About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Tuesday, 25 March 2014

Kenduri di Tempat Baru

                         Dah lama tak mencoret kan..Sejak dapat pindah ni.... Macam-macam berlaku...tapi nak cerita yg paling dekat n teringat di hati.... Cewah..ye ker...

                          ok. hari Ahad baru2 ni, ada kenduri di rumah cikgu sekolah baru aku ni... Ada dua buah kenduri. Jadi Pengerusi Kelab Guru dia ada sewakan bas untuk kitorg pergi... Bayar sorang sepuluh ringgit boleh bawak berapa ramai pun.. Aku ajak adik aku Radziah temankan...

                     Pukul 11 berkumpul kt sekolah. pukul 12.00 tengah hari gerak . mula-mula ke rumah Cikgu Ana. Dia yg kawin. sebenarnya aku tak kenal pun, tp dapat kad jemputan aku pergilah. Niat hati nak mengenali cikgu-cikgu kt sekolah baru ni. mengeratkan silaturrahim.... rumah dia kt Behor Gonchar. Lepas tu ke rumah Cikgu Ismail. Cikgu Ismail ni memang jemput aku kt bilik kaunseling. bagi kad sekali. Cikgu Ismail ni anak dia kawin... Macam-macam makanan ada kt sini. Aiskrim malaysia pun ada. Siap ada ikan goreng tepung. Yerlah dok kt kuala perlis, mestilah senang dpt ikan fresh kan...

                       Bagi aku oklah ikut rombongan Kak Maziyah ni. dapatla aku mengenali kak Azizah Ahmad yg mana, Kak Mariani. selama ni dok baca kt wasap jer...hehehehehe...






Lepas ni nak g lawatan kt tempat lain pulak.... 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget