About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Saturday 7 September 2013

Nasi Kurang Lemak dan Sambal Telur + Ayam

Aku ni memang suka masak.... Dah jadi hobi . lagi suka masak kalau ada org nak makan. So minggu ni tetiba teringin nak makan nasi lemak dengan sambal sardin. jadi aku mintakla sorang akak kat sekolah ni bawa daun pandan untuk aku.... Siap bagi sepokok sekali dengan akar,tanah n bekas plastik hitam tu....Bolehla aku tanam kat rumah. masa nak balik dari sekolah ramaila yg tanya apa aku nak buat dengan daun pandan tu. Aku pun ceritala...Ada sorang adikni, tanya aku Kak Rozi nak bawa dtg sekolah ker esok...rasanya aku tak menjawab soalan dia...

Hari Jumaat, pagi2 aku pun masakla....tau kenapa namanya nasi kurang lemak? Aku tak letak santan dalam nasi aku,tp aku tukar dengan planta.memandangkan planta dah nak habis, aku letak sikit jer...pastu aku goreng telur dadar macam mak aku selalu buat. masak sambal n curah kt atas telur dadar tu...(ini kes rindu kt mak ni). ... mmm..tetiba rasa lapar lak..hihihi.... pastu sambal yg lebih tu aku ltk ayam goreng yg dipotong kecil....

Siap masak aku pun ber breakfastla sorang diri. Dengan air Kopi Mineral yg dicampur sedikit milo..mmmm...sedap....walaupun nasinya kurang lazat spt biasa...pastu mcm biasa post kt instagram n whatsapp...masa makan tu teringat lak kt adik yg tanya aku semalam tu...

Bukan apa teringat kat dia. Dia ni tengah pregnant sekarang...kesian,mcm xsihat jer..yerlah alahan...mkn pun kurang lalu...jadi masa nak p sekolah, aku pun tapau la sikit nasi, sambal telur n ayam tu tuk dia....masa tengah hari aku g kantin dengan dia, aku makan bihun sup...dah balik bilik guru baru aku gtau dia aku bawak makanan tuk dia...sukanyalah dia...

Lepas waktu rehat, dia pun makan..dengan seleranya..dia cakap sedap....aku selalu teman dia makan.selalunya dia makan, sikit jer n lambat2...hari ni makan habis....siap licin, g basuh bagi balik bekas kat aku..Ya Allah, gembiranya rasa dapat memberi makan kepada orang yang seperti ini...Suka tengok orang happy....dia cakap sedap walaupun tadi aku rasa mcm ada kurang rasa sikit..agaknya kena dengan selera dia kot.... Ramai juga kawan2 yg lain dok tanya, maaf ye kalau k.rozi tak bawak untuk korang sekali. jangan kecik hati.... tadi sebelum balik sempat buat lawak kt dia..."nak k.rozi masak hari2 boleh, tapi kena bayar la..." hehehehehe.....Moga anak yg dikandungnya sihat dan selamat....Amin....



No comments:

Post a Comment