About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 28 July 2013

HOTLINE...CARELINE....

Berdasarkan tajuk di atas....pasti ada kena mengena dgn nombor telefon.... mula2 nak citer sempena cuti Nuzul quran ni,hari Jumaat aku dengan cikgu2 sekolah aku g Central Market, Masjid India n Jalan Tar..Fuyoo, 3 jam baru sampai jalan tar dr pj... kalau balik kg mungkin dah sampai taiping dah....disebabkan jammed yg teruk dan ada jalan yg ditutup akhirnya parking kereta kt jln apa ntah, pastu naik lrt dang wangi ke masjid jamek....masa balik pulak, kwn aku xnak solat kt masjid india sbb ramai org, ms nak solat kt lrt dang wangi, boleh lak xde telekung. so balik ikut suka hari, akhirnya smbhyg kt masjid kg baru...dr situ balik pj ikut jln yg xjam. xkisahla jauh pun asal xjam..akhirnya selepas 2 jam sampai pantai dalam.buka posa kt ayam golek.... sempat lak jumpa adam n musa anak muridku...

hari sabtu, adikku rafiq datang... bawak g beli baju melayu kt area puchong jer. pastu tanya nk beli t-shirt kat jusco ker dia tak nak. nanti beli sendiri...ok save budget. pastu g mydin sebab mak aku pesan kuih bangkit mydin..sebab org kampung pesan.pelik betul apa yg diorg suka sangat. lps balik mydin, menjala roti jalan jap,siap2 keluar...nak g berbuka puasa. sebab dah janji dengan kawan dia ajak berbuka kt gombak mkn nasi arab. sebelum tu nk g mkn kt satay hut tp xjadi.

lebih kurang kul 5 lebih aku gerak. aku lalu ldp lebuhraya damansara puchong. jln jammed kt puchong jer sikit.pastu dah xjam  cuma banyak kereta. masa aku kt depan one utama, aku perasan ada satu bunyi, aku tanya adik aku tau x bunyi apa, dia mcm xtau.pastu aku slow kan kereta masuk lane tengah...sampai kt area the curve, aku pun rasa, macam pancit jer, sebab rasa something wrong jer....au berhenti kat tepi hiway suh adik aku turun tengok, memag betul pancit....huhuhuuhu....tapi jln terus tgh cari tmpt nk berenti...masa berenti kt satu tmpt tu, mcm menakutkan jer banak kete laju...aku pasang lampu kecemasan n jln slow2...tu pun ada sebuah kete kelisa ni hampir2 langgar aku...takut gila aku..rasa macam nak pecut je kereta.... dahsyat org kt kl ni....dh org bg lampu kecemasan pun nk laju mcm nak langgar. akhirnya aku berenti dkt2 dgn tol sg penchala....jauh.....

aku gabra gila masa ni..kt sini pun rasa mcm ramai jer yg laju..motosikal pun sama.aku pun carila no phohe ldp careline....search kt internet... tanya 103....mula2 call skve...akhirnya dpt ldp... fuh...pastu aku suruh adik aku ltk lampu kecemasan yg 3 segi tu kt blkg...duduk dlm kereta ni asyik nk jerit jer sbb nmpk mcm diorg nak langgar.berkali2 aku phone balik ldp nk tanya org tu dh dtg x....adik aku nk tukar tp aku takut sbb tgk kereta laju....akhirnya polis  bantuan litrak sampai.... dia tolong tukarkan....alhmdulilah...elaok jer siap, azan magrib...so tak pergi ler berbuka dgn kwn aku... singgaj esso kt dpn beli air then patah balik berbuka kt kelana jaya..

MORAL OF THE STORY.....SENTIASALAH SIMPAN NOMBOR2 LEBUHRAYA NI...KITA TAK TAU BILA KITA NK BERLAKU BENDA2 GINI..MEH SINI SIMPAN DLM HP TU...

LDP HOTLINE/CARELINE: 03-74947333
SKVE CARELINE : 1300880026 



Sunday 14 July 2013

Aku dan Tong Gas

Sementara menunggu azan Isyak berkumandang ni, sempat kiranya mencoret apa berlaku kepada aku hari ni... Ok tak tajuknya?Alamak dan azan pulak..jap g sambung ye...
ok dah siap solat isyak n terawih... ok sambung citer..tajuknya pasal tong gas...bukan bedah tong gas ye...sebenarnya dah beberapa hari rumah aku ni gas habs. dah berapa hari ler tak berasap dapur tu. bukannya apa, takde sape nak tolong g belikan gas. hari sekolah memang sibukla...

semalam sms rafiq suruh balik. pagi tadi call, dia ckp tak boleh balik. so lepas zohor hari ni, aku pun keluar menyelesaikan misiku...yg pertama aku p Pak Lang Pasar Segar kt Puchong Permai. Beli segala apa yg aku nak lah....daun kunyit jer takde. balik tu aku singgah kedai kt Tmn mas,Kedai Dumai. Dia cakap ada gas n boleh hantaq p rumah. Aku bgtau la tong gas aku warna biru. dia pk2 pastu cakap hijau merah...pastu aku p cari daun kunyit aku yg tak dapat lagi tu...pastu balik rumah basuh sotong... pastu nampak la org mai hantaq tong gas. Dia bawak tong kaler hijau merah petronas tu. bila dia tengok aku dia kata tk sama pulak tong dia.nanti dia nak p tanya bos dia. dia balik kedai dia. pastu dia mai balik dia kata tak boleh sbb tak sama. siap bagi balik duit aku...fuh sedih tu...

pastu aku pun p lah semua kedai kat tmn mas...ada lagi4 atau 5 kedai. ada yg tak jual, ada yg sibuk tak bleh hantaq gas. fuh...dahsyat....pastu aku p pulak dlm kg sri aman. ada 1 kedai tu, aku tak nmpk orang pun, bg salam.ada org jawab tp tak nampak gak org.ngeri gak.rupanya dok tidoq kt bawah kaunter. dia cakap jauh rumah aku. tak boleh hntaq. aku siap merayu bayaq lebih pun tak pa. tp dia kata boleh hantar pukul 6. tkut tk sempatjer nk masak... kedai dpn sikit, tak dak motor lak nk hntar.depan sikit tak hantaqlak. depan lagi, tak dak org lak nak hantaq...

pstu aku ter pk p pulak kat tmn putra prima. satu pun kedai dia xdak jual tong gas...pastu p pulak kt area rumah lama aku yg ada flat yg bawah dia ada kedai tu....ada 3 kedai...mula2 aku p kedai yg ada tong gas biru la. p.cik tu xnak hantaq...walaupun aku pujuk rayu. kedai tepi tu pulak ada perempuan jer.memang tak la nak hantaq. dah la akak tu mcm jiran lama aku jer. pastu kedai hujung tu jauh sikit. aku pun naik semula kereta. sempat call rafiq...buat suara sedih... yg lawaknya, aku rasa cam penat sangat cari tong gas ni....stop kereta, bolehlak aku nangis.meleleh air mata..bodoh jer...dah lap air mata g pulak kedai last ni....tk dapat jugak...dh sejam drive cari tong gas.aku bertekad balik rumah dan tau mcm mana aku masak...aku nak gak masak.tak nak beli kt pasar ramadhan...masak cara duduk kolej n awal2 praktikal dulu.guna periuk karan..hehehehe...siap jugak juadah berbuka aku. nasi putih,sambal sotong, kailan ikan masin, tauhu n teme goreng, pastu pecal..sebenanrya nak buat tauhu sumbat...

hehehehe...kelakar lak nangis sbb tong gas. kang best kalau ada Bedah Tong Gas kt taman aku ni.....masa ni lah aku terpikir, rasa nak kawin jer, nanti ada org boleh tolong belikan gas... :)