About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday, 12 February 2011

jatuh cinta lagi???

Rasanya macam2 perasaan yang aku rasai 2,3 menjak ni....Cabaran dalam hidup semakin hebat sejak kaki melangkah menghampiri 29 tahun kehidupan ini... kadang - kadang rasa gembira yang tak tergambar. kadang-kadang tak ada perasaan...hehehehe....tak semua yang mengenaliku betul2 kenal aku.


Aku masih seperti dulu. Apapun yang kurasakan pasti akan disimpan. Hanya padaNya tempat aku mengadu....senang,xada rahsia yang akan terbongkar...hahaha....


Aku masih seorang guru,walau kadang-kadang terlalu banyak perngorbanan yang perlu dilakukan dalam profesion ini. Pengorbanan yang kadang-kadang membuatkan seorang guru menjadi tidak ikhlas dengan kerja yang dilakukan sedangkan inilah tanggungjawab yang telah diamanahkan yang perlu digalas dan dilaksanakan sebaik mungkin..


Mungkin bagi seorang pelajar,mengangkat tangan dan memberitahu cita-citanya adalah untuk menjadi seorang guru,mungkin membanggakan,tapi ketahuilah realiti menjadi seorang guru... perlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi. kalau yang jenis asyik menangis ni,tak taulah..hehehe..itulah yang selalu aku katakan kepada adik perempuanku yang kuat menangis tu...


Aku selalu terfikir untuk bertukar sekolah. tapi janganlah mengharap untuk aku berpindah balik ke kampung. Alasan ku untuk tidak balik kampung menjadi kukuh sejak adik2 ku juga belajar di sini..SELAMAT..... Aku hanya ingin bertukar daerah. Kadang-kadang rasa perlu mencari tempat baru tetapi kini aku sedar sekali lagi aku hampir jatuh cinta untuk kali kedua. Sebelum ni aku sedih meninggalkan cinta pertama TMR2. tapi kini LSPJ telah membawa sinarnya... pelajar2 ku,PRS2 ku..... kamu semua membuatkan cikgu berfikir lebih daripada sekali untuk meninggalkan LSPJ.


Mungkin tak semua warga LSPJ yang menyenangi kewujudanku di sini,tapi tanpa kusedari sudah lebih 3 tahun aku di sini...masih bertahan...mengharapkan kasihnya mekar selamanya....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget