About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 25 September 2011

PROGRAM WAJA DIRI 2011

Semalam 24 September 2011,alhamdulilah selesai 1 program anjuran unit b&k dengan kerjasama unit disiplin. Penat memanglah penat, keluar rumah pukul 6.30 pagi,sampai rumah hampir pukul 7.00 petang. Tapi penat itu mungkin rasa terbalas jika melihat anak-anak muridku bergembira atau lebih bagus mereka berubah.


Peserta-peserta program pelajar tingkatan 1 dan 2 Smk La Salle,Pj. Sudah pasti pelajar-pelajarnya semuanya lelaki. Sedikit rasa kecewa apabila daripada 41 peserta yang disenaraikan,hanya 22 sahaja yang hadir. aku tahu,bila buat hari Sabtu,peserta akan kurang daripada jumlah sebenarnya. Tahun lepas kesemuanya hadir kerana dijalankan pada hari persekolahan. Nanti dalam laporan aku akan cadangkan.


Program dimulakan dengan Ice breaking daripada Pegawai daripada Pejabat pelajaran Daerah. Pn Norafiza. best...salah seorang penceramah yang aku suka.kalau dlm kursus2 kaunseling,dia selalu ada dan pastinya gelak tanpa henti....


seterusnya pegawai daripada AADK Daerah petaling. ceramahnya best,tak membosankan. rupanya bekas guru. tak sempat aku nak bertanya lebih kat dia. tp rasanya mesti dah kawin kan...:) selepas itu rehat. Waktu rehat ni,selepas mkn ada aktiviti moral n tazkirah utk pelajar Islam. Masa ni lah aku baru nak praktis aku punya slot.

 seterusnya pukul 2,slot aku. Aku hanya pasangkan video2 yang aku rasa boleh membuatkan mereka menghargai kedua ibu bapa dan tidak hanya menyalahkan keduanya. tayangan video,proses kejadian manusia,kelahiran secara caesarian,video buang bayi,dan lagu ayah n ibu yg mana org tua2 tinggal di rumah2 kebajikan.sampai kt part penghayatan,suruh mereka tutup mata. aku dah lakukan yg terbaik tetapi aku rasa kurang feel...masa ini aku menerima bantuan daripada Xstudent ku yang kini sedang belajar psikologi kat UNISEL. 


seterusnya aku mintak peserta membuat kad untuk ibu bapa dan meluahkan perasaan mereka. walaupun mereka tidak menangis tp aku  lihat ada beberapa orang yg diam saja selepas itu. diharap ada kesedaran dalam diri mereka.


majlis penutup menjadi sedikit caca merba bila bos baruku tiba2 ambik mic dan mula berucap. MC - MC ku dah panik. tapi akhirnya berjalan dengan lancar. hmmm...ada beberapa peserta yang menonjol. antara peserta yang dicalonkan utk peserta terbaik ialah Muhammad Danish,Abdul Muaz dan Darshan. Akhirnya kami memutuskan Abdul Muaz sebagai peserta terbaik. tapi aku sedikit terkilan dan sedih,apabila ibu bapa kepada kedua peserta ini tidak hadir. kalau aku sedih,aku xtau apa perasan mereka. ketika pengetua bertanya,adakah ibu bapa kamu hadir,dia menjawab dalam perjalanan.dan ketika penyerahan kad kepada ibu bapa,anak2 ini tidak dapat menyerahkan kad tersebut


kepada ibu2 bapa sekelian,saya tidak salahkan kalian,mungkin ada masalah tersendiri.tetapi tak boleh ker kalian luangkan sedikit masa untuk anak2 mu agar mereka rasa dihargai. pelajar2 ini ada kesedaran untuk berubah,membina kejayaan tetapi tanpa sokongan daripada kalian,mereka akan rasa diri mereka tidak dihargai dan segala apa yg mereka akan lakukan tidak bermakna apa2. Untuk semua peserta,cikgu menyayangi kalian....lakukanlah perubahan utk masa depan kalian. cikgu sentiasa ada bersamamu...


terima kasih juga kepada PRS yang membantu. Syabas terutama kepada Pengacara majlis. Ini adalah satu platform untuk anda terus berjaya. Cikgu pun sayang korang semua. tapi perlu lebih matang ye.....



No comments:

Post a Comment