About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 22 June 2013

Bahana Teknologi Maklumat yg Canggih...

Tengok tajuk cam ngeris kan???hehehehe... Pagi tadi time aku dok rumah sebelum ke sekolah, siapkan kerja sebelum berjumpa pelajar kt sekolah nanti. Sesambil tu untuk memudahkan kerja aku, aku pun buka la group kat whatsapp . Niat aku baik ni. Nak berbincang...Tengok2 pastu...fuh.....suasana tegang..Aku tak taula apa niat yang sorang ni...sama ada dia bergurau atau memang niat dia.... Terus aku terdiam dan tak masuk campur sbb memang macam sesi meluah perasaan antara satu sama lain...Tragis...

Ini lah aku nak bagitau, antara keburukan kita menaip. Bukan bercakap. Kadang-kadang bila menaip, kita sampaikan dengan nada kita yang mungkin happy atau bergurau. Tapi mesej yg sampai kepada pihak satu lagi mungkin dia merasakan kita marah, menghina atau yg lain daripada apa yg kita maksudnkan. ini boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Sedihkan. Teknologi yg kita harapkan dapat membantu meng eratkan hubungan silaturahim telah menjadi sebaliknya. ada disediakan icon emosi tetapi berapa org yg menggunakannya...sama juga seperti status yg di update kt dalam fb. lain orang yg membacanya, mungkin lain mesej yg diterima....dan kadangkala menyinggung perasaan...


:)

No comments:

Post a Comment