About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Friday 28 September 2012

perlukah aku bertahan ? ? ?

apa nak cerita ? ? ? pagi tadi aku bawa 4 org pelajar ke SMK(P) Sri Aman untuk Majlis Watikah PRS daerah Petaling Utama. 4 orang ni pelajar form 4. Kebanyakannya mengenaliku ketika mereka di tingkatan 1 dan menjadi PRS ketika di tingkatan 2. boleh dikatakan rapat dgn aku.

Masa perjalanan pulang,berbincang berkenaan program PRS dan permohonan untuk memakai uniform PRS tahun dpn. Tetiba salah seorang daripada mereka berkata 'cikgu, tak lama lagi PRS akan buat solat hajat". Aku bertanya kenapa. Tahu apa jawapannya? Sebab tak nak bagi cikgu pindah. kalau korang di tempat aku, apa korang rasa?

Aku rasa aku sangat tertekan , dan inginkan persekitaran baru. tapi benarkah mereka memerlukan aku? Perlukah aku terus bertahan hanya untuk mereka. Ya, aku akui,aku sayang semua PRS2 aku...terutama yg di tingkatan 4 dan tingkatan 3 sekarang. Aku bukanlah bias, tapi merekalah yg buat aku jadi kuat. Merekalah yg selalu membantu aku. Aku juga sayang budak2 sesi petang, yg memerlukan aku. tapi sampai bila aku harus di sini...... demi mereka...

Aku hanya memohon kepadaNya supaya terus memberi aku kekuatan.....untuk aku meneruskan segalanya.... memberi semangat dan membantu yg lain.....

Sunday 16 September 2012

Apa Ada Pada Nama ???

Sepanjang kehidupan kita mesti banyak nama panggilan atau nama manja atau nama samaran yg kita adakan...apa nama yg korg paling suka? nama panggilan byk yg sy suka. kalau nama samaran antara yg sy suka adalah ikma. sehinggakan menjadi alamat email saya..hehehe...

Dengan nama panggilan,kita boleh kelaskan org yg bercakap dgn kita tu kenal kita kat mana n siapakah dia. Terutamanya kalau org tu call atau sms kita,memang bolehla nk kenalpasti. Jadi kalau org nak kenakan aku tu,memang susah sikitla...

Kalau kt rumah, keluarga saya panggil saya Kakak. nama kat kampung org kenal dengan nama Zirah. Kalau mak2 sedara yg tak panggil Zirah akan panggil Dik Ah. Begitu juga dgn sepupu2 saya... kalau kawan2 sekolah rendah pun akan panggil Zirah. Bila naik sekolah menengah, akak2 kt asrama panggil Zirah. kalau adik2 panggil kak Zirah. tp kawan2 sekelas panggil aku RO-Z. glamor lah sikit. tp nama ro-z tu lebih glamor bila aku naik form 4. sampai cikgu2 pun panggil aku ro-z. Dalam ramai2 tu ada 2 org kawan aku panggil lain daripada org lain. Ayu panggi aku ME-Ah. Wan pulak Erah. memang pelikkan.

masa sekolah ni aku selalu gak menyamar. dan aku juga suka menulis jadi aku create watak dalam cerita aku dgn nama yg aku suka. antaranya ika mastura. dipendekkan jadilah ikma. gabungan namaku dan rakan2, ira ifira. dan nama yg bg aku sangat sweet, ainurzila. tak tau nape suka sangat nama ni.

Lepastu aku masuk matrik KMPP. kat sini ada ramai classmate aku masa sekolah menjadi classmate kat matrik. masa ni mula2 rumet aku panggil aku Ira. Sebelum ni kalau aku kenal org kt luar sekolah mmg akan panggil aku Ira. Tapi bila dah ada kwn2 sekolah,confirmla nama Ro-z tu menjadi glamor. Ingat lg,kt Bilik warden bila kwn2 aku sebut nama aku,ada warden dengar. Boleh nak tgk sapa yg nama Ro-z tu.huhuhu. pastu masa jumpa warden blok nak bgtau aku dh lama tukar bilik,suka sama suka. tiba2 dia tanya, kamu ni yg nama Ro-z kan...huhuhu..dia cakap dia dah tahu lama dah...parah...

Masuk universiti,masa orientasi,abg fasi tanya nak panggil apa?aku diam. last2 dia ckp panggil rozi. sejak itu ramai panggil aku rozi sampaila masuk praktikal,posting dan kebanyakan org skrg kenal aku dgn nama rozi. dulu masa sekolah xsuka org panggil rozi sbb mcm panggil nama aku xhabis. masa posting ada call cikgu BM masa sekolah dulu, Cikgu Ruslah, sebut Rozirah dia xkenal. sebut jer ro-z terus kenal. hehehehe...

Jadi nama yg kita gunakan, n beri kpd sesiapa pun ada maknanya. Jadi sesiapa yg ada anak,bglah nama anak yg senang diingati... :)

Saturday 15 September 2012

Aku Kecewa ? ? ?


Ramai yang tak mengetahui dugaan yang dialami oleh guru-guru masa kini. Memang benar, untung menjadi seorang guru. Tak ku nafikan. Tapi aku pernah juga bergaduh dgn rakan ku kerana dia kata Cikgu ni makan gaji buta. cuti 2bulan tp dapat gaji. dan masa tu aku jawab, agaknya kalau xde cuti 2 bulan tu, cikgu boleh jadi gila. Dan tahukah kalian, antra ramai yg menghuni Hospital Permai kt Tampoi boleh dikatakan golongan guru. dan aku tak nak jadi sebahagian daripadanya.

Aku menyayangi profesion ini. Aku rasa bahagia bila melihat kejayaan anak-anak muridku. aku gembira melihat mereka gembira tanpa mengira kaum. Aku sayang mereka semua. selagi mereka memerlukan aku, akulah guru mereka. sedia membantu. kadang-kadang aku rasa meluat tengok mereka yg bermasalah disiplin ni tetapi bila mereka aku di bilikku, hilang perasaan meluat itu. cepat  benar aku berubah. mengasihani dan cuba berempati dengan mereka. sedih melihat apa yg berlaku kepada mereka.

ketika di sekolah semalam, aku tidak tahu kenapa. ada rasa kecewa, ada rasa putus harapan ku. mengapa mereka begitu. ku berikan kasih sayang tetapi mengapa mereka terus-terusan begitu. melakukan kesalahan tanpa rasa bersalah. masih menyalahkan org lain.

kadang-kadang aku bertanya, akukah guru yg penyayang itu? atau akukah guru yang garang itu? aku kecewa dan kecewa. terasa ingin pergi jauh dari mereka. tapi mampukah aku. sampaikan aku semalam berkata nak berhenti kerja. nak cari laki kaya,dok rumah jer.... hahahaha. aku ?

aku hanya memohon pertolonganNya untuk berikan aku ketabahan dan aku perlukan sokongan rakan-rakan untuk aku meneruskan profesion ini. Aku telah ditakdirkan menjadi seorang guru. dan dari kecik lagi aku mahu jadi guru....  :)