About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Wednesday 16 July 2014

riuh rendah adik beradikku....

 serius, kadang2 aku pening kepala dengan kerenah adik-adikku..
almaklumlah selama beberapa tahun aku dok sorang-sorang je kt rumah.
yang selalu bising dan riuh adalah adik2 perempuan ku. 
2 orang adik prmpuan, sorg darjah 5, sorang ting 5.
memang bising n bingit....

tadi lepas berbuka, aku dok relax jap dpn tv, adik2 ku mula lagi, yg kecik tu dok ngadu pasal akak dia n sebaliknya....
aku pun cakap kat mak aku " awatla dapat adik pompuan 2 orang mcm ni....hingaqnya lah...
sakit kepala.... kan senang adik2 laki....
 diam ja xbanyak cakap..
tanya pun belum tentu jawab. kalau cakap pun kadang-kadang xdengaq"

hihihihihihi...sesiapa yg mengenali adik2 laki aku, tau la diorg mcm mana terutama si rafiq tu...

tau apa mak aku jawab???
mak aku cakap " kalau xcakap pun hg kata juga, balik buatpa kalau xmau cakap sepatah pu"
hahahahahaha....
aku selalu komplen, masa aku dok kl dengan si rafiq tu, kalau dia cerita kena bukak telinga besaq2, baru tau dia kata apa...

hahahaha, dlm family kami, anak cucu cicit tok yam n tok musa, memang terserlah geng2 pompuan yg paling hingaq.... 
10 org riuh macam ada berpuluh2 org....hahahahahaha...

Wednesday 9 July 2014

Anak muridku dibakar suami???

berat hati nak menaip...takut air mata yg ditahan dr siang tadi ni tumpah akhirnya. 

hari ahad haritu aku bawak mak pergi beli brg utk  masak kt nat. mlmnya selepas berbuka aku perasan ada metro online ceritakan berita suami bakar isteri dan terkejutnya tempat kejadian adalah di kampungku. tempat kejadian tu dalam 2km kot dari rumah aku. berhampiran dgn rumah sepupuku. kira jiran dia la...

aku pun call sepupu tanya betul ker kes ni berlaku kt rumah dia. dan sejak itu aku hanya dengar2 berita n cerita2 orang jer. serta ramai juga yg komen2 kt fb aku.....

dan.... akhirnya..... tengah hari semalam ketika aku masih di sekolah, seorang rakan sekerja ku ketika di smk tmr2 dulu, mesej aku mengatakan mangsa itu adalah anak murid kami di sekolah itu dulu. dia ckp spm 2009. 
terus ketika itu, otak aku menyambungkan sel2 ku dan terbayang muka seorang pelajar pmr 2007 dan aku ingat 2006 dia kelas 2b. ketika tu aku mengajar kelas 2a, 2c , 2d dan 2g. tp ramai juga pelajar kelas itu yg berkawan dgn aku di fb...

aku kan guru kaunseling di sana dulu...

dan ketika itu juga aku tersedar yg aku ada membaca status fb seorang anak muridku yg kelihatan sedih. rupanya status itu mmg ditujukan utk mangsa... aku semakin tidak keruan. aku telefon sepupuku untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa. ya benar.... aku bertanya kepada anak muridku yg juga kwn baik mangsa dan mmg benar..... apalagi nak dinafikan... 

terus aku bertekad untuk pergi melawatnya pada hari ini selepas sekolah. ingin mengajak danial anak muridku yg kini sedang belajar di unimap. tetapi dia berada di jb.

aku mengajak adikku temankan aku. ketika di sekolah tadi, aku buat muka kesian kt kwn aku, cikgu kaunseling gak, ajak temankan aku. alhamdulilah...... Allah membenarkan aku bertemunya...

kami sampai di hospital sultanah bahiyah dan di dpn unit kebakaran sblm pukul 4.00 ptg. masa melawat adalah pukul 4.3o.... 4.30 aku masuk bersama kawanku...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melihatnya... sayu dan pilu hatiku melihat dirinya.... sakitnya dapat kurasakan...kalau kita kena iron or air panas,kuali panas pun sakit, inikan pula dibakar.... sangat teringat cerita lisa surihani tu...legenda budak setan kot.... 

ketika aku melihatnya dari sebalik pintu biliknya itu, aku hanya mampu berdoa, agar dia sembuh. dan aku juga bermonolog memberi semangat agar dia kuat.....agar dia mampu kembali ceria. wpun aku tidak bersamanya sehingga dia habis form 5 tp aku ttp terasa sedihnya perkara itu berlaku...

jika itu apa yg aku rasa, bagaimana hati ibunya....moga Allah memberi kekuatan kepada semua yg berada di sekelilingnnya dan menyembuhkan syafikah kembali...hanya doa yg mampu cikgu berikan untukmu..... 

insyaAllah jika ada rezeki cikgu akan pergi lagi melawat dirimu....cikgu harap kita dapat berbual2 dan membalas senyuman selepas ini.....kuatkanlah dirimu anakku....

tadi tak sempat jumpa dgn family dia.... 
dah.... saya harap semua orang mendoakannya agar dia kembali sihat spt sebelm ini...

Sunday 6 July 2014

rAMadhan 2014

Assalamualaikum..... Selamat berpuasa semua...
Dah lama tak menulis. hari ni dah masuk hari ke 8 kita semua umat Islam berpuasa. Gembiranya bulan puasa tahun ni sebab ... dpt puasa kt kampung dengan family n dah tak perlu berbuka puasa kt dalam kereta seperti yg dilalui selama 6 thn... 
Syukur sangat. tapi thn ni jgn harap la nk turun berat mcm thn - thn sblm ni kan..hihihi... sepanjang bulan puasa ni kalau ada kesempatan, aku buat jual kuih utk berbuka. hari mula-mula aku jual roti jala. hari kedua buat buah melaka. hari-hari sterusnya tu ada meeting sampai ptg. mak ada buat jual lopes. hari jumaat aku jual roti jala lagi. dan hari ni kena buat juga sbb ada request dari customer. marah dia tak pergi jual kat rumah dia hari Jumaat hari tu.
sekejap tadi ni dok cari resepi nak buat biskut raya. ingat tahun ni nak buat biskut yg lain sikit daripada selalu. antara yg teringin nak buat, biskut lidah kucing, crunchy almond n biskut marrie coklat bar. selalu buat kek batik je..... hihihihi.... harap2 bukan angan2 je. ataupun beli bahan tp kuihnya tak pernah jadi. macam beli alat buat roti ni, tp xpernah lagi guna dah 7 bulan kot.