ok sambung lagi. selepas siap kat kandang gajah besar tu,kami pun berjalan turun ke bawah ke kandang anak gajah pula. cute mute anak2 gajah ni... rasanya yg paling kecil tak sampai 2 tahun pun. dijumpai seekor diri, mungkin ditinggalkan oleh ahli keluarga. yg sedihnya ada sekor tu tak ada tapak kaki. terkena jerat kt dalam hutan. nama-nama mereka ni pun unik. rupanya namanya diberi berdasarkan nama tempat dia dijumpai... hihihihi..agaknya kalau jumpa kt batu pahat, mesti nama dia batu kan...kalau bukit bintang, panggil bintang kot...hihihihihih....
selepas tgk anak gajah jln balik kt dpn utk berkumpul. pastu rupanya kena pergi semula kt tmpt anak gajah tu sbb nak bg mkn gajah pulak. ok..aku suka..xla seram kan nak bg mkn gajah. ada disediakan buah betik utk gajah makan. tp tengah bagi mkn tu aku terkejut sbb dia tak ambik makanan yang aku hulur tapi dia ambik kt pergelangan tangan aku..hihihihi....takut juga aku ni rupanya..sekali lagi tu,terpercik air liur dia kat muka aku. dah habis bagi makan, bergambar beramai2.tp aku tak ada gambar tu. seterusnya beralih ke aktiviti mandikan gajah.
|
ni diorg tengah mandikan gajah.
Selepas mandikan gajah ni, kitorg pun bergerak balik. naik bas dan balik ke homestay sri murni semula. makan tengah hari dulu. lepas makan tengah hari mandi dan solat lepas tu bersedia untuk pergi ke sangkar ikan patin pula. aku kan antara peminat ikan patin ni jadi excited gak nak tengok . ikan patin ni dibela di dalam sangkar di dalam Sungai Pahang. tapi tengok sungai airnya macam surut sikit. pemilik sangkar ikan patin ni ada bagi taklimat sikit. Apa bezanyaa ikan patin sungai, ikan patin sangkar dan ikan patin yang dibela di dalam kolam.
Selepas itu kami dibenarkan untuk turun tengok kat sangkar tu. aku pun apa lagi, mesti la tak lepaskan peluang ni kan.
|
|
pemiliknya menunjukkan ikan patin yang dibela |
|
sempat bergambar kat sangkat ikan patin.
Selepas itu kami dibawa ke bandar temerloh. Ada pasar terpanjang di Malaysia tapi pasar tu hari Ahad kot. jadi tak dapatlah tengok. hanya diberitahu jer. ada yg naik jambatan gantung tp aku tengok jer kat tepi sungai tu.
|
No comments:
Post a Comment