About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Monday 7 September 2009

mug..

semalam ketika ingin menutup suis lampu sebelum masuk tidur, aku terpandang sebuah kotak yang berada berhampiran pintu rumahku. kotak itu baru diambil dari rumah kawanku nida.sudah hampir 4 tahun kotak aku itu berada di rumahnya. aku pun teringin nak mengorek isi kandungan kotak tersebut. aku jumpa banyak mug yang dibungkus. ini semua adalah barang-barang aku ketika belajar di upm. mug ni kalu aku buka bungkusnya, banyak ni boleh digunakan. apabila melihat mug yang banyak-banyak ni, aku teringat peristiwa ketika di Kolej Matikulasi Pulau Pinang.banyak kenangan ketika di matrik yang boleh membuat aku tersenyum.
masa aku belajar di upm, ada satu mug yang sangat aku suka gunakannya. berwarna biru yang nak kelabu sikit. tapi sayang mug ni pecah masa aku kat top floor masria. mug tu adalah pemberian liza ketika aku di matrik.hadiah hari jadi. aku ingat lagi, masa birthday aku tahun tu, banyak juga aku dapat hadiah. kawan aku si liza ni tidak ketinggalan memberikan aku hadiah tetapi dia tak bagitau itu daripadanya. dia bagitau aku ada seorang budak lelaki bernama zahir yang bagi kat aku..zahir ni kawan aku juga tapi pada masa tu, kawan-kawan aku ni suka sangat menggosipkan aku dengan si zahir ni. selalu cakap zahir kirim salam kat aku. mula-mula aku ok dengan dia tetapi setelah rakan-rakan aku ni dok menggosip aku, aku akan larikan diri kalau nampak dia.
macam tu jugalah nasib mug tu. oleh kerana liza cakap zahir yang beri aku hadiahkan tersebut, aku langsung tidak membuka bungkusan hadiah tersebut. aku biar je kat bawah meja bersama dengan kotak-kotak yang telah dibuka. dahsyat juga aku masa tu.sampaikan selepas beberapa lama liza datang jumpa aku dan bertanya kenapa aku tak buka bungkusan tersebut. akhirnya dia mengaku yang dialah yang bagi hadiah tu, bukan zahir....barulah selepas itu, iamenjadi mug kegemaranku....