About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Sunday 7 March 2010

SURATAN ATAU KEBETULAN


          Ain merenung sarapan paginya. Walaupun makanan yang terhidang di depannya kelihatan seperti menyelerakan tetapi Ain tidak berdaya untuk menghabiskannya. Nasi lemak bersambal dengan paru goreng itu tidak berjaya menghilangkan rasa resah dan gundah di hatinya. Ain tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini, selalu sangat dia berfikir perkara-perkara yang selama ini dianggapnya tidak penting. Ain tersenyum sendiri. Kelakar pulak bila difikir-fikirkan tentang dirinya. Ah..... biarlah apa yang orang lain nak kata, asalkan aku bahagia. Ain terus bangun dari meja makan tersebut dan ke kaunter bayaran. Mesti orang di sekeliling ni cakap aku gila kan...senyum sorang-sorang,bisik Ain pada dirinya sambil tersenyum lagi. Ain berlalu pergi daripada kaunter bayaran sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepada tauke kedai tersebut.
          Ain memandu keretanya terus ke pusat membeli belah berhampiran rumahnya. Lima belas minit perjalanan dengan kereta .Itupun jika jalan tak ada banyak kereta. Ain mengeluh seorang diri. Orang lain keluar dengan pasangan masing-masing. Suami ker, boyfriend ker.Aku ni, keluar sorang-sorang jer. Selepas memarkir keretanya, Ain berjalan menuju ke kedai buku Popular. Entah apa yang dicarinya Ain pun tidak tahu. Sekadar ingin menghabiskan masa senggangnya. Hari -hari menghadap komputer riba melayari internet pun bosan jugak. Jadi hari ini, Ain ingin bertukar angin, boleh jugak mencuci mata. Hehehe.Sambil menyelam minum air.
(bersambung...)

No comments:

Post a Comment