About Me

My photo
saya seorang yang baik. :) akan sentiasa menjadi kawan yang baik & setia.garang tetapi berkawan dulu dengan saya, anda akan tau siapa saya. saya mempunyai impian yang besar untuk dicapai.

Wednesday 27 March 2013

minggu pertama sekolah

2hb jan 2013 dah start sekolah tetapi hari pertama orientasi ditunda sebab pihak sekolah cakap ppd dtg melawat sekolah. Aku kena masuk relief masa pertama pelajar islam kls 1 indigo. Siap terlebih relief pulak.  Dekat 2 wktu dok bt syok bercakap.yg bestnya, cikgu dia xsedar ker bdk2 islam kls dia xde.
Utk minggu ni aku pkai selendang g sekolah. Sj jer. Ramai pulak ingt penmpilan baru sedangkn aku mmg selalu pun pkai selendang g sekolah.
Dan satu lagi yg kelakar,hari rabu ada org ckp aku makin kurus. Setau aku berat aku tak turun pun sbb baru blik kampung, biasala.siap blik mlm tu timbang berat mmg tak turun pun. Pastu semalam masa aku nk panggil pljar nk mintak tolong, ada sorang mak student ni, panggil aku n bgtau aku dh semakin kurus. Wah. . . Mak budak pun dok tgk aku. Bila aku ckp x, ada pulak sorg lg mak budak ni menyampuk ckp mmg betul nmpk aku kurus sikit. Pastu ada lak bdk f3 ckp nmpk mkin cntik ker ayu ntah. Malu i kejap.
Semalam blik umah skitnya kaki sbb rupanya aku berdiri jer sepnjang Masa. Huhuhu. Moga hari ni ok2 aja.

Sunday 24 March 2013

Program Waja Diri 2013

          Hmmm.Blog yang bersawang....Perlu tak dibuang sawang-sawang ni? Ok pada 23hb Mac 2013 Unit B&K sekolah aku ada buat Program Waja Diri siri 5. Akulah penyelarasnya. Kalau dah siri 5 ini menunjukkan yang aku dah hampir 6tahun dah berada kat sekolah ni...dan tahun ni walaupun masa dah lambat,PK Petang nak juga aku siapkan program mengikut takwim..So bertungkus-lumuslah aku membuat persediaan untuk program dalam masa seminggu ni. Semuanya aku nak buat..Yang paling penat sekali setiap hari jumpa para peserta kutip surat kebenaran ibu bapa dan call ibu bapa. mengikut peserta dalam senarai asal ialah 43 orang. jadi aku mesti call kesemuanya untuk pastikan kesemuanya datang.
        
         Bila dah call hari-hari, geram jer budak-budak ni dengan aku. Yang konon-konon tak boleh datang sebab ada banyak hal,tapi sebab aku call, kenalah diorang ni datang...Tapi tak kurang juga ada yang mem 'backup' anak-anak mereka. Kat sini boleh nampak pelbagai ragam manusia. Aku hanyalah agen untuk membantu mereka membuat perubahan positif pada anak2 mereka. Tetapi kalau ibu bapa sendiri tidak ingin pedulikan anak-anak mereka, aku tidak boleh berbuat apa-apa. 

          Tiba pada tarikhnya,sebelum 7.30 lagi aku dah sampai ke sekolah. Dan aku juga mengambil inisiatif menelefon para pelajar yang telah bersetuju untuk datang tetapi belum sampai di meja pendaftaran. Ada juga ibu bapa yang sangat mengecewakan aku ketika ini. Paling ketara apabila ada seorang ibu yang 2 orang anaknya adalah peserta terpilih. Kedua-dua anaknya tiba2 sakit. Dan pesertaku untuk hari tersebut hanyalah 19 orang dengan 2orang peserta sangat lewat tapi tahniah kpd mereka semua yg hadir. Hanya 2 orang peserta berbangsa Cina. 5 orang peserta india dan selebihnya Melayu. Inilah kelemahan bila mengadakan program sahsiah untuk pelajar bermasalah pada hari cuti. Ditambah pula cuti seminggu.

         Program bermula pada pukul 830 dan dikendalikan oleh En Annadurai hinggalah rehat pada pukul 10.00. Seterusnya ada slot motivasi daripada penceramah jemputan. en Shazril daripada TM R&D kalau xsilap aku. dah lupa pulak... ;) Lepastu sebelum aku lepaskan untuk makan tengah hari, aku buat Aktiiviti SiButa untuk komunikasi. Ini dikendalikan oleh PRS-PRS ku sayang. PRS yg membantu untuk aktiviti ialah Fazrul Hafiz Form 4,Form 5 ialah Haikal Ismail dan Shafiq Nizam manakala form 3 pula Ariz Zulfayri, Ahmad Khabeer dan Nabil Zarif. Naim Semawi dan Amirul Azrai ting 3... (Bersambung)

Sayang Si Buta ....
Ice breaking oleh En Annadurai

Kusyuk dengar motivasi daripada En Syazril.