About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 10 December 2011

Aku nak kawin dengan..........???

Tiba-tiba tergerak hatiku untuk menaip. Ini semua selepas terbaca blog iluvIslam tentang Kenapa Saya Masih Solo. Ada kena mengena dengan aku. Walaupun aku sudah berumur 29 tahun 1 bulan 20 hari mungkin, tapi aku masih belum kelihatan seperti orang yang ingin berkahwin. Bukan kerana aku tidak bersedia atau tidak mahu berkahwin tapi mungkin seperti yang dikatakan di dalam blog tersebut, jambatan yang perlu aku lalui mungkin lebih jauh daripada saudara maraku yang lain.

Aku tidak bersedih dengan keadaanku sekarang. Tetapi kadang-kadang sedih dengan orang sekeliling ku yang tidak memahami diriku. Mungkin mereka rapat denganku tapi dengan senangnya mereka menuduhku seorang yang memilih dalam soal mencari pasangan hidup ni. Dan seperti yang selalu dikatakan oleh rakan sekerjaku, kita memang perlu memilih, tak kan la senang2 jer nak sambar sesiapa yang ada kat stesen bas atau sesiapa saja yang cakap sukakan kita, terus kita nak kawin dengan dia tanpa mengetahui siapa dia yang sebenar dan bagaimana keadaan dia. Perkahwinan bukanlah sekadar mempunyai pasangan. Orang yang berkahwin boleh bermegah-megah yang dia telah berkahwin dan aku belum. Seronoknya berkahwin tu. Ya, aku akui perkahwinan itu memang menyeronokkan jika kita betul2 bersedia seperti kebahagiaan yang aku lihat pada perkahwinan kawan baikku.

TAPI, berapa banyak perkahwinan yang hanya pura2? Bahagia di hadapan orang lain, tetapi hakikatnya anda belum bersedia berada di alam perkahwinan. Berapa ramai yang melakukan dosa selepas bergelar seorang isteri bila tidak menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan mungkin juga mengabaikan tanggung jawab bukan sahaja sebagai seorang isteri tetapi sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Ada juga rakan-rakan yang kulihat bermain kayu tiga dibelakang suami tanpa rasa takut. Dan apa gunanya berkahwin awal jika usia perkahwinan itu sentiasa didengarkan dengan perkataan cerai. Ramai juga rakan-rakan perempuanku yang dengan mudah sering meminta cerai dengan suami mereka kerana tidak tahan hidup susah dengan suami mereka.

Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tapi aku ada impian yang ingin dicapai. Aku ada keluarga yang memerlukan sokongan aku. Setiap perjalanan hidup manusia tidak sama. Anda semua tidak merasai apa yang kurasakan. Kita tidak punya keluarga yang sama, dan tidak punya tanggungjawab yang sama dan kita juga tidak berkongsi hati yang sama. Hidup aku, tidak mahu menyusahkan orang lain. Aku redha dengan takdir Illahi. Aku tidak pernah salahkan takdir atas apa yang berlaku. Aku gembira dengan hidup aku. Aku tidak peduli dengan kata-kata orang lain.

Aku tidak pernah berkata aku tidak mahu kawin. Aku tidak pernah berkata aku tidak perlukan lelaki. Tetapi   aku tidak mahu bermain dengan api. Aku tidak mahu terburu-buru. Walaupun umurku diambang 30an tidak bermaksud aku akan menerima sesiapa sahaja tanpa banyak tanya. Bolehkah lelaki itu bersabar denganku? Bolehkah dia memahamiku? Aku mungkin sanggup menerima seorang duda jika dia memahamiku, tidak mengongkong hidupku, menerima aku dan keluargaku seadanya dan yang pastinya mempunyai pegangan agama yang kukuh. Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana semua orang berkahwin. Di saat ini aku belum bertemu dengan orang yang dapat memahami dan menerimaku seadanya. Aku tidak suka orang yang suka membuat keputusan untuk diriku atau kehidupan ku di awal perkenalan sebelum adanya sebarang ikatan......

AKU SAYANG DIRIKU>........

4 comments:

  1. Jangan risau, satu hari kau akan kahwin juga...

    ReplyDelete
  2. aku tak cakap aku risau kan...cuma meluahkan apa yg aku rasa... :)

    ReplyDelete
  3. Hehehe... Same here Missy. Pandangan & perasaan awak sama dengan akak... Biarlah Allah yang tentukan tarikh dan masanya.

    ReplyDelete
  4. thanks kak...sori xperasan komen ni... Kita tau siapa kita kan... :)

    ReplyDelete