About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Thursday 5 January 2012

Hari Pertama 2012

Hari Rabu,4hb Januari 2012, hari pertama persekolahan untuk tahun ini. Seperti biasa aku akan terlibat dengan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. So hari ni aku keluar rumah dalam pukul 11.50 dengan baju kurung Pahang dan selendang biruku...
Sampai sekolah, banyak sangat benda nak buat. hehehehe.boleh membuatkan aku lupa segalanya. Time tu lah juga ibu bapa pun nak jumpa. Ish....Seterusnya selepas selesai tugas2 itu, aku ke dewan dalam jam 2.55 untuk meneruskan program orientasi. kat dalam dewan tu macam pi sauna. Panas!!!!. Kalah Melodi...hehehehe. Selepas taklimat disiplin, rehat tapi aku duduk jer kat situ. Aku mintak seorang pengawas ni belikan aku air. Aku takla lapar sangat sebab dan breakfast makan nasi kat rumah.

Seterusnya bermulalah Roadshow Kokurikulum. Bagi masa sekejap jer tapi punyalah ramai yang kena bagi taklimat tentang Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan. Aku punya pun tak sempat nak buat. Roadshow terpaksa dihentikan walaupun belum habis sebab dewan ada orang nak guna sampai 5.35 lah kiranya.

Pastu masuk bilik guru dan berjumpa dengan Penyelia Petang. Ada jadual yang perlu dirombak untuk hari esok. Lepastu dia ada pesan suruh bagitau budak bawak pamplet masa hari oreintasi haritu kerana kat situ ada lirik lagu. Aku pun terus ke bilik guru dan memberitahu guru-guru tentang perubahan jadual.

Seterusnya dah lepas 6.30 aku pun p tutup bilik aku. Mujur dah ada orang nak tolong tutup. hehehe.almaklumlah aku bukannya sampai. pastu aku ke bilik guru semula menyelesaikan apa yg patut. Ada makanan.... Pulut sekaya atau dalam bahasa di sini, seri muka...aku makan seri muka tu,rasa pulut dia mcm masin. orang lain ckp ok jer..aku jer rasa masin. hmmm...agaknya aku xbasuh tangan kot ek...ntah apalah yg aku pegang. So aku kena lah dengan cikgu2 lain,diorg ckp org yg mkn rasa masin ni tandanya tak lama lagi nak kawin. Huh. Dah la sebelum tu Si Maliha n Fikri cakap aku pakai cantik2 mcm tanda2 orang nak kawin. Ada lak gitu...

Masa loceng dah bunyi baru aku teringat sesuatu...aku lupa nak bgtau seorang budak ni, mak dia pesan suruh naik bas sekolah....Mcm manalah boleh lupa. xpasal2 aku pusing kat semua tmpat budak tunggu bas. kat depan sekolah pun aku tanya. dahla aku xkenal budaknya muka cam mana.tau nama jer...dah dipastikan takde sapa2 lg kt bus stand aku pun balik. di tengah perjalanan baru aku ingat yg aku lupa bgtau budak suruh bawa lirik lagu sekolah tu. hua hua hua...naper asyik lupa jer..

Dah sampai kat pasar malam aku pun g lah pasar malam. beli kepak ayam n air jer. nasi dah ada kat rumah. elok sampai dalam rumah aku baru perasan...rupanya aku tak tutup pintu belakang. Apalah nak jadi. mujur belakang tu ada besi cam kt jail tu. jadi takde la org perasan aku xtutup pintu....harap2 esok aku tak lupa lagi.....

2 comments:

  1. Selain guru yang baik, kau memang boleh menjadi seorang ibu yang baik. Perghh!

    ReplyDelete
  2. Aik naperlak jadi ibu yg baik??? pelupa pun baik ker?

    ReplyDelete