About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Monday 12 October 2009

catur bistari...

mmm....mula-mula aku membaca surat khabar beberapa bulan yang lalu, aku nampak iklan pertandingan catur bistari 2009. mula-mula aku ingat catur biasa, bila aku search kat internet, barulah aku tau...2 bulan aku tunggu untuk beli catur bistari tu.tp sebelum beli, aku dah daftar pun untuk pertandingan tu.
selepas aku beli, xpernah pun aku main.aku cuma pernah buka, dan tengok isi kandungannya dan baca manual dan syarat-syarat bermain tu..dapatlah gambaran sikit.
pertandingan catur bistari peingkat negeri selangor adalah pada 11 oktober 2009.aku apa lagi, punyalah risau...hari sabtu 10 oktober, aku pergi open house rumah kawan-kawan aku dan balik dalam pukul 10 malam.sorang kawan aku si sue ni, tido kat rumah aku. dia janji nak praktis dengan aku main catur bistari hinggalah pukul 3 pagi...mainnya hentam jer...dua-dua pun tak pernah main.
pagi esoknya, sebelum subuh lagi aku dah bangun sebab sakit perut. inilah akibat makan banyak dan pelbagai makanan hentam je, kat open house.hehehe..banyak kali lak tu, berulang kat tandas...pukul 8 lebih kami pergi sarapan. aku minum jus oren...konon-konon nak menyucikan perut aku..
dah sampai kt amcorpmall, bepusing-pusing kat situ. rupanya game tu kat tingkat atas sekali. pas daftar, aku sempat p tandas dulu. nama aku untuk meja 5. aku tengok ramai yang pandai main. aku je yang tak pernah main. bila tengah main tu, bolehlak aku teringat macam mana aku main dengan su semalam, kelakar gila. ada yang kami main tu, tak betul pun...best pulak mainnya..hehehe..
pusingan pertama tu, semua orang buat pinjaman bank, aku jer tak buat.yerlah, aku kan tak pandai. takutler nak buat pinjaman. selepas tu, kena pulak arahan yang pelik2 yang mengurangkan gaji aku. aku sedih bila semua orang dan masuk lalauan kedua, aku belum lagi. seorang pemain cina ni, namanya soo jen ...... aku xingat yang belakang nama dia, offer aku untuk pinjam duit dengan dia untuk masuk laluan kedua. aku pun pinjamla...
bila masuk pusingan kedua, aku siap boleh tukar bisnes lagi dan aku jadi orang pertama kat meja tu yang masuk laluan ketiga. macam tak percaya jer...tapi bila habis permainan, aku ada banyak hutang, jadi kena tolak ler.....
apabila waktu penyampaian hadiah tiba, aku tunggu sebab nak tau siapa yang menang. kalau ikutkan perut aku yang lapar ni, nak je aku balik. masa dia umumkan kumpulan pertama yang masuk ke laluan jihad ialah kumpulan D kot. tak sangka lak lepas nama cina yang ramai, tiba-tiba ada nama aku...dan kumpulan aku juga naib johan untuk peringkat selangor.hahaha, kelakar. cam tak percaya. dapat hamper dan baucer kfc..dan yang paling tak percaya, aku terpilih antara 30 orang yang mewakili selangor...hahaha..macam tak percaya....