About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 12 August 2012

Doa Buat Ayah

Salam sayang semua.

Di bulan Ramadhan dan sudah menghampiri Syawal ni mulalah aku ni teringat. Tadi masa tengah memilih baju melayu untuk adik2 aku.... aku terlihat baju melayu yg besar bersai XXL. Tiba2 aku jadi touching gitu. tersentuh hatiku. sebenarnya aku teringatkan Arwah Ayahku. Teringin membelikan baju raya buat ayah. Tidak pernah ada kesempatan itu buat aku. Ayah pergi 8 tahun yg lalu. 10 Julai yg lepas genap 8 tahun ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi ketika aku di semester 7 pengajianku di UPM. Belum sempat aku membalas jasa ayah. Tapi aku gembira kerana sekurang-kurangnya aku sudah memenuhi impian ayah untuk melihat aku ke menara gading.

Aku ingat lagi ketika kali pertama aku berpuasa dan beraya tanpa ayah. Pada bulan puasa tersebut, Mak dan adik2 aku menghadiri majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim. Aku berbuka puasa sendirian. menitis air mata aku ketika itu. ketika itu yg terdetik di hati "kalaulah ayah masih ada". tapi itu bkn yg ditakdirkan untuk aku. sejak haritu juga aku dah pandai guna mesin parut kelapa. sebab masa tu aku nk parut kelapa untuk makan buah melaka. hehehehe.....

Aku redha dengan pemergian Ayah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg soleh. Sayang ayah... apa yg mampu kulakukan cuba menjadi anak yg solehah. bantu adik2 ku selagi ku terdaya. InsyaAllah ayah.... kakak akak lakukan yg terbaik. Adik2 pun dah besar..... :)

Al-Fatihah buat ayah....

No comments:

Post a Comment