About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 6 September 2014

kasih sayang cinta hormat .... di manakah???

mmmmm ..... bila teringat nk buat kerja ada je yg aku nak coretkan kat sini.
tiba-tiba teringat insiden kat sekolah semalam.
ceritanya begini....

ketika aku dan rakan-rakan kt bilik kaunseling tu tengah mengemas dan menyiapkan kerja,
pengetua telefon minta kami semua p pejabat.
jumpa dengan dia lah kan...

selepas perbincangan dan kerja2 yg perlu dilakukan dan diberitahu,
kami pun p la ambik sekotak besar fail untuk dibawa pulang ke bilik kaunseling.
aku usung kotak tu dengan ssorg kaunselor lelaki.
kat luar pejabat tu ada lah budak2 tingkaatan 1 ke 2...
aku mintak la tolong dia angkat kan kotak tersebut utk aku..
dia boleh jer tengok n lawan tolak dengan kawan sapa yg nak tolong...
eeee....geram je aku tengok.
sehinggakan aku tolak kotak tu kat kaunselor sorang lagi....

sampai kat tempat parkir kereta, tuan punya kereta belum sampai
panas pulak tu.
tiba2 adalah budak kelas tingkatan 2
datang tawarkan untuk tolong angkat kotak tersebut.
alhamdulilah....
ada juga yang sanggup tolong.

dah naik kereta turun la kat bilik kaunseling.
jauh jugak la nak jalan ke bilik kaunseling tu
tengok ada ramai budak ting 4 dok tunggu nak balik kat situ
aku n cikgu kaunseling perempuan yang 2 orang lagi panggil la budak2 tu
dalam 3 orang suruh tolong angkat...
tau apa yg diorg buat????

diorg tengok kami 3 ni macam tak kenal jer...
siap jalan lagi ke arah pintu pagar...
fuh, rasa menyirap jer...
selama 8 thn lebih aku jadi cikgu ni...
kat 2 sekolah sebelum ni...
tak jumpa lagi budak2 macam ni...

kat smk la salle dulu, pantang aku bawak buku ke apa, mesti ada yang nak tolong bawa
tak kira la pelajar melayu ke india ker, cina ke
kalau yg tak offerkan diri pun, kalau aku panggil mesti akan p kat aku, n tolong...
yang aku heran tu, budak2 ni kalau xsuka belajar, selalunya rajin bab2 gini..
ini tidak...

kalau kt la salle dulu, budak2 yg selalu tolong aku ni, 
selalunya yg ada mslh dspln mesti nak jer tolong aku..
maksudnya kalau malas belajar pun , ada juga yg diorg suka buat...

kita ni lahir kat dunia ni kan ada baik buruknya dalam diri kita...
dalam diri seseorang tu mesti ada benda baik yg dia boleh buat...
geram pulak aku dengan budak2 tu...

ada lah akhirnya 3 org kot yg tolong...
tu pun setelah ditunjuk dan dipanggil dgn dahsyatnya...

aku dgn kawan ku cikgu hafsah geram jer..
cikgu hafsah pun cakap, kat sekolah dia dulu bkn setakat budak melayu,
budak india pun suka tolong...

hihihihihihi.........

Hantu Korea. . . .

hehehehe.... tajuk kat atas tu bukanla bermaksud aku ni nak cerita pasal hantu.
cuma nak bagitau sekarang ni aku dah jadi hantu korea.
selama ambik pakej hd kt astro ni mula2 aku hanya dok tgk channel 720 n yg lain2 je.
pastu adik aku bgtau kt 393 ada Running man....
aku pun start la tgk running man..
mula2 running man jer, pastu ada tertengok  1 cerita yg pasal kwn dia bunuh mak dia tu..
sadis n sedih.... tu tgk dh episod2 akhir dah...

lepas tu boleh lak terlekat tgk cite Good Daughter Hana.
Running Man pantang ada jer tengok. 
Daripada Running Man tertengok lah cite Roomates.
Pastu tertengok cerita yg boleh tengok hantu tu.
So petang2 memang tunggu cite Master Sun.
Adik kau lak suka tengok My Love from the Star.
so aku layan gak sekali... 

Kadang2 cerita yg ala2 survival kat borneo tu pun aku tengok. 
sempat la tengok diorg makan sup biawak komodo tu...
eeeeeee.....
 yg bestnya mak aku siap tumpang sekaki...
tu mujo tak 24jam layan korea...
kang dahsyat lak aku...
skrg siap dah tau sikit2 nama ahli kmpln EXO...
sedangkan sebelum ni xminat pun k-pop..

cerita korea sebelum ni layan gak.
tp yg tayang kt tv3 n 8tv jerlah..

hahahahaha...jom siapkan kerja sekolah pulak..

Wednesday 3 September 2014

Erk... Fahrin lagi ....

Sebenarnya nak cerita ni pasal adik aku yg bongsu ni. 
Adik aku ni dah pun darjah 5 tp kepoh jugak la...
manja?? ada la jugak kan, anak bongsu. 

tadi pukul 7 lebih tu adalah buka cerita baru kt tv 3.
Apaker tajuknya lupa pulak...
Maaf aku xsempurna ke apa.
masa buka tadi, ada babak kat club kot.
tiba2 adik aku cakap xsukanya pompuan bibir nipis tu..
Aku pun tengokla sapa yg dimaksudkannya..
rupa2 nya Tasha Shila.
Dia boleh lak cakap Tasha Shila tu selalu berlakon jadi jahat.
Aku ok jer dgn Tasha Shila tu. 
Ceee...macam kenal lak.

Pastu cerita kat tv tu berenti nak iklan.
ternampaklah pulak cover citer tu ada gambar Encik Fahrin...
Tiba2 adik aku yg kepoh ni pun cakap..
Kakak ni suka Fahrin.
Tau tak berlakon tu haram.
Duit yang dia dapat tu haram.
Sebab berlakon tu peluk2 dengan perempuan....

Eh, adik aku ni.....
ke situ pulak...
Dia punya cakap tu mcm real jer aku suka kat Fahrin tu.
Macamla aku betul2 nak kahwin dengan Fahrin.
Bak kata adik aku sorang lagi, fahrin tu tak pandang pun aku.
Kalau tunggu Fahrin, memang tak kahwin la....

Ha, ha, ha , ha, ha.....

Monday 1 September 2014

Aku Orang Kampung

petang-petang cuti ni aku tak ada pun buat apa.
 hari ni basuh baju, sidai baju, lipat baju. itu je kerjanya..
nak p mengail ikan kt parit depan pun awal lagi. 
so dok la main gam ejap sambil tengok tv.
aku kan sekarang dok kampung, sambil tengok tv ni dengar la bunyi2 yg hanya terdapat kt kampung.
bunyi2 burung cak ni dok terbang kt celah2 bata bunga rumah aku ni .
pastu ada bunyi mesin padi tengah ambik padi kt tepi rumah aku ni.

tadi mak aku habaq ada banyak ikan dalam petak / sawah yang mesin tengah ambik padi tu...
ikan banyak dlm lopak2 air. 
aku kata kt mak aku p la tangkap, mak aku kata segan.
nak suruh adik aku ntah mana ntah dia p.
kalau 20 atau 22 tahun yg lalu, mesti time ni aku dan sepupu sepapat aku yg sebaya tengah berpanas di tengah padang dok tangkap ikan.

kalau kenangkan zaman kanak-kanak memang lawak. 
rasanya masa tu, aku dgn sepupu-sepupu aku hanya nampak biji mata ja.
yang lain mesti habis warna sama macam warna selut tu....
baju mau kaler putih tu dah xwarna putih....
hihihihihihi....

lepas tangkap ikan, ikan bawak balik bg mak atau tok besiang.
pastu nak basuh, terjun mandi dlm parit.

tu adik aku dah balik dengan kawan2 dia.
dah standby nak p tangkap ikan...hihihihihihi