About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Monday 7 April 2014

Ekspedisi Students Voluntourism Perlis ke Pantai Timur anjuran Tourism Malaysia Perlis(EPS2)

Ok. Sambung yg episod pertama haritu. Lepas tol DUta tu terus bergerak ke Temerloh. Sampai kt sana dlm pagi lah.... Subuh dah. kiranya aku tido sampailah ke Homestay Seri Murni tu. Memang tak payah la tanya jalan, memang tak tau.. ktorg dibahagikan kepada bilik kt homestay tu. 1 bilik 4 org cikgu. aku kena sebilik dengan cikgu2 dari smk perlis, smkap kangar, smk kuala perlis. kak siti, kak tengku maria n kak zuraini. mereka ok sesangat. boleh mesra lah dengan diorg.lepas tu siap2 g breakfast n nak gerak ke tempat gajah tu.. mereka suruh bawa baju spare sbb nanti akan basah sebab ada aktiviti mandikan anak gajah.

Lama juga perjalanan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ni. Jalan dia pun boleh tahan juga la..masa ni aku naik bas duduk sebelah kak Suziah sekolah Dato Jaafar Hasan. Sampainya  di sana, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan akan bergerak ke kandang gajah besar dulu dan 1 kumpulan lagi akan bergerak ke kandang anak gajah. aku masuk group yang ke kandang gajah besar dulu. fuh...mujo pakai kasut sukan. perjalanannya melalui jalan yg menaik bukit. boleh tahan jugaklah peluhnya itu... best-best sangat.... ok dah sampai kat kandang tu kami diberi taklimat oleh org dari tourism pahang. tak ingat nama encik itu. Lelaki. nampak macam hensem jugakla..hihihi..

apa yg kami perlu lakukan adalah memberi makan kepada gajah2 ini, membuang tahi gajah dan juga mengambil dan mengangkat makanan2 nya. gajah ni boleh makan sepanjang masa. takde time makanlah kiranya tapi penjaga di akt sini bagi mkn ikut time la. masa ni lah tali kasut aku meleret. terkenalah air tahi gajah ni..harum sangat baunya..hihihihihi.

ni tengah bagi gajah makan dedak.

daun2 ni pun ruput gergasi ni akan jadi makanan gajah

ni tengah masukkan tahi gajah ke dalam lori


ada lagi nak cerita pasal lawatan gajah ni tapi rasa mcm nk sambung nanti jer....soo tunggukan kemunculan episod seterusnya....

2 comments:

  1. Wow. Bestnya aktiviti mcm ni. Ro z, ang under kaunselor ke?

    ReplyDelete
  2. bukan liza. ni under kelab pelancongan dan kebudayaan. link dgn tourism perlis. perlis boleh ler kot buat sekolah tak banyak.

    ReplyDelete