About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Monday 14 February 2011

Cantik Tak, Baju Pinjam...

Hari ini Isnin,pukul 6.30 pagi dah terbangun dengan terkejut..ingatkan dah terlajak tidur...mujur awal lagi. so aku bersiap untuk ke sekolah. Alhamdulilah hari ni tak jam,pukul 8.00 pagi dah sampai kat sekolah. Antara guru Rumah Laksamana yang sampai paling awal... Selepas habis pelajar-pelajar ni turun Bukit Gasing,aku n kawan yang kamceng dengan aku kat sekolah iaitu Ustazah Nor Asmah atau lebih mesra aku panggil k.asmah ke bank.Lepas tu aku dah janji nak belanja k.asmah makan KFC tapi kfc kt area PJ Hilton tu tak de parking. jadi kami ke KFC kat Sri Sentosa. lepas makan,sempat la teman akak ni p melawat kedai baju kat dalam Giant tu. lepas tu dah pukul 11.30 masa kitorang nak balik. Aku pun tanyalah samada dia dah iron baju belum. lepas tu dia tanya aku pulak. aku pun dengan bangganya menyatakan aku dah iron dr semalam. pastu akak tu tanya aku letak baju kat mana. selalunya aku gantung dalam kereta... masa ni lah aku terpanik sebentar....hahahahaha....baju tak bawak...tertinggal kat umah...huhuhuhu...
keputusan secara drastik,beli baju baru....aku pun p lah ada KEdai Kawanmu kat situ....punyalah kalut,aku try boleh dikatakan semua baju kat situ....yg bestnya try tak masuk fitting room pun... mujurla tak ada ramai org....last2 beli 1 baju. xla cantik sangat kiranya...aku ni sebenarnya susah skit bab2 beli n pilih baju ni..payah nak sesuai baju tu dgn aku. apatah lg try baju atas baju ni...
pstu selepas dah bayar,balik ker rumah k.asmah....aku pun try la pakai baju tu secara solo.   huhuhu...xbest pakai baju tu...aku nampak cam pelik sikit....so apalagi...keputusan terakhir sebelum ke sekolah..... aku pun meminjam la baju k.asmah untuk ke sekolah. mujurla dianya blouse kira besar gak la,jadi padan dengan aku...hahaha...dengan kain hitam n tudung hitamnya...silap xambik gambar tadiiii...(lah...teringat tak ambik gmbar program tadi)
sampai kat sekolah ada sorg cikgu ni tegur"eh,xpernah nampak pun pakai tudung ni"aku hanya tersenyum...hehehehe...mengon betulla aku ni...hari ni asyik LUPA jer...hehehe...

2 comments: