berat hati nak menaip...takut air mata yg ditahan dr siang tadi ni tumpah akhirnya.
hari ahad haritu aku bawak mak pergi beli brg utk masak kt nat. mlmnya selepas berbuka aku perasan ada metro online ceritakan berita suami bakar isteri dan terkejutnya tempat kejadian adalah di kampungku. tempat kejadian tu dalam 2km kot dari rumah aku. berhampiran dgn rumah sepupuku. kira jiran dia la...
aku pun call sepupu tanya betul ker kes ni berlaku kt rumah dia. dan sejak itu aku hanya dengar2 berita n cerita2 orang jer. serta ramai juga yg komen2 kt fb aku.....
dan.... akhirnya..... tengah hari semalam ketika aku masih di sekolah, seorang rakan sekerja ku ketika di smk tmr2 dulu, mesej aku mengatakan mangsa itu adalah anak murid kami di sekolah itu dulu. dia ckp spm 2009.
terus ketika itu, otak aku menyambungkan sel2 ku dan terbayang muka seorang pelajar pmr 2007 dan aku ingat 2006 dia kelas 2b. ketika tu aku mengajar kelas 2a, 2c , 2d dan 2g. tp ramai juga pelajar kelas itu yg berkawan dgn aku di fb...
aku kan guru kaunseling di sana dulu...
dan ketika itu juga aku tersedar yg aku ada membaca status fb seorang anak muridku yg kelihatan sedih. rupanya status itu mmg ditujukan utk mangsa... aku semakin tidak keruan. aku telefon sepupuku untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa. ya benar.... aku bertanya kepada anak muridku yg juga kwn baik mangsa dan mmg benar..... apalagi nak dinafikan...
terus aku bertekad untuk pergi melawatnya pada hari ini selepas sekolah. ingin mengajak danial anak muridku yg kini sedang belajar di unimap. tetapi dia berada di jb.
aku mengajak adikku temankan aku. ketika di sekolah tadi, aku buat muka kesian kt kwn aku, cikgu kaunseling gak, ajak temankan aku. alhamdulilah...... Allah membenarkan aku bertemunya...
kami sampai di hospital sultanah bahiyah dan di dpn unit kebakaran sblm pukul 4.00 ptg. masa melawat adalah pukul 4.3o.... 4.30 aku masuk bersama kawanku...
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melihatnya... sayu dan pilu hatiku melihat dirinya.... sakitnya dapat kurasakan...kalau kita kena iron or air panas,kuali panas pun sakit, inikan pula dibakar.... sangat teringat cerita lisa surihani tu...legenda budak setan kot....
ketika aku melihatnya dari sebalik pintu biliknya itu, aku hanya mampu berdoa, agar dia sembuh. dan aku juga bermonolog memberi semangat agar dia kuat.....agar dia mampu kembali ceria. wpun aku tidak bersamanya sehingga dia habis form 5 tp aku ttp terasa sedihnya perkara itu berlaku...
jika itu apa yg aku rasa, bagaimana hati ibunya....moga Allah memberi kekuatan kepada semua yg berada di sekelilingnnya dan menyembuhkan syafikah kembali...hanya doa yg mampu cikgu berikan untukmu.....
insyaAllah jika ada rezeki cikgu akan pergi lagi melawat dirimu....cikgu harap kita dapat berbual2 dan membalas senyuman selepas ini.....kuatkanlah dirimu anakku....
tadi tak sempat jumpa dgn family dia....
dah.... saya harap semua orang mendoakannya agar dia kembali sihat spt sebelm ini...
Kak Zirah, umah dia area belakang2 umah husband kami..
ReplyDeletesedih kann.. baca berita kat metro online tu, tgk gambaq umah dia, belakang2 matin tu...huhuhu..
harap2 dia stabil dan selamat...
semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ni.
tulah linda. dekat area situ lah.ingat lps ni nak p melawat lagi..
ReplyDelete