About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 18 September 2011

Jalan-jalan Rayaa..

Dah lama tak menulis kat sini. buzy? mungkin ya,mungkin MALAAAAAS...
Semalam janji dengan cikgu 1 sekolah, kak Asmah ke kenduri kat Sri Sentosa. Antara kawasan yang meninggalkan banyak kenangan...kenduri ni rumah nenek kepada pelajar aku. Aku dijemput oleh pelajar aku ni. Salah sseorang klien aku dan mak dia antara mak yang mengambil berat tentang masalah anaknya. kan best kalau ramai ibu bapa seperti ini.


Selepas kenduri, kami bergerak ke Puncak Jalil. Rumah kak Jamaiah. Akak ni baru berpindah daripada sekolah aku ke SMK Pusat Bandar Puchong. Sampai kat rumah dia,,biasalah dah lama tak jumpa,banyakla ceritanya. Banyak juga cerita daripada bilik guru La salle diceritakan. Antaranya cerita tentang kelahiran dan kematian. 


k.jamaiah pun ada juga cerita yang boleh dianggap menarik. lagi menarik mendengarnya dengan gaya k.ja yang bersungguh bercerita. dia ceritakan ada seorang cikgu ni baru kematian isteri. isterinya baru bersalin dapat kembar 3. Meninggal bukan sebab melahirkan kembar tersebut tetapi sebab jatuh dalam bilik air. Semangat kita orang mendengar siap bertanyakan soalan lagi. di akhir cerita ada 1 soalan daripada si pencerita "siapa nak jadi penggantinya?" kitorg terkedu,HAAA??? Rupanya cerita ada maksud....Berdekah2 kitorg ketawa. jawapan daripada kak Asmah"lah..tadi cakap dah sewel,,tak nak lah...".Aku hanya mampu ketawa. Soalan dan cerita yang tidak disangka....


Selepas itu kami ke Sale MPH kat Seksyen 13. Aku beli 2 buku dan selepas hantar K.asmah ambik keretanya,aku ke rumah sepupu aku kat Cheras. hampir pukul 11 baru sampai kat rumah. 



No comments:

Post a Comment