About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 22 June 2013

Bahana Teknologi Maklumat yg Canggih...

Tengok tajuk cam ngeris kan???hehehehe... Pagi tadi time aku dok rumah sebelum ke sekolah, siapkan kerja sebelum berjumpa pelajar kt sekolah nanti. Sesambil tu untuk memudahkan kerja aku, aku pun buka la group kat whatsapp . Niat aku baik ni. Nak berbincang...Tengok2 pastu...fuh.....suasana tegang..Aku tak taula apa niat yang sorang ni...sama ada dia bergurau atau memang niat dia.... Terus aku terdiam dan tak masuk campur sbb memang macam sesi meluah perasaan antara satu sama lain...Tragis...

Ini lah aku nak bagitau, antara keburukan kita menaip. Bukan bercakap. Kadang-kadang bila menaip, kita sampaikan dengan nada kita yang mungkin happy atau bergurau. Tapi mesej yg sampai kepada pihak satu lagi mungkin dia merasakan kita marah, menghina atau yg lain daripada apa yg kita maksudnkan. ini boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Sedihkan. Teknologi yg kita harapkan dapat membantu meng eratkan hubungan silaturahim telah menjadi sebaliknya. ada disediakan icon emosi tetapi berapa org yg menggunakannya...sama juga seperti status yg di update kt dalam fb. lain orang yg membacanya, mungkin lain mesej yg diterima....dan kadangkala menyinggung perasaan...


:)

Thursday 20 June 2013

Roti Jala....sedap ker...

Mesti tak percaya kan..hari ni aku buat lagi roti jala....siap ambik order lagi dari kawan-kawan....macam kelakar jer. try buat jual....tp yang kelakarnya roti jala aku rasanya hari ni rupa dia tak berapa nak cantik macam yg aku buat sebelum2 ni..hhuhuhuhu...

ramai jugak yang order.... dan ada yang nak order lagi. diorg cakap kari dia sedap..hehehehe...itu tiru resepi kari ayam dari google internet gak. tak ingat ambik kat mana tapi rasanya macam my resepi.

kali pertama aku buat roti jalan dengan adik aku pakai loyang tu.... susah gak nak jadi. kali kedua masa potluck kt sekolah. azwa tolong gulungkan. kali ketiga masa balik kampung hari tu. mak aku tolong gulung. siap g beli benda yg mcm kuali tp leper tu kat musa borong kt market lama kangar.kali ke 4 buat kt kampung gak. sebab nak guna acuan baru yg botol mayonis bermuncung 3 tu.... jadi cantik...siap bagi roti kt family pak ndak lagi...hahahaha...

pelik bila perasaan teringin nak mkn n suka roti jalan buat aku belajar nak buat. teringat dulu suka mkn kek batik,aku belajar buat n akhirnya kwn2 akan tanya aku resepi kalau nak buat.... :)
ini first aku buat bulan 12 thn lepas.ni utk bg jiran ni...

Wednesday 19 June 2013

AKULAH PERANTAU . . . .

   Entah kenapa dari petang tadi aku rasa sedih. Apatah lagi bila mengenangkan kemungkinan keputusan eg tukar ialah pertukaran anda tidak diluluskan. aku juga tak tahu mengapa sejak dua menjakni aku asyik terfikir dan inginkan sangat berpindah balik ke kampung halamanku. Aku dah bosan kat sini. Boleh aku kata macam tu? Aku dah jemu hidup di sini.
  Dari kecik dulu, aku suka tinggal dgn tok. Sehingalah bila adik aku meninggal, aku balik duduk dengan mak n ayah aku. Lepas tu Tok pun meninggal. Selepas itu bermulalah hidup aku di asrama. Tapi masa ting4 aku keluar dari asrama dan terus tinggal di rumah.... Aku sibuk dengan pelajaran ku setiap hari di sekolah. habis spm,bulan 2 aku dapat tawaran masuk kmpp. Result spm belum keluar ketika itu. tahun depannya aku masuk upm. selama 4 tahun aku di sana. sambung praktikal mac-julai 2005.
 Habis jer praktikal, aku terus balik kampung kerana mak sakit dan aku perlu menjaga adik2 aku yg masih kecil. ketika itu adik yg bongsu baru berumur 2 tahun. Sebulan sahaja aku membantu keluarga di kampung,aku perlu pergi lagi kerana aku bakal diposting di johor bahru.12 september 2005 aku melaporkan diri di sana.
  banyak yg aku pelajari di smk tmn mutiara rini 2. bersama rakan2 yg kusayang...anak-anak muridku....akhirnya hujung 2007 berakhirnya tanggungjawab ku di sana apabila borang pindah yg aku suka2 isi tu permohonannya diluluskan.sedih masa mula2 tahu keputusannya..ingat lagi time tu selepas majlis mkn2 cikgu2 ptg aku drive sorang2 melayan perasaan kt danga bay....
  akhirnya aku diletakkan di smk la salle, petaling jaya.sebelum melaporkan diri, aku pernah ke jps kt shah alam tu untuk tukar ke petaling perdana. tapi katanya, dudk dulu kt situ, nanti kita tukar...selama 3thn aku di situ, tidak berniat utk berpindah kerana adik ku belajar di situ. tapi bermula 2011 aku mula memohon tukar...ke petaling perdana. ditambah pula aku dah beli rumah kt sini...tapi selalunya permohonan tak diluluskan...
  kemuncak perasaan ku terlalu meronta2 untuk berpindah pada hujung tahun lepas. Apabila diri ini disakiti....ditambah lagi dengan keadaan jalan yg sesak...tahun ini, pada awalnya aku rasakan aku mampu bertahan. aku mampu menjadi aku yg dulu. aku mampu menjalankan tanggungjawabku sepenuhnya dan sebaiknya. tapi aku salah...aku ingin sangat pulang ke kampung.... bersama keluargaku,membantu mereka....bersama mereka susah dan senang....cukuplah aku di sini.....selama 6thn ini,dah tak sanggup lagi....
maafkan cikgu,anak2 muridku....maafkanku.....cikgu sayang kamu semua tp sampai bila cikgu akan menunggu kamu.suatu hari nanti, kamu pasti pergi tinggalkan cikgu.....

Wednesday 5 June 2013

Cuti -cuti ,Masak-masak

Dah lama kan aku tidak mencoretkan sesuatu...PEMALAS??? 2minggu dok kt kampung ni, nk update blog tp malasjer...tapi aku dah asyik pulak dgn hobi baru....
kalau nak diikutkan tak derlah baru sangat..aku memang suka  pun memasak...sejak balik ni konon2 asyik nk memasak jer....

kadang-kadang terpikir, rasa macam nak jer buka kedai makan ker...atau jual makanan....lawak tak aku ni..masak pun bknnya pandai sangat pun....