About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Wednesday 19 June 2013

AKULAH PERANTAU . . . .

   Entah kenapa dari petang tadi aku rasa sedih. Apatah lagi bila mengenangkan kemungkinan keputusan eg tukar ialah pertukaran anda tidak diluluskan. aku juga tak tahu mengapa sejak dua menjakni aku asyik terfikir dan inginkan sangat berpindah balik ke kampung halamanku. Aku dah bosan kat sini. Boleh aku kata macam tu? Aku dah jemu hidup di sini.
  Dari kecik dulu, aku suka tinggal dgn tok. Sehingalah bila adik aku meninggal, aku balik duduk dengan mak n ayah aku. Lepas tu Tok pun meninggal. Selepas itu bermulalah hidup aku di asrama. Tapi masa ting4 aku keluar dari asrama dan terus tinggal di rumah.... Aku sibuk dengan pelajaran ku setiap hari di sekolah. habis spm,bulan 2 aku dapat tawaran masuk kmpp. Result spm belum keluar ketika itu. tahun depannya aku masuk upm. selama 4 tahun aku di sana. sambung praktikal mac-julai 2005.
 Habis jer praktikal, aku terus balik kampung kerana mak sakit dan aku perlu menjaga adik2 aku yg masih kecil. ketika itu adik yg bongsu baru berumur 2 tahun. Sebulan sahaja aku membantu keluarga di kampung,aku perlu pergi lagi kerana aku bakal diposting di johor bahru.12 september 2005 aku melaporkan diri di sana.
  banyak yg aku pelajari di smk tmn mutiara rini 2. bersama rakan2 yg kusayang...anak-anak muridku....akhirnya hujung 2007 berakhirnya tanggungjawab ku di sana apabila borang pindah yg aku suka2 isi tu permohonannya diluluskan.sedih masa mula2 tahu keputusannya..ingat lagi time tu selepas majlis mkn2 cikgu2 ptg aku drive sorang2 melayan perasaan kt danga bay....
  akhirnya aku diletakkan di smk la salle, petaling jaya.sebelum melaporkan diri, aku pernah ke jps kt shah alam tu untuk tukar ke petaling perdana. tapi katanya, dudk dulu kt situ, nanti kita tukar...selama 3thn aku di situ, tidak berniat utk berpindah kerana adik ku belajar di situ. tapi bermula 2011 aku mula memohon tukar...ke petaling perdana. ditambah pula aku dah beli rumah kt sini...tapi selalunya permohonan tak diluluskan...
  kemuncak perasaan ku terlalu meronta2 untuk berpindah pada hujung tahun lepas. Apabila diri ini disakiti....ditambah lagi dengan keadaan jalan yg sesak...tahun ini, pada awalnya aku rasakan aku mampu bertahan. aku mampu menjadi aku yg dulu. aku mampu menjalankan tanggungjawabku sepenuhnya dan sebaiknya. tapi aku salah...aku ingin sangat pulang ke kampung.... bersama keluargaku,membantu mereka....bersama mereka susah dan senang....cukuplah aku di sini.....selama 6thn ini,dah tak sanggup lagi....
maafkan cikgu,anak2 muridku....maafkanku.....cikgu sayang kamu semua tp sampai bila cikgu akan menunggu kamu.suatu hari nanti, kamu pasti pergi tinggalkan cikgu.....

No comments:

Post a Comment