malam ni taip kertas kerja kursus lanjutan PRS. Yerlah lawatan ke perlis kena reject dengan pengetua . tapi tak tahula,kurang 5 minggu ni..huhuhuhu....Esok aku akan ke sekolah....Banyak lagi laporan belum siap n ramai pelajar nak kena jumpa...aku tak datang sekolah, ada gak budak pun tak datang sekolah...apalah nak jadi...

Sunday 25 September 2011

PROGRAM WAJA DIRI 2011

Semalam 24 September 2011,alhamdulilah selesai 1 program anjuran unit b&k dengan kerjasama unit disiplin. Penat memanglah penat, keluar rumah pukul 6.30 pagi,sampai rumah hampir pukul 7.00 petang. Tapi penat itu mungkin rasa terbalas jika melihat anak-anak muridku bergembira atau lebih bagus mereka berubah.


Peserta-peserta program pelajar tingkatan 1 dan 2 Smk La Salle,Pj. Sudah pasti pelajar-pelajarnya semuanya lelaki. Sedikit rasa kecewa apabila daripada 41 peserta yang disenaraikan,hanya 22 sahaja yang hadir. aku tahu,bila buat hari Sabtu,peserta akan kurang daripada jumlah sebenarnya. Tahun lepas kesemuanya hadir kerana dijalankan pada hari persekolahan. Nanti dalam laporan aku akan cadangkan.


Program dimulakan dengan Ice breaking daripada Pegawai daripada Pejabat pelajaran Daerah. Pn Norafiza. best...salah seorang penceramah yang aku suka.kalau dlm kursus2 kaunseling,dia selalu ada dan pastinya gelak tanpa henti....


seterusnya pegawai daripada AADK Daerah petaling. ceramahnya best,tak membosankan. rupanya bekas guru. tak sempat aku nak bertanya lebih kat dia. tp rasanya mesti dah kawin kan...:) selepas itu rehat. Waktu rehat ni,selepas mkn ada aktiviti moral n tazkirah utk pelajar Islam. Masa ni lah aku baru nak praktis aku punya slot.

 seterusnya pukul 2,slot aku. Aku hanya pasangkan video2 yang aku rasa boleh membuatkan mereka menghargai kedua ibu bapa dan tidak hanya menyalahkan keduanya. tayangan video,proses kejadian manusia,kelahiran secara caesarian,video buang bayi,dan lagu ayah n ibu yg mana org tua2 tinggal di rumah2 kebajikan.sampai kt part penghayatan,suruh mereka tutup mata. aku dah lakukan yg terbaik tetapi aku rasa kurang feel...masa ini aku menerima bantuan daripada Xstudent ku yang kini sedang belajar psikologi kat UNISEL. 


seterusnya aku mintak peserta membuat kad untuk ibu bapa dan meluahkan perasaan mereka. walaupun mereka tidak menangis tp aku  lihat ada beberapa orang yg diam saja selepas itu. diharap ada kesedaran dalam diri mereka.


majlis penutup menjadi sedikit caca merba bila bos baruku tiba2 ambik mic dan mula berucap. MC - MC ku dah panik. tapi akhirnya berjalan dengan lancar. hmmm...ada beberapa peserta yang menonjol. antara peserta yang dicalonkan utk peserta terbaik ialah Muhammad Danish,Abdul Muaz dan Darshan. Akhirnya kami memutuskan Abdul Muaz sebagai peserta terbaik. tapi aku sedikit terkilan dan sedih,apabila ibu bapa kepada kedua peserta ini tidak hadir. kalau aku sedih,aku xtau apa perasan mereka. ketika pengetua bertanya,adakah ibu bapa kamu hadir,dia menjawab dalam perjalanan.dan ketika penyerahan kad kepada ibu bapa,anak2 ini tidak dapat menyerahkan kad tersebut


kepada ibu2 bapa sekelian,saya tidak salahkan kalian,mungkin ada masalah tersendiri.tetapi tak boleh ker kalian luangkan sedikit masa untuk anak2 mu agar mereka rasa dihargai. pelajar2 ini ada kesedaran untuk berubah,membina kejayaan tetapi tanpa sokongan daripada kalian,mereka akan rasa diri mereka tidak dihargai dan segala apa yg mereka akan lakukan tidak bermakna apa2. Untuk semua peserta,cikgu menyayangi kalian....lakukanlah perubahan utk masa depan kalian. cikgu sentiasa ada bersamamu...


terima kasih juga kepada PRS yang membantu. Syabas terutama kepada Pengacara majlis. Ini adalah satu platform untuk anda terus berjaya. Cikgu pun sayang korang semua. tapi perlu lebih matang ye.....



Sunday 18 September 2011

HATIKU BERKATA LAGI...

marilah mendengar
luahan hati dan perasaanku
tp aku sendiri tidak mengerti
apa yg kurasai tika ini.

Ya Allah....tolonglah aku
berikan aku petunjuk
agar hilang segala resah dan gelisah ini

Ya Allah berikanlah aku ruang untuk aku berubah
Permudahkan segala urusan diriku
tenangkan hatiku...

Tiba2 rasa nak sambung...... hahahaha

Ya Allah, jauhkanlah aku dari gangguan
sama ada daripada manusia atau pun makhluk lain
jauhkanlah aku dari perasaan ragu -  ragu
kerana kutahu segalanya benar....

bantulah aku, itu yang kupohon
tiada tempat lain kecualiMu Ya Allah
aku perlu terus cekal mengejar cita-cita
aku perlu terus percaya segala keupayaanku
jadikan tanggungjawab ini sebagai amanah...
untuk aku terus berjaya.

kepada semua disekelilingku
anda semua pembakar semangat
walau dihina, walau dipuji,walau dikeji
aku tetap aku.
moga segalanya berjalan lancar.... :)

Jalan-jalan Rayaa..

Dah lama tak menulis kat sini. buzy? mungkin ya,mungkin MALAAAAAS...
Semalam janji dengan cikgu 1 sekolah, kak Asmah ke kenduri kat Sri Sentosa. Antara kawasan yang meninggalkan banyak kenangan...kenduri ni rumah nenek kepada pelajar aku. Aku dijemput oleh pelajar aku ni. Salah sseorang klien aku dan mak dia antara mak yang mengambil berat tentang masalah anaknya. kan best kalau ramai ibu bapa seperti ini.


Selepas kenduri, kami bergerak ke Puncak Jalil. Rumah kak Jamaiah. Akak ni baru berpindah daripada sekolah aku ke SMK Pusat Bandar Puchong. Sampai kat rumah dia,,biasalah dah lama tak jumpa,banyakla ceritanya. Banyak juga cerita daripada bilik guru La salle diceritakan. Antaranya cerita tentang kelahiran dan kematian. 


k.jamaiah pun ada juga cerita yang boleh dianggap menarik. lagi menarik mendengarnya dengan gaya k.ja yang bersungguh bercerita. dia ceritakan ada seorang cikgu ni baru kematian isteri. isterinya baru bersalin dapat kembar 3. Meninggal bukan sebab melahirkan kembar tersebut tetapi sebab jatuh dalam bilik air. Semangat kita orang mendengar siap bertanyakan soalan lagi. di akhir cerita ada 1 soalan daripada si pencerita "siapa nak jadi penggantinya?" kitorg terkedu,HAAA??? Rupanya cerita ada maksud....Berdekah2 kitorg ketawa. jawapan daripada kak Asmah"lah..tadi cakap dah sewel,,tak nak lah...".Aku hanya mampu ketawa. Soalan dan cerita yang tidak disangka....


Selepas itu kami ke Sale MPH kat Seksyen 13. Aku beli 2 buku dan selepas hantar K.asmah ambik keretanya,aku ke rumah sepupu aku kat Cheras. hampir pukul 11 baru sampai kat rumah. 



Tuesday 10 May 2011

Nak Kurus??? ker ada Sembelit???

Semalam ada bengkel kt Muar. Ada citer pasal produk yg antara yg terhangat di pasaran. Nurich lactolite..
Hari tu ada dengar seseorang yg badannya agak besar atau gemuk, minum benda ni boleh jadi kurus. Rasanya ada ky youtube tapi aku belum tengok lagi..
Pastu aku suggest la dekat sepupu aku yg ada masalah penghadaman. Dia ni jenis 2 hari sekali atau 3 hari sekali baru buang air besar. Aku pos kat dia. Dia cakap minum jer malam tu, terus rasa nak buang air besar. dia rasa sangat seronok. Dia kata barula rasa puas buang air besar.
Lepas tu hari Jumaat malam yg lepas, aku jumpa seorang CDM yg sangat disegani,nampak cam surut sikit badan dia,jadi tanyalah. Dia pun cakap. minum la Lactolite. Pastu nak bagi anjal,pakai la Premium beautiful dan sapulah Bio ever...Mmmm...bagus rupanya. Dia cakap anak dia yg baru bersalin,boleh turun 20 kg...ish..kena cuba ni...xboleh ni tgk org lain kurus ni...
 sesiapa nak try boleh la contact saya : rozie 019-7554377. boleh rasa secara percuma..hehehehe

Thursday 14 April 2011

EMOSI TAK STABIL...

:) TIBA2 aku tersenyum...sedangkan dari siang tadi kat sekolah aku asyik melayan perasaan jer....
hish...kenapa lah hari ni aku sensitif pulak. pagi tadi buat perjumpaan PRS aku ok jer.Lepas tu sambung perbincangan tentang program dengan pelajar pagi. DAN selepas itu bermulalah detik kebengangan aku....sampaikan aku tertinggikan suara kat Penyelia Petang aku. Agaknya dia memahami. dia cakap" saya tanya saja la..." sorry....
aku tak faham kenapa kerana perkara yang kecil, yang tak ada kena mengena dengan orang lain,tapi nak cakap kat situ. Tak puas hati dengan aku cakap jerlah kan,kenapa nak mengadu dengan orang lain. kenapa nak orang lain yang tegur aku??? Besarkah salah aku??? Masalah sampah dan tong sampah jer??? Nak aku bawa tong sampah sendiri pun tak pe....Selama ni kalau tegur aku, aku marah ke?Aku melawan ke? Tadi aku tak sempat lagi nak jumpa Boss walaupun Penyelia Petang bagitau dia nak jumpa aku. bagi aku,pelajar lebih penting daripada dia....
tiba2 siang tadi,aku jadi geram sangat. apa yang aku tak puas hati selama ni aku diamkan je. tak sangka dia boleh buat aku macam ni kan.... aku terasa seperti nak PINDAH sangat. nama jer kaunselor tapi tak boleh nak selesaikan masalah secara RASIONAL.
1 hari,hari ni aku asyik fikir pasal nak pindah. dan setiap kali aku fikirkan,titisan air jernih akan jatuh berderai. aku pun tak tahu mengapa. ketika ini juga. kat sekolah tadi pun sama. Aku malu. Aku rasa ada sorang pelajar aku nampak aku menangis tadi. mujur bilik aku jauh daripada tempat orang lain.

aku tak sanggup nak tinggalkan mereka.... walaupun aku tahu,semakin lama mereka semakin dewasa.mereka akan melangkah pergi.mereka juga pasti akan dapat penggantiku yg lebih baik,jika aku pergi...dulu aku sayang utk tinggalkan mutiara rini 2. kini aku tak tahu....adakah sayangku jauh lebih kuat di SINI???
cikgu sayang kamu semua terutama semua PRS.......cikgu tak sanggup nak isi borang pindah....
TAPI........... ADAKAH DIRIKU MASIH DIPERLUKAN DI SINI????????

Sunday 13 March 2011

siapakah pemiliknya???

menyesal..

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku..


bila teringat akan lagu nyanyian 6ixthsense ni,mula buat aku takut untuk membuat keputusan....aduh...Aku ni memang DEGIL.... tadi masa drive balik dr Selayang aku terfikir,benarkah dia adalah utk ku?kenapa aku seperti tiada perasaan....susahnya nk jumpa yg memahami aku....apa yg aku nak....
kalau ikutkan hati mcm nk jer cakap yg aku tak boleh terima tp terngiang2 lagu ni kt telinga aku terutamanya kat Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

ah.....siapakah pemilik hati ini??? ah....mls dah nk sambung.....

Friday 11 March 2011

kereta biru....

mmmm....hari ni aku buat lawak lagi bersama kereta biruku...dan ini juga bukanlah kali pertama aku buat lawak sejak pakai kereta biru ni...aku mula memiliki kereta biru ni pada hujung julai 2010. lebih kurang 8 bulan. walaupun 8 bulan dah lebih 22000km.hehehe....
beberapa hari selepas aku pakai kereta ni,aku ke stesen minyak. nak isi minyak masa tu nak ke Muar. Apa yang kelakarnya,masa nak isi minyak tu,xtau kt mana nak buka tempat minyak tu....punyalah cari,tapi xde jugak jumpa. akhirnya aku telefon adik aku yg menjadi org pertama memandu kereta tu. rupanya senang benor nak bukanya. hanya tekan jer kat situ,dia akan terbuka. tapi kena pastikan kereta xlock la....
td masa balik sekolah,kat roundabout selepas balai polis pj tu ada kereta rosak. aku pun rasa kesian kat org tu. kalaulah aku org yg kereta rosak ni,camnerlah kan.....
masa sampai kt susur federal hiway,kereta banyak.lama gak kereta stop. aku pun dgn bosannya,memusing-musingkan keychain kt kunci kereta aku.tiba2 enjinnya terberhenti...hah...naper ni...aku pun try start tp xboleh...mulalah aku menggelabah semacam jer....naperlak kereta tak nak hidup...
habis aku matikan radio la.,aircond la,tapi xjugak boleh start. siap dh pasang lampu kecemasan. takut kena hon. yerlah,trafik light kat depan tu dah hijau tp aku xjalan kan...pastu aku perasan kereta sebelah mcm tengah berkata sesuatu. aku buka tingkap dan si suami yang memandu tu pun cakap dgn aku,'tukar dulu gear tu kat n"aku pun cuba...yes boleh....orang tu siap ckp lagi kalau xboleh letak p dlu. tapi aku cakap dah boleh..tima kasih....hehehehe
inilah akibatnya bila kalut atau panik..benda senang pun aku boleh lupa. memangla enjin tak boleh nak dihidupkan kalau tak free gear dlu...ish...aperlah....

Monday 14 February 2011

Cantik Tak, Baju Pinjam...

Hari ini Isnin,pukul 6.30 pagi dah terbangun dengan terkejut..ingatkan dah terlajak tidur...mujur awal lagi. so aku bersiap untuk ke sekolah. Alhamdulilah hari ni tak jam,pukul 8.00 pagi dah sampai kat sekolah. Antara guru Rumah Laksamana yang sampai paling awal... Selepas habis pelajar-pelajar ni turun Bukit Gasing,aku n kawan yang kamceng dengan aku kat sekolah iaitu Ustazah Nor Asmah atau lebih mesra aku panggil k.asmah ke bank.Lepas tu aku dah janji nak belanja k.asmah makan KFC tapi kfc kt area PJ Hilton tu tak de parking. jadi kami ke KFC kat Sri Sentosa. lepas makan,sempat la teman akak ni p melawat kedai baju kat dalam Giant tu. lepas tu dah pukul 11.30 masa kitorang nak balik. Aku pun tanyalah samada dia dah iron baju belum. lepas tu dia tanya aku pulak. aku pun dengan bangganya menyatakan aku dah iron dr semalam. pastu akak tu tanya aku letak baju kat mana. selalunya aku gantung dalam kereta... masa ni lah aku terpanik sebentar....hahahahaha....baju tak bawak...tertinggal kat umah...huhuhuhu...
keputusan secara drastik,beli baju baru....aku pun p lah ada KEdai Kawanmu kat situ....punyalah kalut,aku try boleh dikatakan semua baju kat situ....yg bestnya try tak masuk fitting room pun... mujurla tak ada ramai org....last2 beli 1 baju. xla cantik sangat kiranya...aku ni sebenarnya susah skit bab2 beli n pilih baju ni..payah nak sesuai baju tu dgn aku. apatah lg try baju atas baju ni...
pstu selepas dah bayar,balik ker rumah k.asmah....aku pun try la pakai baju tu secara solo.   huhuhu...xbest pakai baju tu...aku nampak cam pelik sikit....so apalagi...keputusan terakhir sebelum ke sekolah..... aku pun meminjam la baju k.asmah untuk ke sekolah. mujurla dianya blouse kira besar gak la,jadi padan dengan aku...hahaha...dengan kain hitam n tudung hitamnya...silap xambik gambar tadiiii...(lah...teringat tak ambik gmbar program tadi)
sampai kat sekolah ada sorg cikgu ni tegur"eh,xpernah nampak pun pakai tudung ni"aku hanya tersenyum...hehehehe...mengon betulla aku ni...hari ni asyik LUPA jer...hehehe...

Saturday 12 February 2011

jatuh cinta lagi???

Rasanya macam2 perasaan yang aku rasai 2,3 menjak ni....Cabaran dalam hidup semakin hebat sejak kaki melangkah menghampiri 29 tahun kehidupan ini... kadang - kadang rasa gembira yang tak tergambar. kadang-kadang tak ada perasaan...hehehehe....tak semua yang mengenaliku betul2 kenal aku.


Aku masih seperti dulu. Apapun yang kurasakan pasti akan disimpan. Hanya padaNya tempat aku mengadu....senang,xada rahsia yang akan terbongkar...hahaha....


Aku masih seorang guru,walau kadang-kadang terlalu banyak perngorbanan yang perlu dilakukan dalam profesion ini. Pengorbanan yang kadang-kadang membuatkan seorang guru menjadi tidak ikhlas dengan kerja yang dilakukan sedangkan inilah tanggungjawab yang telah diamanahkan yang perlu digalas dan dilaksanakan sebaik mungkin..


Mungkin bagi seorang pelajar,mengangkat tangan dan memberitahu cita-citanya adalah untuk menjadi seorang guru,mungkin membanggakan,tapi ketahuilah realiti menjadi seorang guru... perlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi. kalau yang jenis asyik menangis ni,tak taulah..hehehe..itulah yang selalu aku katakan kepada adik perempuanku yang kuat menangis tu...


Aku selalu terfikir untuk bertukar sekolah. tapi janganlah mengharap untuk aku berpindah balik ke kampung. Alasan ku untuk tidak balik kampung menjadi kukuh sejak adik2 ku juga belajar di sini..SELAMAT..... Aku hanya ingin bertukar daerah. Kadang-kadang rasa perlu mencari tempat baru tetapi kini aku sedar sekali lagi aku hampir jatuh cinta untuk kali kedua. Sebelum ni aku sedih meninggalkan cinta pertama TMR2. tapi kini LSPJ telah membawa sinarnya... pelajar2 ku,PRS2 ku..... kamu semua membuatkan cikgu berfikir lebih daripada sekali untuk meninggalkan LSPJ.


Mungkin tak semua warga LSPJ yang menyenangi kewujudanku di sini,tapi tanpa kusedari sudah lebih 3 tahun aku di sini...masih bertahan...mengharapkan kasihnya mekar selamanya....