About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Friday, 28 September 2012

perlukah aku bertahan ? ? ?

apa nak cerita ? ? ? pagi tadi aku bawa 4 org pelajar ke SMK(P) Sri Aman untuk Majlis Watikah PRS daerah Petaling Utama. 4 orang ni pelajar form 4. Kebanyakannya mengenaliku ketika mereka di tingkatan 1 dan menjadi PRS ketika di tingkatan 2. boleh dikatakan rapat dgn aku.

Masa perjalanan pulang,berbincang berkenaan program PRS dan permohonan untuk memakai uniform PRS tahun dpn. Tetiba salah seorang daripada mereka berkata 'cikgu, tak lama lagi PRS akan buat solat hajat". Aku bertanya kenapa. Tahu apa jawapannya? Sebab tak nak bagi cikgu pindah. kalau korang di tempat aku, apa korang rasa?

Aku rasa aku sangat tertekan , dan inginkan persekitaran baru. tapi benarkah mereka memerlukan aku? Perlukah aku terus bertahan hanya untuk mereka. Ya, aku akui,aku sayang semua PRS2 aku...terutama yg di tingkatan 4 dan tingkatan 3 sekarang. Aku bukanlah bias, tapi merekalah yg buat aku jadi kuat. Merekalah yg selalu membantu aku. Aku juga sayang budak2 sesi petang, yg memerlukan aku. tapi sampai bila aku harus di sini...... demi mereka...

Aku hanya memohon kepadaNya supaya terus memberi aku kekuatan.....untuk aku meneruskan segalanya.... memberi semangat dan membantu yg lain.....

2 comments:

  1. Kalau aku, family first. hehe... Budak2 ni memang la akan sedih. Tp lama2 dia akan dpt sesuaikan diri gak dgn cikgu baru. Ko mintak blk kampung ka ro'z?

    ReplyDelete
  2. aku tak mintak balik kg. aku mintak puchong jer....nk pindah sikit2...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget